Bab 8 : Rahsia Kejayaan

77 0 0
                                    

Terpegun dengan kemajuan negara matahari terbit ini. Sistem kemudahan awam yang tersusun, perancangan bandar yang mantap, budaya bersopan santun di kalangan penduduk tempatan, sistem teknologi yang memudahkan penduduk awam terutama di kafetaria di mana sistem pembelian menggunakan mesin. Jepun adalah salah satu negara maju yang tidak bergantung pada hasil galian. 


Kajian selama beberapa hari mendapati rakyat Malaysia tidak tenang hidup di sini. Tidak tenang dengan persekitaran yang terlalu senyap. Di kawasan perumahan, tidak di benarkan membuat bising. Merokok hanya di tempat tertentu. Tambahan pula kemudahan makanan halal yang sangat sedikit, jika ada pun harga mungkin terlalu mahal kerana tukaran wang Ringgit yang rendah berbanding Yen.


"Jadi apa sebenarnya rahsia kejayaan Jepun?" tanya Shahrul kepada Farid yang sedang terbongkang di kerusi belakang bas.


"Sara Aoi" jawab Farid sambil menyeluk tangan ke dalam poket seluar jeans lusuh nya.


Ting ting ting!


"Boleh singgah beli tali pinggang?" sambung Farid sambil tersengih, mengambil komponen tali pinggangnya yang terjatuh ke lantai.

Fuji Dan Syukur Pada IlahiWhere stories live. Discover now