Bab 13 : Karbohidrat

62 0 0
                                    

Pang!


Beg galas Deuter 45+10 Liter yang di pikul Ahmad beserta tambahan 20 Liter beg kecil dari Farid di hempas ke bangku duduk di hadapan Stesen 7. Beratnya lebih kurang macam berat Najihah. Terus di capai sarung tangan tebal kerana keadaan angin yang semakin kencang membawa kau, jauh ke sana kau hilang terus tanpa khabar. Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu.


"Kalau rasa dah tak larat, bagi aku bawak beg kau, tukar dengan aku" kata Aizat sambil menepuk belakang Ahmad. Tiba tiba muncul bayang Sara dan Syafiqah dalam kekelaman suasana. Muka nampak bersahaja. Fikir Aizat, takkanlah dengan kelajuan treking bersama Farid, dapat mengejar kumpulan kedua terakhir dalam kumpulan.


"Aku dah sejuk aku tak tahan. Biar aku teman Sara dengan Syafiqah" balas Ahmad dan terus berlalu pergi.


***


"Kau ada makanan? Aku bawa beg Aizat jadi aku tak rasa ada makanan, ada 2 Kamera DSLR yang tidak boleh di makan. Patutlah berat. Cilaka" tanya Ahmad pada Najihah di sambil mengamati matahari terbit di sekitar Stesen 9, 3500 meter dari paras laut.


"Kau nak apa setan?" tanya Najihah, mengah, sambil mencari sesuatu di dalam beg.


"Apa apa lah asalkan karbohidrat!" balas Ahmad dan terus terbongkang di tengah perjalanan.


***


"Bukan dalam  beg Aizat ada bekalan sarapan roti gardenia dan nutella? Check lah betul betul!" tanya Fadila ringkas pada Ahmad, semasa perjalanan turun. Ahmad sengih. Mereka pun mendiri kan bangsal, khemah untuk jamuan ringkas macam kenduri kahwin.

Fuji Dan Syukur Pada IlahiWhere stories live. Discover now