Bab 6 : Kelahiran Jepun

95 0 0
                                    

4 kawan dari Negeri Di Bawah Bayu tiba awal di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA2. Susuk tubuh semuanya tegap, biarpun hampir di mamah dek usia. Brenda dan Maya antara pendaki berpengalaman di sekitar Kundasang. Maya lebih di kenali sebagai 'speed climber', betis pun dah besar ular sawa, berurat mantap. Ada satu ketika Maya tersadung kaki seorang pramugara, terus meraung si pramugara kerana secara tiba tiba jangkiti gout. Noreen kelihatan pemalu, manakala Delia, lebih cenderung menghabiskan masa dengan hidangan McDonald kegemaran tanpa  menghiraukan keadaan sekeliling.


Fatin di lihat berkepit dengan Alif, bersama Shahrul, Farid dan Syafeeq. Kawanan ini rapat kerana sudah pernah banyak kali bersua di gerai gerai makan untuk menonton perlawanan bola sepak, juga bermain bola sepak. Seperti biasa, pasukan terhebat dunia iaitu pasukan Arsenal akan terus menjadi pasukan pilihan untuk di tonton. Tidak terlalu banyak watak yang dapat di baca tetapi yang paling penting sewaktu memperkenalkan diri, Fatin meminta kebenaran untuk beredar lebih awal demi menangkap Pokemon berdekatan. Zafirah tiba di saat akhir sebelum beg di letakkan di dalam pesawat dengan saiz yang sebesar pesawat.


Najihah muncul tenang, dari jauh dapat di cam kerana struktur tahi lalat yang sangat strategik yang menjadi titik tengah jalan perdagangan Asia Tenggara. Aman tidak aman, datang terus berpelukan macam dah kenal sepuluh tahun. Fadila datang dengan muka berseri, khabarnya minggu lepas dapat pakwe baru. Akmal dan Diha di lihat berjalan seiringan dengan muka bercahaya selepas menunaikan solat zohor bersama sama, tidak berjemaah. Nabeela tiba tiba muncul bersama Riduwan, belum sempat tegur dah buka bungkusan nasi. Linda tidak dapat di kesan, tahu tahu dah ada dalam pesawat menggunakan kuasa telekinesis.


Satu suara, misi yang sama, untuk memporak peranda negara penjajah Jepun.


Misi ini di namakan "Kelahiran Jepun".



Fuji Dan Syukur Pada IlahiWhere stories live. Discover now