Bab 5 : Oksigen

111 0 0
                                    

"Amboi kita punya lah berperang dengan sejuk kat luar, kau tengok Aini dengan Atiqah kat dalam tengah sedap main cop cop tongkat?" cemburu nada Syafiqah, sambil menghempaskan beg ke lantai. Syafiqah sampai sehari awal dari orang kawan kawan yang lain. Sempat merayau ke Akihabara dan Asakusa, antara wilayah terkenal di sekitar daerah Tokyo. Berusia sekitar 24 tahun dan seorang yang gemar membaca. Tapi dalam keadaan kesejukan, kebengapan cerdik pandai pun boleh terpancar.


Sara memberikan sokongan motivasi pada Ahmad untuk meneruskan perjalanan tapi terus di tepis pantas. Dalam keadaan mengah, Ahmad mencadangkan agak perjalanan terus ke Stesen 8 di tunda dan cuba berteduh di sekitar pintu masuk Stesen 7. Sara mengangguk tanda setuju dan terus meneguk saki baki air yang tinggal. Lantas Aini dan Atiqah keluar dari pintu kawasan perlindungan Stesen 7 sambil tersenyum kerana sudah puas dengan kehangatan. Syafiqah terus melulu ke arah bangsal terbiar dan menendang bangsal sehingga runtuh untuk beroleh sedikit kehangatan pada tubuh badan.


"Sebenarnya semua orang tengah tak cukup oksigen, jangan bimbang, Atiqah ada bawa oksigen sekejap Atiqah bancuh kan" di seluk di dalam beg silangnya di keluarkan satu botol kecil, di bancuh kan di dalam air mineral. Masing masing mengerumuni Atiqah, bagai anjing yan sedang kelaparan. Terus tercarik carik baju Atiqah di buatnya. Susunan kayu api di sekitar stesen habis berterabur. Angin kemudiannya berhenti seketika dan 5 sekawan itu pun meneruskan perjalanan ke Stesen seterusnya. Jelas kemampuan oksigen mampu memberikan suntikan semangat, selain dari sokongan moral.


***


"Bukan dalam setiap air mineral ada hidrogen dan oksigen?" tanya Sara semasa perjalanan turun dari Stesen 8, Gunung Fuji.




Fuji Dan Syukur Pada IlahiWhere stories live. Discover now