Normal

340 7 0
                                    

"DIK, kau da solat belum dik?", tanya abang aku yang memang tak senang duduk kalau tengok adik perempuannya tidak solat.

     "Period."

      "Jadah apa period. engkau jangan main main dengan tuhan dik. kalau dah suci, solat jelah."

        "kau tahu apa pasal 'period'. kau tak tahu, just shut up jelah ya. aku nak layan drama ni sekejap lah. semak je!"

        "semak kau kata! Meh sini kau rasa penampar aku ni!"

           "ALONG!!", jerkah abi.


          Dengan selamba badaknya aku, jelir lidah padanya. Well, normal hidup aku memang solat itu ditanya oleh semua ahli dalam rumah ini. Kadang-kadang malas la nak jawab, jawab 'dah' jela. Kubur lain-lain kot.

_______________________________

"DIK, ada kenduri kat rumah Mak Esah itu. Kawan abi tu. Abi nak semua anak Abi, pakai elok-elok. Semua orang mesti ikot! Wajib."

          "Malas lah Abi, japgi, ada cerita drama best tau. Drama Minalisa! best gila cerita dia."

            "Eratkan silaturahmi, Maryam. Abi kata bersiap. Pergi bersiap! Jangan nak jadi anak derhaka!"

              "Fine!", aku terus naik bilik, menyerika baju dan tudung bawal.

            Sedang asyik melaram depan cermin, tiba-tiba, abang pula datang. "Apa benda tudung kau pakai ni, sana sini semua terdedah!"


          Jelingan aku tajam boleh menebusi sampai ke Paris. haha. gurau! Apa benda lah yang terdedah. Aku pakai elok dah kot, pakai baju jubah, tudung bawal tu aku buat straight je pun. Apa benda yang tak kenalah abang aku ni. Perfectionist betul!

            "Dik, tudung bidang berapa kau pakai ni? bidang 45?  eh, tudung tu, tudung budak-budak sekolah rendah je hokay! pakai tudung akak ni. jahit sendiri ni." Jelas kak Alia yang entah dari celah mana muncul.

           Aku pun ambil juga tudung Kak Alia tu dan dan dan... Masya Allah, labuh sampai peha kau. Tu yang depan. Yang belakang sampai ke punggung.

            Senyum lebarlah abang, akak Alia, ayah aku. Haih.

___________________________________

"USTAZ NIK AZMAN, datang juga ke kenduri anak saya! Mari ustaz, jemput makan!", jemput Mak Esah.

        Aku dan kak Alia la bersalam dengan Mak Esah ni, siapa lagi.

         
         "Ya Allah, sejuklah mata memandang anak-anak ustaz ni, baik-baik semua!"

          Aku je sedang bermunafik sekarang ni, orang lain tu baiklah. hahaha. Ketawa dalaman aku yang sangat jahat macam syaitonnirrajimm!

             Aku tak sabar nak makan nasi minyak, dengan semangat wajanya aku gi lah amik pinggan beratur belakang abang handsome tu. Perut pun dah keriuk keriak dah bunyi macam-macam. Memang berhajat nak makan jelah.

              Tiba-tiba, kak Alia tarik tudung aku. Habis hilang cuns aku hari ni. Kemain lama aku nak bersiap depan cermin. Dia boleh tarik gitu je tudung ni. Haduh! Gigit kang jari kak Alia ni!

         "Apanya kak oi?! orang lapar ni!"

         "Meh sini kau. Orang hadapan kau lelaki, belakang beratur kau pun lelaki. Tu bahagian lelaki lah. Sini bahagian perempuan. Jaga sikit reputasi Abi."

         "ye..pu..tas..shii..shit" ejekku sambil bibir kekiri kekanan.

         Tengah makan, akak aku boleh sembang dengan mak cik-mak cik bawang tu, dan aku tercongok kat tepi ni. Nasib baik banyak makanan. Abi jangan cakaplah sibuk dengan kawan-kawan ustaznya. Abang pun sama dengan keluarga ustaz-ustaznya juga.

            
           Dah memang normal hidup aku begini. Tidak pernah sikit pun aku jadi diri sendiri. Semua perkara yang aku lakukan, pasti salah di mata mereka. Apa aku mahu buat, mesti ada hukumnya. Semuanya kerana jaga reputasi ayah. Hipokrit itu sebahagian daripada aku. Jadi baik gitu. Kena jadi baik, kalau tidak, aku ni anak derhaka....
Berdegus. Allahu ...

(bersambung)

Anak Ustaz [COMPLETED]Where stories live. Discover now