Bab 4 : Hutan Elektrik

105 0 0
                                    

"Cabaran kita kali ini adalah makanan, tukang masak kita boleh suruh budak kita, kelengkapan memasak, macam mana?" 


Riduwan menyapa Aizat sambil mengunyah nasi ayam penyet. Riduwan merupakan ketua ekspedisi dan antara paling senior dalam aktiviti pendakian teknikal. Sesekali terlihat Riduwan cuba mengalih rambut nya yang panjang mengurai yang hampir tercicah sambal. Kelibat dari belakang Riduwan jelas seperti Maya Karin, dengan rambutnya yang panjang mengurai lembut mencecah pinggang. Bila di lihat dari depan, rupanya lebih mirip Mayat Karim.


"Barang masak kita Brahim kan? Nak kena panaskan lauk. Nak kena ada periuk nasi untuk masak nasi. Nak kena ada pemanas air" sambung Aizat, juga salah seorang dari ketua ekspedisi, sambil mengesat peluh yang meleleh di muka. Di capai nya ubat ketiak, di semburnya beberapa kali di celahan ketiak. Lantas di buka kasut dan muka terus berubah menjadi lebih selesa. Perlahan lahan pohon bunga di sekitar kedai menguncup dan mati kekeringan. Pelanggan pelanggan lain kelihatan terus memakai alat bantuan pernafasan.


"Bab luggage pun satu hal. Makanan untuk 6 hari boleh tahan berat juga kalau tak check-in dalam pesawat. Ini belum campur dosa yang nak di bawa balik" tambah Ahmad, muka seakan hampir ejakulasi apabila di kejutkan dengan kehadiran kucing yang memanjat kerusi untuk meminta secebis ikan goreng. Ahmad terus naik berang, sambil cuba berkomunikasi dengan kucing dan menghala kan jari telunjuknya ke arah akuarium berhampiran. Kucing itu terus berlalu dengan muka yang sedih, terus berenang masuk ke akuarium dan cuba menangkap ikan dengan daya usaha sendiri.


"Aku nak beli generator, lepas ini senang masuk hutan aku dah boleh cas telefon, masak guna dapur elektrik" ujar Riduwan, berpandangan jauh, dengan membayangkan ketamadunan yang bakal muncul di hutan sekitar tanah air.


"Aku nak cari kerja, aku dah makin senak" laung Ahmad, sambil bangun mendabik dada.


"Aku nak kahwin!"


Riduwan dan Ahmad terus bersalaman dan berlalu meninggalkan Aizat.





Fuji Dan Syukur Pada IlahiWhere stories live. Discover now