Hukuman

102 3 1
                                    

FARA melawat Maryam di penjara. Maryam tidak berkata sepatah pun. Baginya, pedih lagi dia duduk di dunia luar. Tiada keluarga di sampingnya. Dia juga tidak mahu kawan-kawannya berhabis wang dan tenaga serta masa untukya. Baginya, takdir dia adalah penjara.

           "Aku dah failkan kau punya kes ni. Kita akan ke mahkamah nanti tau.", kata Fara menerusi telefon penjara.

           "Hmm.", jawapan Maryam.

           "Maryam, kau okey?", tanya Fara risau.

           "Boleh tak, Fara? Kau jangan sibuk dengan dunia aku. Jangan bazirkan wang kau, masa kau, tenaga kau untuk aku. Aku dah kotor.", rayu Maryam.

           "Asal nih? Kau kenapa ni? Kitakan best friend forever. Janganlah camni. Maryam.", pujuk Fara.

            "Sampai sini sahaja persahabatan kita. Terima kasih Fara atas segalanya.", Maryam letak telefon dan pergi daripada pandangan Fara. Fara menepuk-nepuk cermin kaca pemisah mereka. Air mata berderai.

______________________________
"HABIS strategi dan cara aku pujuk dia ke mahkamah. Dia tidak bersalah. Kenapalah Ya Allah. Aku tak faham betul.", kata Fara kebingungan.

          "Sudahlah Fara. Kalau itu yang Maryam nak. Kita hormat sahajalah pilihan dia. Lagipun, dia sudah putuskan persahabatan dengan kau.", kata Qalisya memujuk.

         
          "Aku give up! Serius!", kata Fara lalu menekan pedal minyak kereta.


_________________________

"Maryam Radhiah binti Nik Azman dijatuhkan hukuman penjara sepuluh tahun atas jenayah gangguan seksual.",  kata hakim.

        
         Maryam menuju ke penjara. Sujud syukur punya tempat tinggal. Meskipun penjara. Punya makan minum, meskipun dalam penjara. Punya rakan-rakan, meskipun dalam penjara. Penjara dunia. Sikit pun dia tidak menoleh ke arah Fara.

            Menghabiskan sisa sepuluh tahun dalam penjara bukanlah perkara yang menyeronokkan bagi orang yang inginkan kebebasan. Tidak pada Maryam, penjaralah tempat imannya bertambah. Solat sunat dilipatgandakan. Ceramah agama tidak tinggal. Menjahit baju kurung, baju kemeja, cadar dan sebagainya serta bergotong royong. 

        

           Ridzuan, Fara dan Qalisya tidak lagi melawat Maryam. Fara cukup terkilan dengan kata-kata Maryam. Ridzuan pula sibuk dengan urusan-urusan di hospital. Manakala, Qalisya pula sibuk dengan urusan pembelajarannya.

       
            Yeera pula masih mengejar cinta Ridzuan. Setiap hari menyinggah hospital dan membawa makanan untuk Ridzuan. Ridzuan pula tidak sedikit pun melayan dan menerima hati Yeera. Baginya, hatinya untuk Maryam.

             
               

Anak Ustaz [COMPLETED]Where stories live. Discover now