Misi mencari Along

105 3 0
                                    

"MANALAH Along saya ini, Kak Ros.", rintihku.

        
        "Pasti bertemu. Kita kena kuat berdoa. Allah pasti menemukan kita dengan dia. Siapa yang selalu rapat dengannya?", tanya Kak Ros membuatkan aku berkerja keras berfikir siapa kawan baik Alongku. 

           Puas berfikir. Buntu. Mati. Tidak bertemu jawapan. Aku minta izin Kak Ros ke kedai runcit.

     

          Tiba-tiba, ada seorang budak kecil melintas jalan. Ada pula kereta yang laju. Tanpa berfikir panjang, aku  menyelamatkan budak kecil itu yang berusia enam tahun barangkali.

           "Zafran!! Anak Mama!", jerit ibunya sambil memelukku tubuh anak kecil itu. Menangis ibunya takut kehilangan anaknya. Tanganku disambut berkali-kali ucapan terima kasih.

           "Terima kasih, awak. Selamatkan Zafran saya.", katanya lagi.

           

             "Ini untuk awak. Balas semua jasa awak.", katanya lagi mengeluarkan wang yang berkeping-keping. Seribu ringgit mungkin.

               "Eh, tak apalah. Saya ikhlas menolong anak puan.", kataku. Tanganku ditarik. Matanya memandang mataku.

                "Please, ambil ini.", rayunya memegang erat tanganku.

                 "Zafran! are you okey?", tanya seorang lelaki yang aku amat kenal tubuhnya dan suaranya.

                   "Ridzuan!", kataku memandangnya. Dia juga melihatku. Bulat matanya.

                    "MARYAM!", katanya dengan nada teruja.

                  "Maryam?", mama Zafran turut terkejut.

                  "Kring...", telefon berdering. Aku pergi meninggalkan Ridzuan dan isterinya serta Zafran. Mindaku masih berteka-teki siapalah gerangan isteri Ridzuan yang begitu familiar denganku.

                   "Kak Hikmah sudah berpindah rumah. Kak Alia follow kereta dia ini. Pelik ni, dik. Datang sini.", kata Kak Alia membuatkan aku bergegas.

_____________________
"HIKMAH!", jerit Kak Alia. Kak Hikmah kelam kabut menutup pintu pagar rumahnya. Aku yang baru sahaja tiba di depan rumah usang itu berasa sangat terkejut. Rumah lama. Rumah batu dua tingkat yang mungkin peninggalan orang kaya dahulu kala. Jauh daripada penduduk lain.

           "Sayang, awak balik dah?", tanya suami Hikmah. Kami melihat daripada jendela yang terbuka. Kak Alia tidak mahu pulang.

           "Imah! Imah! Buka pintu ni! Abi sakit! Abi sakit!", jerit Kak Alia yang begitu geram. Ketukan demi ketukan pada pintu rumahnya. Mujur pagarnya tidak berkunci. Kelam kabut Kak Hikmah hingga kunci pagar dengan betul.

          Pintu dikuak. Air satu baldi disimbah. "PERGI! AKU TAK MAHU LAGI LIHAT MUKA MUKA BIADAP NI", jerit Kak Hikmah. Merah padam mukanya penuh dengan amarah dan geram serta benci. Aku juga turut basah bersama Kak Alia. Tangan Kak Alia aku tarik. "Kak, jom balik.", rayuku. Tidak pernah aku nampak Kak Alia begitu berang sekali.

         "Imah, Abi sakit. Baliklah. Kau pun anak Abi. Baliklah. Ampunkanlah dosa Abi.", rayu kak Alia berlinang air mata kesedihan. Bahu Kak Alia aku gosok. Wanita yang hampir berusia 50 an ni sangat kuat sangat dan tabah.

             Kak Hikmah menghempas pintu. Kami pergi daripada rumahnya. Kak Alia masih diuli dengan kesedihan. Air mata setia menemani dia dalam kesedihan.

          "Kak, dah lapor polis ke yang Along hilang?", tanyaku. Kak Alia mengangguk setuju.

           Beberapa minit kemudian, handphone Kak Alia berdering.

           "Hello puan, saya sudah jumpa abang puan. Sila pergi ke hospital untuk mengecam beliau.", kata polis itu.

            Kak Alia mengesat air mata. Bibirnya menguntum senyuman. Matanya memandang aku lalu berkata, " Along dah dijumpai!". Serentak kami mengucapkan "Alhamdulilah".

             Kak Alia pecut ke hospital berkenaan. Aku juga mengikut sama.

____________________________
HOSPITAL BAHAGIA ULU KINTA. Aku tergumam. Hospital Bahagia? Bahagia? Abang aku sudah hilang waras kah? Abang aku sakit mental kah? Abang aku sakit jiwa?. Diam, aku membetulkan persepsi. Tidak. Along mungkin kerja di sini.

        Polis mengiringi kami menuju ke bilik Along. Kami melangkah masuk dengan perlahan.

        "ACAK!!! HAHAHAHA.", seorang lelaki tidak siuman melompat entah dari mana muncul dihadapan kami.

        "Ya Allah! terkejut aku!", jerit Kak Alia. Terbahak bahak lah kami ketawa. Lelaki itu juga ketawa hingga berguling-guling atas lantai. Jururawat datang mengambil dia sambil berkata, "Hey, sweet boy!  jom makan!". Tersenyum sebentar aku.

           Polis menyelak kain langsir dan Along berbaring. Tutup seluruh badan. "Rahim! Bangun!", kejut polis itu. Tidak bergerak sedikit pun badan Along.

         Aku menarik selimut itu. Ternyata hanyalah bantal sahaja. Kami memanggil jururawat. Jururawat berlari-lari menuju ke tingkat paling atas. Kami mengikut sama.

            "Rahim. Mari sini. Rahim belum makan.", pujuk jururawat itu. Along berdiri di hujung bangunan. Mahu bunuh diri. Kakinya dihulur. Badannya dikalih menghadap kami. Matanya terbuntang melihat aku dan Kak Alia.

            "Siapa tu?", jeritnya dengan nada ketakutan. "Alia dengan Maryam. Maryam yang Along cari bertahun-tahun. Ni Maryam.", kata Kak Alia. Tangannya di depa. Sedikit demi sedikit menghampiri Along. Raut wajah Along semakin keliru. Kepalanya diketuk-ketuk berkali-kali.

        Tiba-tiba, dia menangis sambil menjerit, "Sakit! Sakit". Dua Jururawat dan dokter menghampiri dia dan menarik Along. Dokter itu memeluk Along dan menyuntik ubat kepadanya. Along lemah.

           Kami membantu jururawat membawa Along ke ruang biliknya. Dokter memandang Kak Alia.

           "Kamu keluarga dia ke? Saya ada perkara penting perlu dibincangkan.", katanya. Kak Alia memandang aku tanda setuju.

bersambung ............

          

          
           

         

Anak Ustaz [COMPLETED]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora