SAAT

96 3 0
                                    

SUDAH tiba masanya Maryam dan Kak Alia tahu masalah Along yang sebenar.

"Jadi, dia ini abang awak berdua?", katanya dokter. Masing-masing mengangguk.

        "Dia ini sakit kecelaruan bipolar. Ada kalanya dia akan terlalu gembira atau dia akan menjadi terlalu sedih. Kita panggil kalau gembira ini fasa mania. Kita panggil fasa sedih ini fasa kemurungan. Sudah lama beliau di sini. Menurut pemerhatian saya, dia ini susah ingin mencapai fasa mania. Kadang-kadang sahaja dia mencapai fasa ini. Selebihnya, fasa ke..."

         "Kemurungan. Sebab tu dia asyik mahu bunuh diri sahaja kan dokter?", tambah Maryam.

         "Ya. Betul. Jadi, dia akan duduk di sini lebih lama. Kalau keluarga sering berjumpa mungkin dia akan pulih sedikit-sedikit.", kata Dokter itu tersenyum.

           "Apa sebabnya dokter?", tanya Kak Alia.

           "Saya syak masa lalu dia. Masa lalu dia yang menakutkan dia sehingga dia sanggup bunuh diri.", jawab Dokter itu.

            Kami beredar. Aku memandang Kak Alia yang sibuk memikirkan sesuatu.

            "Kak, kenapa?", tanyaku.

             "Along ini... akak fikir masa lalu dia yang mana menakutkan dia. Selepas malam itu, along terus lari dan tidak pulang daripada rumah.", jelas Kak Alia.

              "Lambat laun mesti kita tahu.", jelasku.

               "Kringggg....", panggilan daripada hospital.

                "Puan boleh datang segera. Pesakit semakin tenat.". Mata Kak Alia terbuntang luas. Kami berlari mendapatkan Along untuk bersama-sama kami menuju ke hospital yang merawat Abi.

____________________________

TELEFON Kak Hikmah berkali-kali. Tidak diangkat juga. Mesej dihantar. Tidak terhantar. Mungkin tukar nombor. Aku segera ke rumahnya. Manakala, Along dan Kak Alia bersama Abi.

         "Kak! Bukalah pintu ini. Abi nak pergi dah. Abi sudah tenat!", pukulan pintu semakin laju. Hampir berpuluh kali salam disua dan pukulan pintu. Aku buntu. Duduk seketika.

           "Akak, memang kak. Abi itu sering buat jahat pada Kakak. Abi yang larang kak kawin dengan abang. Abi yang selalu marah akak. Tapi kak, dia tetap ayah kandung kita yang menjaga kita tanpa isteri. Bertahun-tahun. Dia sahaja yang membawa amanat sebagai dua penjaga. Datang hospital ini ya kak. Saya percaya, kak akan datang. Sebab akak Hikmah yang saya kenal, orangnya berhati lembut.", jelasku. Alamat hospital yang aku tulis di atas sekeping surat disorong bawah pintu. Aku terus meneruskan perjalanan ke hospital.

__________________________
Kak Alia memandang aku. Keningnya diangkat. Aku menggeleng. Air mata mengalir.

        Tiba-tiba, dokter datang bersama jururawat membuang dan mencabut alat yang menampung hidup Abi. Tubuh Abi menggeletar. Sakaratul maut mula bersama dia. Menjamah jasadnya mengambil nyawanya.

          Air mata tidak mampu diseka. Abi masih boleh memandang kami. Hanya kami bertiga. Tangan kami semua memegang tangan Abi.

         "لا إله إلا الله.."

Talkin dibaca oleh kak Alia. Along yang masih bingung turut menangis sama. Dia memeluk tubuh Abi. Tangannya erat memegang tangan Abi. Abi memandang kami. Matanya  tersenyum. Air matanya keluar. Mulutnya dibuka sedikit. Kalimah tasyahud agung itu diutarkan. Kakinya yang bergerak lincah awalnya. Kembali senyap. Tangannya yang erat juga memegang kami semakin lemah. Matanya menghadap ke pintu.

            Selesai ucap tasyahud yang ditalkinkan Kak Alia berkali-kali. Akhirnya Abi pergi dengan tenang. Abi pergi dengan matanya memandang ke arah pintu. Kak Alia menutup mata Abi.

     " الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ".

Aku menyeka mataku. Aku keluar daripada bilik itu. Tidak mampu menahan sedih. Terus menuju ke tandas. Sama. Ada orang di dalam tandas itu juga menangis dengan bersungguh-sungguh. Mungkin dia juga kehilangan orang tersayang.

          Orang itu pun keluar. Penuh tisu di tangannya. Matanya merah. Tunduk. Aku tidak cam siapa dia. Aku melihat dia dengan curiga. 'Tubuh ini seperti Kak Hikmah.', aku cuba mendekatkan diri. Dia terus keluar daripad tandas itu. Aku mencarinya di luar tandas. Tiada.

         Aku mengambil wuduk dan terus menunaikan solat sunat dua rakaat untuk menenangkan hati yang sangat pedih. Bayangan memori bersama Abi berputar-putar dalam mindaku. Senyum tapi kelat.

         كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ (185)

Surah Ali imran ayat 185 itu benar-benar sama dengan keadaan ku ini. Aku cuba mencari terjemahannya.

     "'Āli 'Imrān:185 - Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.".

         Aku beredar daripada surau di hospital dan membantu Kak Alia menguruskan jenazah Abi. Along yang berada atas kerusi roda itu kelihatan sayu dan sedih. Dia diam sahaja.

          Aku mengosok bahunya yang bidang itu. "Good boy!", aku memandang dia.  Dia tersenyum sedikit. Mungkin dia sudah mengingati aku atau dia masih dalam kecelaruan emosi. Aku ditugaskan menemani Along pulang hospital kerana Kak Alia takut keadaan Along semakin parah. Kami bersama-sama naik ambulans.

         Along memandang aku dengan wajah sedih. "Siapa tadi?", tanyanya.

         "Abi. Ayah kita.", air mataku diseka oleh Along. "Kakak, jangan nangis. Nanti saya pun sedih.", dia memelukku dan tidur di ribaku di dalam ambulans itu. Aku pula mengusap-usap rambutnya.

          "Aku adik. Along. Bukan Kakak.", tawaku sendirian. Lena sungguh Along. Saat pemergian Abi merupakan saat paling sedih dalam hidup aku. Aku tidak sempat berbakti kepada Abi. Aku tidak sempat menjaga Abi sebaiknya. Moga Allah merahmati rohnya Abiku dalam kalangan para syuhada' dan para solihin. Amin.


bersambung.......

Anak Ustaz [COMPLETED]Where stories live. Discover now