Penjara

105 2 0
                                    

TELUR DADAR. Ayam masak kicap. Pajeri nanas. Sayur sawi goreng siap dihidang atas meja. Menyambut kepulangan Kak Imah pada hari ini.
Aku masih tidak tahu keadaan kandungan Kak Imah. Kak Imah nampak lemah dan suaminya membantunya jalan masuk ke rumah.

          "Eh, orang gaji kita dah masak lah yang.", kata Safwan.

           Kak Imah menjengil. Tangannya mengigil. Dia pinta untuk di ruang tamu. Safwan ke tandas.

           "Kak Imah, baby okey ke?", tanyaku dengan selamba.

            "Kau bunuh anak aku. Irham Rahimi dah mati.", matanya mengalir air mata. Tangannya memengang erat perutnya.

            "Kau bukan adik aku!", matanya membulat. Marah aku. Diam.

            "Istighfar, kak.", kataku. Dia menolak aku. Aku pun beredar daripada ruang itu.

            Tiba-tiba, satu kereta muncul. Kereta Abi! Aku mengintip daripada tingkap.

            Abi masuk ke rumah Kak Imah.  Safwan yang berada di sisi Kak Imah ditarik bajunya. Abi menampar Safwan. Marah. Mata Abi mengalir air mata.

         "Kau buat apa pada anak dara aku?!!!", jeritnya lagi. Aku menyorok di balik tangga.

          "Dia suami Imah. Abi. Suami Imah.", rayu Kak Imah menarik tangan Abi lalu dikucup. Air matanya mengalir. Abi terduduk. Memeluk Kak Imah.

_______________________

"SEJAK bila kamu bernikah?", getus Abi. Baran masih bersama dalam darahnya.

         "Dua bulan yang lalu, Abi.", kata Safwan.

          "Kat mana?", tanya Abi. Masih marah lagi.

           "Thailand.", jawab Kak Imah lalu dilempang oleh Abi. Abi masih marah.
           

           Abi keluar daripada rumah dalam keadaan marah. Meninggalkan Kak Imah. Safwan memeluk Kak Imah.

____________________________
ISNIN. Aku bersiap-siap pergi ke universiti. Aku menoleh ke kanan. Ada dua inspektor berdiri di sebelah aku semasa aku mengunci pintu rumah.

           "Awak Maryam Radhiah?", tanya beliau. Aku mengangguk. Tanganku digari.

           "Kita ke balai.", katanya. Dugaan apa pula ini, Ya Allah. Sendunya hidupku. Apa pula yang berlaku ini?

           "Ada yang melaporkan kamu bergiat aktif sebagai ahli lesbian kan? Kamu sedar tak? Negara kita tidak menyokong LGBT!", jerkah inspektor itu.

           "Saya difitnah!", balasku. Mataku memandang inspketor itu dengan tajam.

            "Menipu lagi!", jerkahnya lagi. Gugur jantungku.

            "Saya tidak bersalah tuan!", jeritku. Penampar di muka pula dibalasnya.

             "Kamu kan yang melakukan hal terkutuk itu di bilik 105 di Unikl?", tanyanya lagi.

             "Bukan saya, tuan!", jeritku. Sekali lagi penampar hinggap di mukaku. Hidungku berdarah.

             "Saya hilang sabar. Panggil Puan Rozi!", jelasnya lalu keluar daripada bilik itu.

              "Buka baju dia ini!", suruh Puan Rozi kepada dua inspektor bersama-samanya.

              "Dah buat salah. Ngaku sahajalah!!", jeritnya lagi.

               "Saya tidak bersalah!", jeritku lagi sekuat hati. Baju ku ditarik. Koyak. Kejamnya dunia.

              "Memang saya buat hal terkutuk itu. Tetapi saya diperkosa. Saya tidak sedar diri. Tiba-tiba sahaja roommate saya bersama dengan saya. Percayalah saya, puan.", jelasku setelah mukaku habis dibelasah mereka.

              "Cukup lah Rozi!", jelas Puan Zarina menahan tangan Puan Rozi yang ingin menampar ku lagi. Mataku kabur. Pengsan.

___________________________
PENJARA. Satu tempat dimana semua orang tidak mahu masuk. Satu tempat yang merupakan neraka dunia. Satu tempat yang kononnya dikumpulkan orang-orang bersalah. Tidak pernah terlintas sedikitpun dalam mindaku untuk masuk ke sini. Tinggal di sini. Bersama-sama banduan lain.

             "Teruk juga dia kena ni, beb.", jelas seorang kakak.

              Mataku dibuka perlahan-lahan. Aku melihat seluruh tubuhku. Berseluar suku. Berbaju banduan. Aku melihat di samping ku, ada dua orang kakak. Mungkin sebaya dengan Kak Imah.

             "Dik, kau sudah sedar?", katanya. Mengosok-gosok belakang badanku. Senyum kelat aku hadapkan kepada mereka.

              Kringggg.

               "Bunyi apa tu, kak?", tanyaku. Biasalah newbie.
                 "Makan tengahhari.", jelasnya menarik tanganku. Warden membuka sel kami. Kami beringingan dan digari menuju ke dewan makan.

                 "Makanlah dik.", jelasnya. Nasi putih. Ikan kering. Air masak. Tawarnya hidup.

                 "Lama-lama kau akan rasa, inilah lauk paling sedap tau.", katanya. Senyum. Lapar perutku memaksa untuk aku tidak memilih. Aku makan semuanya.

                  Kami solat di surau berdekatan dengan dewan makan. Ada juga kuliah zuhur selepas solat itu.

                "Dunia ini tidak lain hanyalah penjara bagi orang muslim. Dan akhirat jualah sebaik-baik tempat pengadilan kita semua.", jelas Ustaz.

                "Kak, siapa nama ustaz tadi?", tanyaku selamba.

                "Kau suka dia eh?", tanyanya.

                 "Nazim. Ustaz Nazim namanya! Ramai orang minat dia tau.", katanya lagi sambil menyiku aku.

                 "Nama akak berdua ni apa?", tanyaku.

                 "Rosjuwairiah. Nama glamour Ros. Ini akak hebat ni, nama dia Ghufaira. Orang kat sini panggil dia, Kak Salman Khan. Muka dia sama kan? kan?", katanya. Pecah perut kami ketawa.

                "Dik, kamu kenapa masuk sini dik?  Kamu muda lagi.", tanya Kak Ros.

                "LGBT. Saya mangsa kak. Saya dianayai. Keluarga buang saya. Universiti buang saya. Kakak saya panggil saya pembunuh. Orang gaji. Hidup saya kak.... ", nangis ku. Bahuku digosok-gosok mereka berdua. Kak Salman Khan memelukku erat.

             "Kau punya emak?", tanya Kak Salman.

             "Tiada. Ibu sudah pergi lama. Abi sahaja bersama kami.", jawabku. Kak Ros juga memeluk aku.

              Kadang-kadang dalam kepahitan dan keperitan itu, ada juga nikmat Allah yang sangat manis. Punya kawan penjara yang baik hati berbanding orang luar yang asyik marahkan aku dan juga pulaukan aku, adalah satu nikmat yang akbar! Terima Kasih Allah.

.......bersambung......

                 

           

Anak Ustaz [COMPLETED]Where stories live. Discover now