Bab 9 : Darurat

70 0 1
                                    

Riduwan mengambil peta jalur Yoshida dan di gantung di hadapan kawan kawan yang lain. Keadaan di Stesen 5 Fuji Subaru semakin dingin kerana angin sepoi sepoi sudah tidak terlalu sepoi. Kelihatan pendaki pendaki lain juga sudah memakai jaket musim sejuk sambil membuka beberapa makanan dalam tin sebagai sumber tenaga sebelum pendakian bermula. Jam menunjukkan pukul 8 malam. Debaran, semakin terasa. Farid masih dengan headlamp yang masih terpasang lengkap di kepala nya sejak 3 jam yang lalu. Di buka nya sebentar kerana kebas, kesan merah terpampang di kulit dahi Farid. Syafeeq terus menggeleng menunjukkan kekecewaan.


"Cuaca hari ini insyaAllah baik, cuma angin yang bakal kita tempuh lebih kurang 50 knot, kelajuan sebegini boleh menyebabkan hipotermia iaitu masalah kesejukan. Cara paling berkesan untuk merawat penyakit ini adalah berpelukan tanpa sebarang benang di dalam kawasan yang terlindung. Gunakan emergency blanket jika perlu" terang Riduwan, dalam satu lafaz, mirip Eminem. Kelihatan Atiqah seakan terpinga mungkin kerana kali itu pertama kali dia terdengar tentang emergency blanket, atau pun mungkin dia sedang terfikir adakah bekalan oksigen yang mahu di bawa ke puncak masih mencukupi.


" Dalam cuaca begini, pastikan jaket, sarung tangan, penutup kepala, kain pemanas yang sesuai di pakai, mungkin bila cuaca sudah baik, dah boleh tanggalkan semua" sambungnya lagi. Dalam pendakian musim sejuk, faktor pemakaian adalah antara kriteria terpenting bagi seorang pendaki. Untuk melawan angin, jaket jenis windbreaker adalah yang paling sesuai tetapi mungkin tidak cukup untuk menahan kesejukan. Justeru jaket fleece atau jaket down mungkin boleh di pakai untuk menambah keselesaan. Sarung tangan yang sesuai juga amat penting, jika cuma menggunakan sarung tangan berkebun, ada kemungkinan pendaki tidak ada peluang untuk bercucuk tanam lagi menggunakan tangan yang di kurniakan.


***


"Alif, boleh bagi emergency blanket tak" tanya Fadila sambil menggigil kesejukan. Diha sudah tidak nampak macam orang. Kalau lah pakwe nampak, ada kemungkinan kisah cinta tidak akan berakhir dengan baik.


"Kau nak hipotermia ke Fadila?" jawab Alif, dengan muka yang berkerut. Tangan nya baru mahu mencapai onigiri perisa tuna tetapi terbantut. Kelihatan Diha sedang mengetuk kedua lututnya menggunakan kedua belah tangan dengan muka menyesal.


"Tak lah, aku dengan diha cuma nak pakai buat selimut, mengantuk, penat" sengih Fadila.  Kelihatan kelibat Akmal melintas di hadapan Stesen 8.5 melulu ke arah Fatin dan Alif.


"Kau nak ke mana?" tanya Fatin pada Akmal yang nampak resah.


"Tidur, 6000 Yen pun 6000 Yen lah, mengantuk, darurat!" jelas Akmal, dengan nada juara.



Fuji Dan Syukur Pada IlahiWhere stories live. Discover now