Bab 14 : Menyerah

56 0 0
                                    

Laju sama dengan jarak bahagi masa. Laju juga bergantung pada faktor geseran, juga graviti, juga daya saing kestabilan badan. Farid tampak tidak tenang kerana semua faktor yang mempengaruhi halaju, tidak ada pada dirinya. Sekali pandang ke atas, di katanya masih jauh. Sekali pusing ke bawah, di katanya sudah jauh yang sudah di daki. Riak mukanya nampak hampir menyerah kalah, tapi apa pula kata Aini nanti. Fikirnya, Aini pun belum tentu sampai ke puncak kerana kedua mereka adalah kali pertama mendaki gunung. Adalah lebih ideal jika keduanya tidak sampai, maka masih ada hasrat untuk mendaki Gunung Fuji bersama, berdua.


"Kalau kau nak ke Stesen 8 tempat pertembungan trek menaik dan trek menurun, aku tak yakin kita sama sama boleh sampai tepat pada masa yang di janji kan" dengus Baihaqi, pasrah. Baihaqi merupakan pelajar tahun 3 Universiti Tokai yang juga kali pertama mendaki Gunung Fuji. Bukan kerana permit 1000 Yen yang di kira, tapi kerana keadaan keselamatan Farid. Sebagai kru ekspedisi dari Jepun, Baihaqi berasa agak tidak bertanggungjawab jika Farid tidak turun ke bawah dengan selamat. Tapi kekangan pada hari itu adalah kos tempat tinggal di Stesen 7 adalah sebanyak 5800 Yen untuk satu malam, bersamaan RM182 ringgit.


"Aku rasa, cukup sudah sampai di sini, aku tak larat bro..." keluh Farid sambil menumbuk pokok renek berhampiran Stesen 7. Segalanya sudah lengkap baik dari segi pakaian, jaket musim sejuk yang di beli nya di Johor Bahru, kasut berkualiti tinggi keluaran Columbia, 2 batang tongkat berjenama untuk membantu memudahkan pendakian. Tidak Farid sangka misi pendakian ini bakal menjadi misi kemanusiaan. Namun siapa lah kita untuk mengatur aturan Tuhan. Kerana untuk setiap yang terjadi itu, ada hikmahnya. Baihaqi mengangguk tanda setuju, namun keadaan dirinya masih belum pasti.


"Takkan aku nak bayar guna duit aku kat sini celaka? Aku mana ada 5800 Yen" ujar Baihaqi menepis tangan Farid yang cuba bermanja. Farid terus rebah, sementara Baihaqi mengeluarkan beg berisi duit Farid untuk membayar duit bilik perlindungan.


***


"Jauh juga aku naik! ujar Farid di pagi yang cukup cerah itu.


"Jauh tak jauh, kau punya dengkur aku rasa sampai kiamat aku tak boleh tidur" balas Baihaqi sambil menendang batuan besar yang terus terkena tepat di leher ranger Gunung Fuji.

Fuji Dan Syukur Pada IlahiWhere stories live. Discover now