Bab 18 : Rutin

68 0 0
                                    

Jalur turun itu suatu penyiksaan, baik bagi pendaki amatur mahu pun pendaki profesional. Kelajuan angin yang sangat kencang membunuh stamina setiap pendaki.  Tambahan pula dengan keadaan jalur turun yang bercorak zig zag serta papan tanda baki kilometer yang terpampang di setiap 500meter perjalanan tidak membantu meningkatkan moral mana mana pendaki.


Diha masih sibuk dengan cerita nya untuk membeli jam tangan g-shock untuk bakal tunangnya. Dalam fikiran nya masih bercelaru tentang model model jam yang dirinya sendiri masih tidak pasti. Sekali sekala di tanya juga pada Ahmad dan Fadila tentang model jam g-shock. Fadila menggeleng tanda tidak tahu. Fadila hanya tahu memasak, itu pun belum tentu sedap, masakan tahu tentang model jam. Ahmad pula menunjukkan jam tangan Suunto di pergelangan tangannya. Dia sendiri tidak tahu g-shock itu apa benda.


"Kepala bana! Bila nak habis? Sampai kiamat tak habis!" keluh Alif memerhatikan papantanda yang masih berbaki 2.4 kilometer. Jarak masa yang di anggarkan adalah selama 160 minit. Kelihatan dari jauh Zafirah berlari lari anak menuju ke arah kawanan yang ramai. Kelihatan Sara, Diha, Fadila, Alif dan Fatin sedang berehat sambil memikirkan perkiraan untuk berkumpul jam 10.30 pagi di Stesen 5 mungkin tidak akan kesampaian.


"Kita ada masalah..." ujar Zafirah sambil menggigit akar kayu.


"Kaki kita...dah tak nak dengar caka.....p" 


Zafirah terbongkang di penjuru zig zag yang kedua, ketiga, ke empat, sehinggalah penghujung dunia. Sesekali ternampak bayang beberapa pendaki Jepun membelek belek Zafirah. Di sangka kan sebijik nangka.


***


Brraapp brappp brappp brappp.


Diha di kejutkan dengan bunyi aneh. Di gosok gosok matanya. Rupa macam sebuah traktor yang sedang meratakan jalan. Bilah hujung traktor itu tepat di dahi Diha dan lantas dia pun terkejut sambil mencari buku Yasin. Fatin pula bingkas bangun menahan traktor itu kot kot ada peluang untuk tumpang traktor sehingga ke Stesen 6. Tapi keputusannya seperti yang di jangka. Hampa.

Fuji Dan Syukur Pada IlahiDonde viven las historias. Descúbrelo ahora