Bab 22 : Operasi

55 0 0
                                    

"Aku rasa jumlah perjalanan naik turun Fuji tadi dah boleh solat jamak dah!" ujar Syafeeq memecah kesunyian suasana. Masing masing tengah kemurungan memikirkan Shahrul, juga bercampur dengan penat dan mengantuk. Ini adalah kali pertama sekumpulan kawan itu pergi mendaki gunung dalam satu hari pendakian. Sebelum ini kebanyakannya bermalam sekurangnya satu hari. Oleh kerana dari kajian dan bantuan google menyatakan bahawa laluan Yoshida hanya akan mengambil dari 5 ke 7 jam pendakian, masing masing berfikiran positif untuk terus menghabiskan pendakian dalam masa satu hari. Tapi, oleh kerana faktor angin, angin bayu, membawa diriku, sepintas lalu ku terkenangkan mu.


Bayang bayang Shahrul masih tidak kelihatan. Kumpulan pertama sudah pun menaiki bas untuk pulang ke Tokyo sementara baki lebih kurang 7 kawan kawan yang lain masih setia menunggu. Harapan dalam hati moga Shahrul selamat tiba tanpa apa apa kecederaan. Jam menunjukkan pukul 5 petang, lebih kurang hanya satu jam sebelum matahari terbenam. Tiada lagi terdengar gelak tawa bercerita pengalaman yang telah di alami selama beberapa jam yang lepas. Aizat kelihatan terkulai di bucu meja, kepenatan. Mana tidaknya, dalam pertengahan perjalanan, Noreen meminta Aizat untuk membawa beg galas nya untuk ke puncak, tapi Noreen tidak mampu untuk sampai ke puncak. Harapan Noreen untuk menghantar wakil tercapai, tetapi tenaga jawa Aizat juga sudah pun kehabisan.


"Kita kena bertindak sebelum matahari gelap. Ada beberapa kemungkinan di sini" ujar Riduwan ringkas pada Baihaqi dan Ahmad.


"Yang pertama, dia terjatuh di lereng zig zag dan tercedera dan tidak mampu meneruskan perjalanan. Yang kedua, tidak perasan simpang antara laluan Yoshida dan Subashiri dan terus sesat ke laluan Subashiri. Yang ketiga, dia betul betul penat dan bermalam di Stesen 8 atau Stesen 7. Aku tak rasa dia tersesat sebab kali terakhir Akmal bercakap dengan Shahrul, dia dalam keadaan yang cergas, dia cuma sangat penat atau tercedera" sambung Riduwan.


"Pertamanya, kita kena buat laporan pada ranger Gunung Fuji, kedua jika keadaan berterusan, kita memang kena ada misi menyelamat yang mungkin akan di kendalikan oleh polis Jepun, cuba pergi sembang dengan ranger Gunung Fuji untuk maklumat lebih lanjut" arah Riduwan pada Baihaqi, kerana hanya Baihaqi yang pandai berbicara bahasa Jepun. Ahmad mengangguk tanda setuju.


"Dan ada kemungkinan juga salah satu dari kita terpaksa bermalam di sini untuk menunggu Shahrul, kita tak boleh biarkan dia berseorangan. Kita kena cari tempat tinggal mungkin untuk dua orang. Untuk kamu berdua. Sebab kalau aku pun memilih untuk kekal di sini, kumpulan di Tokyo nanti tak ada orang nak jaga" tambah Riduwan sambil menghembuskan nafasnya yang panjang, melihat Ahmad dan Baihaqi yang sedang berjalan ke arah pejabat ranger.


