Bab 23 : Realiti dan Fantasi

57 1 0
                                    

"Nasib baik semua makanan Alif dan Fatin ada dalam beg aku. Jadi kalau aku nak bermalam kat Gunung Fuji ini 5 hari pun boleh" ujar Shahrul berseorangan yang masih lagi terbongkang di pertengahan antara Stesen 9 dan Stesen 8. Indah pemandangan petang itu di trek menurun Gunung Fuji. Beberapa ratus pendaki turun pun tidak di pedulikan, yang penting adalah cuaca dingin yang tidak dapat di rasai di mana mana bilik penghawa dingin di Malaysia. Kaki Shahrul sudah lemah dan tidak mampu untuk berjalan ke mana mana lagi. Kepalanya sudah berat, walaupun dalam masa pendakian tadi di setiap stesen dia akan tidur selama 15 minit. Semangatnya masih ada untuk hidup, namun keadaan badan nya yang lemah itu membantutkan segala galanya. Tiba tiba datang seorang makwe Jepun menyapanya lembut. Iras wajahnya seakan Ayumi Hamasaki.


" Ko Ni Chi Wa!" bermaksud 'Hai' atau 'Hello' dalam bahasa Jepun. Shahrul kelihatan bingkas bangun dari keadaan selesanya.


"Hai!" bermaksud 'Ya' dalam bahasa Jepun. Shahrul kelihatan tegap dan sedia menerima arahan selanjutnya.


"Dai Jo Bu De Su Ka ?" bermaksud 'Adakah Kamu Ok?", sambung makwe Jepun itu.


"Hai! Picture? Selfie?" jawab Shahrul, dan mereka pun mengambil gambar bersama sama dan kemudian meneruskan jalan sambil berpimpin tangan. Jelas impian Alif untuk Shahrul di temani makwe Jepun, tercapai. Tuhan Maha Mendengar, lagi Maha Mengasihani.


***


Shahrul terpaksa berpisah dengan makwe Jepun yang dia sendiri pun tak tahu nama nya kerana masalah komunikasi di Stesen 8. Ini kerana makwe itu berkeras untuk meneruskan perjalanan turun tapi Shahrul tidak mampu untuk lagi untuk memaksa diri nya. Alasan Shahrul kepada makwe itu adalah dia di landa sakit perut, sambil menunjukkan isyarat perut nya yang kononnya sedang menggelodak. Ya lah, takkan nak jatuhkan kejantanan diri pula. Lalu makwe itu pun berlalu pergi, sambil membawa topi Shahrul yang di berikan kepada nya sebagai tanda kenang kenangan. Selesai berehat di Stesen 8, Shahrul pun kembali gagah meneruskan perjalanan turun. Jam sudah menunjukkan pukul 5.45 petang. Tiba tiba ternampak golongan berhijab yang sedang mendaki dan tersenyum ke arahnya.


"Awak ini kawan Ahmad ke. Kirim salam dia sebab tak dapat nak jumpa on trek!" ujar salah seorang dari mereka. Shahrul mengangguk tanda setuju, lemah, sambil meneguk air beri kegemaran Alif.


Pamm!


Shahrul rebah selepas tergelincir dek kerana batu batuan di sekitar Stesen 8. Di golekkan badannya ke atas. Di lihatnya bintang kian muncul sambil tersenyum kegembiraan.


"Dua malam aku nampak bintang banyak begini, kalau aku mati pun, aku gembira, aku redha" katanya perlahan. Air matanya bertakungan.



Fuji Dan Syukur Pada IlahiWhere stories live. Discover now