Bab 25 : Persoalan Ahli Kitab

51 0 0
                                    

Suasana malam itu kembali tenang. Dengan berita Shahrul yang sudah pun selamat, yang ada dalam fikiran sekumpulan kawan itu cuma lah sepinggan nasi panas bersama lauk daging ataupun ayam. Sementara rakan di Tokyo sudah nyenyak tidur, dalam kepekatan malam itu, Ahmad dan Alif masing masing bercerita tentang tempat makan yang paling sesuai. Brahim perlu di henti kan. Bukan kerana masakan Fadila dan Aini yang tidak mengundang selera. 


"Bai, kat mana ada tempat makanan yang kau yakin boleh di makan?" tegur Ahmad. Di Jepun, isu makanan adalah yang paling utama bagi orang Islam. Dan kalau boleh, tidak mahu kejadian yang pernah menimpa nya di pekan Sokcho, Korea Selatan berlaku untuk kali kedua. Antara kelemahan penduduk Korea adalah mereka sangat tidak mahir dalam berbahasa Inggeris, dan Ahmad pernah terjerat dengan menu makanan mereka sehingga termakan sesuatu yang tidak di ingini oleh tuan punya badan.


"Kalau kau yakin dengan aku, kita ke Batsuya, kat situ boleh order nasi putih lauk daging. Kami ikut fahaman dalam keadaan negara majoriti bukan Islam seperti di Jepun, kami yakin dengan sembelihan mana mana Ahli Kitab, contohnya macam Burger King yang dagingnya di import khas dari Australia" terang Baihaqi ringkas. Dalam Surah Al Maidah, ayat ke 5, jelas menyatakan bahawa adalah di bolehkan untuk orang Islam memakan daging sembelihan Ahli Kitab yang lain. Alif mengangguk tanda setuju, yang juga pernah terbaca tentang artikel tersebut.


***


"Lepas ini janganlah nak makan lagi daging daging Ahli Kitab ini mana ada lagi dah sekarang" tegas ibu Ahmad dalam perbualan telefon yang ringkas sewaktu hari ketibaan di Malaysia. Ahmad terus menulis pertanyaan ringkas kepada Mufti Kerajaan Negeri Selangor untuk merungkai kekeliruan.

Fuji Dan Syukur Pada IlahiWhere stories live. Discover now