Kes baharu

81 2 0
                                    

QALISYA berjaya menjadi seorang peguam. Qalisya juga diupah oleh Yeera untuk menyiasatsemula kes pembunuhan kakaknya yang sekitar dua tahun yang lalu. Masih berbekas bisa dalam hatinya kehilangan kakak tercinta.

          "you tengok number plate ni, ni kan, i dah suruh orang-orang cari dan car ini ada kat Kampung Parit Bunga, Muar, Johor. Kalau kita lihat daripada cctv ini, kita akan nampak this purdah girl berpuak dan yang seorang ini, dia bukan pengebom berani mati. Dia larikan diri. Sebab dia bertutup litup begitu, susah cari bukti. Just jumpa kereta yang mereka naik sahaja.",

            "Nanti I akan upah orang I cari kereta itu dan maklumat penuh kereta itu. I nak sangat tahu siapa pembunuh akak I..", nekad Yeera.

            

PARIT BUNGA, orang suruhan Yeera melaporkan milik kereta tersebut ialah milik Puan Raden. Setelah informasi diberi, siasatan semakin dalam mencari identiti Puan Raden.

            "Mama, nak air sedap.", kata Zafran terhadap Yeera. Ridzuan pun ada bersama Yeera melayan karenah anak Yeera.

               "You, hari tu kan siapa yang selamatkan Zafran tu? Kawan you kan? I tak kenal pun dia.", tanya Yeera membuatkan Ridzuan terdiam.

               "Maryam. Kawan I. I guess you knew her too.", kata Ridzuan meninggalkan Yeera dan Zafran.

                'Mar.. my roommate? takkanlah. Dia mesti hidup merempat dah. Tak mungkin la dia. Tak mungkin.',  monolog Yeera bersendirian.

             'Maryam, aku tunggu kau terlalu lama. Maafkan aku, tidak menjenguk kau dalam penjara selama 10 tahun.', monolog Ridzuan yang sedang memandu kereta. Baginya, Maryam tetap cinta hatinya. Atas permintaan Maryam, dia tidak datang pun ke penjara.

          Berulang kali, dia ke penjara berdiri di hadapan pintu gerbang sahaja. Tidak punya keberanian untuk menjenguk Maryam. Kakinya seakan-akan dipaku apabila berada di hadapan penjara.

              Doa juga tidak putus-putus untuk Maryam. Dia sangat mencintai Maryam.

_____________________________
SELESAI urusan pengebumian Abi. Sisa hidup Abi sebagai Ustaz Nik Azman yang mendidik dan menjaga anak-anaknya hampir 20 tahun tanpa isteri tercinta.

          Maryam membersihkan bilik Abi yang berdebu itu. Sikunya dilanggar sesuatu.

           "Pap!!", sebuah buku yang agak usang jatuh. Maryam mengambil membuang debu dan menyelak. Catatan Ustaz Nik Azman selama hidup bersendirian. Ditinggalkan anak-anak. Yang selalu melawat hanyalah Kak Alia.

           Maryam menyeka air matanya. Dia menutup kembali buku itu.

            'Kak Hikmah, Abi sangat sayang akak.', monolognya sendirian.

_________________________
MARYAM ke pasar mencari sedikit sayur-sayuran untuk dimasak.

           "Itulah anak Ustaz Azman yang masuk penjara itu!", bisik seorang wanita yang agak berumur.

            "Dah sepuluh tahun tinggalkan ayah begitu sahaja. Anak jenis apalah. Balik-balik pun ayah dah tak da.", tambah wanita yang berdiri berhampiran dengan wanita yang bercakap tadi.

               "Eh, mulut kau orang memang sedap je eh membahan orang!", kata Kak Ros yang muncul entah daripada mana. Aku terus mencapai tangan Kak Ros. Terdiam dua orang wanita itu.

               "Engkau pergi mana? Along kau dah jumpa?  Kakak-kakak kau dah jumpa?", kata Kak Ros. Aku mengangguk. "Alhamdulilah. Marilah balik, Kak Ros nak ajar kamu satu resipi ni. Sedap.", katanya memujuk hatiku.

bersambung.........

  

Anak Ustaz [COMPLETED]Where stories live. Discover now