"We have a condition here, we have one friend that still didn't manage to make it to the main gate up until now, his name is Shahrul and we are all from Malaysia, can you you help us Madam?" ujar Ahmad dalam slang British nya. Ahmad di besarkan di Oxford, London. Sepanjang hidup Ahmad memang membesar dengan kamus Oxford, justeru menyebabkan dia lebih mudah untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris walaupun berasal dari Johor, Malaysia. Sebenarnya adalah salah satu kejutan juga salah seorang pegawai ranger dari Jepun itu mampu untuk berbahasa Inggeris. Sebelum ini baik di kawasan perumahan atau di dalam keretapi, kebanyakan mereka berbahasa Jepun. Jelas Baihaqi, walaupun pendidikan Bahasa Inggeris sudah di terapkan sejak sekolah rendah, tapi majoriti bangsa Jepun masih gagal berbahasa Inggeris dengan lancar oleh kerana perbezaan penggunaan huruf Rumi dan Hiragana/Katagana/Kanji.


"We have contacted Subashiri line, they told us they found nothing up till 6 pm today, they'll ring us back should they found anything. We will continue searching and make continuous announcement at Station 5. But if things persist, then we should start rescuing him tomorrow with the help of police. If you are saying about injury, normally on trek, it is our tradition here to report to ranger station if we found any. So far, no injury case has been reported" jawab pegawai ranger itu ringkas. Ahmad dan Baihaqi saling memandang antara satu sama lain. Jelas Baihaqi, kes kecederaan mungkin akan menjadikan kes Shahrul lebih serius oleh kerana kos perubatan di Jepun yang tinggi, dan juga campur tangan pihak polis. Penglibatan dan penyiasatan dari pihak polis akan menyebabkan seluruh kumpulan kawan kawan itu terpaksa tinggal di Jepun dengan lebih lama yang juga akan memakan kos.


"You can stay around here if you want, but it'll not help anyone at all. Go home and have some rest. But if you choose to stay, the cost for one capsule is around 7500 Yen per night" sambung ranger itu lagi. Fikir Ahmad, ada betul nya juga. Kalau di lihat dari sudut misi menyelamat, segala tanggungjawab sudah di lepaskan pada pihak ranger, dan membelanjakan kos sebanyak 7500 Yen untuk satu keadaan yang belum pasti, mungkin tidak akan menjanjikan apa apa. Ada eloknya jika kes itu di rujuk kembali esok pagi di waktu hari sudah terang justeru lebih mudah. Baihaqi pula menyarankan supaya kesemua dari baki kawan kawan yang lain untuk bersedia pulang ke Tokyo sekitar 7.50 malam kerana waktu itu adalah bas terakhir untuk ke Tokyo. Jika terlepas bas itu, maka kos untuk tempat tinggal akan bertambah kepada kawan kawan yang lain.


"Kalau macam itu, kita pulanglah. Kita berdoa supaya Shahrul selamat. Kalau aku jumpa dia sekarang aku peluk dia rapat rapat, lepas itu aku tumbuk dia dengan manja" ujar Riduwan selepas mendengar penjelasan dari Ahmad dan Baihaqi. Harapan Riduwan adalah Shahrul sebenarnya sangat penat dan terpaksa bermalam di mana mana stesen yang menyediakan bilik perlindungan. Dengan keadaan baju yang di pakai Shahrul adalah sangat tidak bersesuaian untuk waktu malam yang sejuk, harapan dari kawan kawan adalah Shahrul tidak terdedah pada risiko hipotermia. Dan juga harapan dari Ahmad adalah, Shahrul dah boleh boleh dah mula cari tempat wifi untuk membalas mesej Ahmad. Harapan dari Alif adalah untuk Shahrul terserempak dengan mana mana makwe dari Jepun untuk memberikan sedikit kehangatan. Itu tipu.


"Aku yakin dengan dia" ujar Aman ringkas, sebelum menaiki bas terakhir ke Tokyo.


"Kami pun yakin dengan dia" 7 sekawan itu pun berpelukan antara satu sama lain sambil memandang pintu gerbang Gunung Fuji buat kali terakhir.


"Dia baik orang nya" kata Syafiqah mencelah.


"Balik nanti, aku nak syampu rambut aku" sambung Baihaqi.








Fuji Dan Syukur Pada IlahiWhere stories live. Discover now