Bab 24 : Syukur

77 1 0
                                    

Jam menunjukkan sekitar 8.20 malam waktu Jepun. Keadaan tegang dalam keretapi dari Stesen Kawaguchi menuju ke Minami Sen-Ju. Jika Shahrul masih tidak di jumpai, esok kemungkinan besar Riduwan, Ahmad dan Baihaqi akan kembali ke Stesen 5 yang jarak perjalanan selama 3 jam dari Tokyo untuk membantu siasatan pihak polis. Syafiqah dan Najihah macam biasa macam tak ada apa benda jadi, sibuk bertukar tukar gambar dalam keretapi. Keadaan yang suram itu terus jadi bising apabila Ahmad melancarkan satu tumbukan padu ke udara.


"Yes! Kawan aku terjumpa Shahrul on trek! Maksudnya dia selamat dan tidak sesat!" ujar Ahmad. Di hulurkan pesanan ringkas dari kawannya yang bernama Khairunisa itu kepada 7 kawan kawan yang lain.


"Tadi terserempak dengan kawan kau" Khairunnisa memulakan pesanan ringkas.


"Lelaki ke perempuan? Di sekitar mana?"


"Lelaki, dalam perjalanan ke Stesen 8, dah suruh kirim salam, muka dia gelap dan pakai kacamata, kurus, dari Shah Alam"


Ahmad terus menghantar gambar Shahrul pada Khairunnisa. Khairunnisa pun mengesahkan gambar itu.


"Sekitar jam berapa?" tanya Ahmad.


"Sekitar jam 6 rasanya, he was alone"


"Nisa you've made my day thank you!"


"Why?" balas Nisa. Tertanya tanya. Keretapi dari Stesen Kawaguchi ke Minami Sen-ju itu pun di hiasi dengan sujud syukur dan puji pujian kepada ilahi.


***


"Yes, another good news!" Ahmad terus melemparkan telefon bimbitnya laju dan tepat mengenai kepala pekerja keretapi itu. Ahmad melulu untuk mengambil kembali telefon bimbitnya dalam keadaan yang sangat gembira tanpa mempedulikan rakyat Jepun yang lain yang kelihatan meradang. Ahmad lantas membaca kan dengan lantang pesanan ringkas yang amat bermakna itu dengan kuat, seperti memberikan khutbah jumaat.


"Telefon aku habis bateri, ini baru dapat cas. Kaki buat hal, sorry bro. Aku bermalam di Stesen 8, kosnya dalam 6000 Yen. Jangan risau aku selamat dan aku ada duit. Esok kita jumpa di Tokyo, kau bagi petunjuk arah nanti" petikan ayat yang cukup bermakna. Jam 8.35 malam itu, adalah antara waktu yang paling bermakna dalam seumur hidup Ahmad. Lantas Ahmad mencampakkan baki duit 7000 Yen nya untuk di bahagi bahagikan kepada penduduk Jepun di dalam keretapi itu sebagai tanda sedekah amal jariah.


"Cilaka betul buat jadual sendiri!" ujar Alif sambil tersengih.

Fuji Dan Syukur Pada IlahiWhere stories live. Discover now