Bab 7 : Bahagia

96 0 0
                                    

Keadaan jalur Yoshida dari Stesen 7 ke Stesen 8 sangat mencabar. Jalur yang berbatuan serta keadaan batu yang licin menyukarkan baik pendaki profesional atau pun amatur. Peningkatan altitude sebanyak 200m terasa bagaikan bertahun lama nya. Jelas dari Stesen 7 tiada kelibat lampu dari jarak dekat untuk memberi sinar harapan pada pendaki bahawa jarak ke stesen seterusnya adalah ringkas dan dekat. Farid masih resah sama ada mahu meneruskan perjalanan atau pun tidak, tapi tidak bagi Ahmad, Sara, Syafiqah, Aini dan Atiqah. Pasti ada hikmah di sebalik kesukaran yang melanda. Hidup mesti di teruskan.


Sesampainya mereka di Stesen 8, terlihat Riduwan sedang duduk meratapi kesakitan di bangku panjang berhadapan dengan pintu masuk bilik berlindung. Keadaannya serius, berjalan ke arah Ahmad sambil meletakkan tangan pada bahu Ahmad yang sasa. Tak sia sia Ahmad berlatih di gimnasium berminggu minggu sebelum tarikh pendakian. Ternyata susuk tubuh yang mantap memberikan daya penstabilan yang amat tinggi. Ahmad tersenyum seketika, memasang kuda kuda nya bersedia memulakan beberapa jurus pencak, dan kemudian Riduwan pun berkata ringkas dengan nafas yang tercungap.


"Aku dah tak boleh teruskan, pinggul aku buat hal, rasa macam luka lama kesan retak berdenyut denyut. Kau teruskan dengan yang lain. Maafkan aku tak dapat bersama sama di puncak..." bisik Riduwan ringkas pada telinga Ahmad, sayu. Setahun yang lepas, Riduwan mengalami kecederaan selepas jatuh secara mengejut semasa aktiviti rock climbing di Bukit Keteri, Perlis. Kes itu hangat di perkata di dalam surat khabar Metro dan media sosial. Di dalam mastika pula di laporkan kes jatuh itu adalah kerana kewujudan makhluk misteri. Di dalam majalah mangga pula tidak di laporkan apa apa, masih dengan model model lelaki biasa bersidai di tepi kolam renang.


"Kau pasti? Kau dah tak nak teruskan? Kau bahagia? Kau redha?" Balas Ahmad ringkas. Aini menjeling ringkas pada Ahmad. Ujarnya dalam hati, apakah Ahmad ini seorang yang bebal bertanya soalan bertalu talu pada orang yang di landa kecederaan.


"Bahagia? Kau tahu definisi bahagia bagi aku?"

"Bahagia itu kita" balas Riduwan ringkas sambil memerhatikan Nabeela, berbalas pandangan.


Tiba tiba angin bertiup kencang, daun daun kering jatuh berguguran. Atiqah lantas mengeluarkan gitar dari beg galas nya, Aini mengeluarkan harmonika dan Ahmad mengeluarkan celo klasik tinggalan arwah datuk nya.


'Tiada kata, harus ku lafaz kan, untuk menyatakan, cinta ku pada mu...' 

Gemersik suara Yoko Ono memecah kesunyian malam.


Fuji Dan Syukur Pada IlahiWhere stories live. Discover now