Bab 26 : Keriangan

103 0 2
                                    

"Tak lah mana ada penat pun baru turun Gunung Fuji semalam lepas itu hari ini nak ke Disney Sea!" jerit Fatin sewaktu baru sedar dari tidurnya. Perkataan yang sama di coretkan dalam semua media sosial nya tidak kira facebook, twitter, instagram, tumblr dan wechat. Dia ingat orang tak tahu agaknya. Pagi itu semua kelihatan lesu, bukan kerana kualiti nasi goreng, walaupun sudah di tegaskan Aini yang nasi goreng nya hari ini kurang rasa. Pengalaman mendaki dengan jumlah masa lebih dari 18 jam itu ternyata menghabiskan tenaga yang amat banyak. Farid sendiri pun tidak mampu untuk turun dari katilnya dek kerana kepenatan.


Tentatif pada hari itu ringkas, bergerak ke Disney Sea lebih kurang jam 11 pagi, dan berkumpul semula di pintu Disney Sea jam 7.30 malam. Aturcara di dalam Disney Sea bebas, dan masing masing ada hak memilih sama ada untuk ke Disney Sea atau pun Disney Land. Dalam analisa google, pendapat mengatakan adalah lebih wajar ke Disney Sea kerana taman tema itu menyediakan permainanan yang lebih bercorak kedewasaan. Tapi Aizat hanya berfikir untuk mendapatkan selfie dengan beberapa makwe Jepun, lebih lebih lagi yang memakai pakaian seragam sekolah. Disney Sea mempunyai 4 permainan tarikan utama iaitu Tower of Terror, Indiana Jones, Journey To The Center of The Earth, dan Sinbad. Pasti ramai yang tidak puas hati dengan Sinbad. Penulis memilih untuk mempedulikan segala tohmahan.


***


Farid berjalan dengan Syafeeq dan Akmal untuk mencuba permainan Tower of Terror. Konsep permainanan ini ringkas dengan berbentuk sebuah bangunan yang mempunyai akses lif dari aras bawah sehingga aras yang paling tinggi. Jalan cerita permainanan ini tampak seram kerana mitos mengatakan bahawa bangunan Tower of Terror itu di huni penunggu, yang akan menghantui setiap pengunjung. Awalnya, pengunjung akan naik ke tingkat 2 untuk menganalisa sejarah penunggu di bangunan tersebut, dan di bawa ke tingkat 3 untuk lanjutan cerita, dan kembali ke tingkat 2 kembali untuk bahagian terakhir. Secara tiba tiba, semua pengunjung akan di bawa dengan laju ke tingkat teratas iaitu tingkat 8 dan di jatuhkan secara tiba tiba ke tingkat 2 dan tingkat 3, berulang kali. Kelihatan Syafeeq dan Akmal keluar dari bilik simulasi dengan muka pucat sementara Farid keluar sambil bersiul.


"Bukanlah rasa terkejut sangat tapi Farid cengkam peha aku dengan Akmal masa di henjut henjut tadi sampai kami tak boleh bernafas!" marah Syafeeq sambil menelan 2 biji panadol.


***


Brenda, Maya, Noreen dan Delia sedang asyik beratur untuk permainan Indiana Jones. Khabarnya permainan roller coaster itu adalah antara yang terhebat di Disney Sea. Jumlah markah di dalam analisa google adalah 8 dari 10 menyatakan bahawa Indiana Jones adalah antara permainan yang wajib di kunjungi oleh setiap pelawat Disney Sea. Sedang sibuk beratur, terlihat Ahmad dan Aizat beratur di kedai makanan terdekat untuk membeli sosej. Brenda cuma menggeleng ringkas kerana dia sendiri tahu sosej itu adalah daging khinzir. Maya pula meminta Noreen untuk memberitahu Aizat tentang unsur sosej yang mahu di beli Aizat kerana masih mempunyai perasaan timbang rasa. Delia ringkas, macam biasa, selang beberapa minit akan selfie walaupun gayanya masih sama. Macam biasa, Aizat dan Ahmad memotong barisan untuk bersama sama dengan kawan kawan yang lain untuk Indiana Jones.


"Tadi masa batu besar nak jatuh atas kepala, kenapa kau nak elak dari batu itu? Kau ingat kau boleh lari?" tanya Brenda pada Ahmad, tergelak gelak dengan muka puas hati kerana pertama kali dapat bergurau senda dengan Ahmad.  Brenda ingat dia comel. Memang comel pun.


***


Semua orang terlupa Shahrul masih ada di sekitar Gunung Fuji dan memerlukan bantuan untuk kembali ke Tokyo.

Você leu todos os capítulos publicados.

⏰ Última atualização: Sep 13, 2016 ⏰

Adicione esta história à sua Biblioteca e seja notificado quando novos capítulos chegarem!

Fuji Dan Syukur Pada IlahiOnde histórias criam vida. Descubra agora