Gelisah

102 3 0
                                    

SUDAH  dua minggu aku menumpang mandi dan tidur di bilik Fara. Ada juga rasa tidak selesa. Bagaimanapun, aku perlu cari jalan. Nama Kak Imah tertera di muka telefon bimbitku. Aku menelefon dia.

        "Assalamualaikum, kak Imah? Boleh tolong adik tak?", tanyaku.

        "Apa dia? Kalau tak nenyusahkan boleh sahaja.", jawabnya.

        Setelah beberapa minit berlalu, Kak Imah ingin berjumpa dengan aku. Tidak seronok berbincang dalam telefon katanya.

___________________________

"Kak Imah!", jeritku sambil memeluk susuk tubuhnya yang lebih kecil berbanding aku.

           "Kenapa ini, adik?",

             "Abi dah buang adik daripada keluarga kita.". Tunduk. Susah aku nak melafazkannya.

             "Kenapa? Astragfirullah!". Tangannya memegang tangan aku.

              "Kalau saya ceritakan pada akak, akak percayalah saya ini mangsa kejadian. Saya harap sangat Kak. Akak menyebelahi saya.", jawabku. Segala perihal menjijikkan itu semuanya terungkap. Kak Imah terkejut.

            "Tak apalah adik. Adik duduk dengan akak lah kat rumah sewa akak. Rasanya Abi tak tahu pun.", cadang Kak Imah.

            Jadi, aku tinggal bersama Kak Imah. Kak Imah jugalah yang menghantar aku ke Universiti setiap hari.

______________________

HUJUNG MINGGU, Kak Imah bersiap-siap. Katanya mahu ke kampung. Aku tidak mengikutnya. Katanya dia akan selesaikan semua perkara. Nafas dihela. Lega punya kakak yang memahami setiap cubitan hidup.

         "Kak Imah akan selesaikan semua. Adik, duduk sini. Jaga rumah Kak tau!", pesannya sambil memeluk tubuhku. Kelibatnya hilang dibawa grabcar.

            Pintu dikunci. Tingkap pun sama. Malam menjelma. Al-quran menemani. Bacaan aku berakhir dengan "benarlah kata-kata Allah yang Maha Agung".

            Tiba-tiba, pintu rumah berbunyi. Seperti ada pencuri yang mahu menyelinap masuk. Aku berada di hujung bilik. Ketakutan. Aku menilik di balik tingkap. Nampak seorang lelaki cuba merosakkan pintu rumah. Aku keseorangan. Aku mencapai telefon bimbitku.
   
            "Kak Imah, ada orang pecah masuk ni. Takut Kak Imah.", jelasku. Mengigil ketakutan.

             "Adik call polis je. Biar polis settle. Sementara itu, adik buatlah apa-apa pun.", jelas Kak Imah dengan tenang.

             Kak Imah memutuskan panggilan. Dia bersandar pada dinding kayu rumah Abi. Hela nafas panjang.

            "Safwan.", monolognya sendirian.

              Aku mengambil sebatang penyapu dan berdiri di belakang pintu.
  
              "Imah, bukalah pintu ini. Imah, sayang.", jeritnya.

                "Ringg...", telefon bimbit berbunyi. Gelabah. Gelisah. Bukan telefonku berbunyi.

                "Sayang, bukalah pintu. Sayang balik? Lah kenapa tak cakap dengan abang. Sayang tu pregnant tau. Jaga diri. Malam ini abang tidur rumah kawan abang jelah.", jelas lelaki itu.

             "Kak Imah pregnant? Bila masa dia kawin?", getusku sendirian. Satu kemusykilan berlaku. Diam. Kakiku terus berlari ke bilik Kak Imah. Kunci. Kak Imah memang bijak simpan rahsia.

Adik :  Akak Alia. Baca whatsapp ini, tanpa kak Imah tahu.

Kak Alia : Kenapa ini, dik?

Adik   : Kak Imah pregnant, betul kah kak?

Kak Alia : Hah? Jangan mengarutlah kamu. Kak Imah belum nikah lagi lah.

             Musykil. Gelisah. Apa sebenarnya yang terjadi? Kak Imah kahwin lari ke? Atau dia jual diri? Padanlah dia jarang sangat balik ke rumah Abi. Abi mesti tidak tahu hal ini. Biarlah aku dengar sendiri daripada Kak Imah. Mungkin ada ceritanya tersendiri.

_____________________________
KAK IMAH pulang. Salam disahut. Mataku tepat memandang perut Kak Imah. Tak besar pun. Kempis sahaja.

         "Kak Imah, hari tu yang ada orang pecah rumah itu. Dia balik terus gitu sahaja. Jadi, adik tak call polis pun.", jelasku.

           "Baguslah.", jawabnya. Kak Imah terus masuk ke biliknya.

            Aku ke dapur membalikkan ikan goreng sambil mengacau sayur lemak. Ikan goreng siap dihidang.

           Tiba-tiba, minyak meletup kecil dan terkena lenganku. Ikan yang diangkat penuh dengan minyak jatuh bersama-sama pinggan. Aku terus mencari ubat gigi. Pedih benar. Minyak panas katakan.

           Kak Imah ke dapur untuk melihat situasi itu. Zapp. Kak Imah terjatuh semasa mahu mengambil ikan yang terjatuh itu.

           "Adik! Adik!", jeritnya. Aku masih dalam bilik air. Bunyi air yang kuat. Aku tidak dengar sedikit pun jeritan Kak Imah.

             Pintu dikuak. Aku melihat Kak Imah terlentang. Pengsan. Darah mengalir di celah kakinya. Banyak. Panik. Aku panik benar. Kak Imah aku riba. Sambil tangan aku mencari-cari telefon bimbitku.

             Ambulans sampai. Kak Imah dibawa ke hospital. Aku memegang tangan Kak Imah. Jauh daripada sudut hatiku menjerit "Ya Allah, selamatkanlah Kak Imah."

__________________________
DUA JAM berlalu, tiada lagi kata putus daripada dokter. Macam-macam situasi yang muncul dalam mindaku.

            Dokter keluar daripada ruang bedah dan mencari penjaga Kak Imah. Aku berdiri hadapan dokter itu.
            "Siapa suami kepada Puan Hikmah?", tanya dokter itu.

             "Saya, Dokter.", kata seorang lelaki yang agak segak berdiri di sebelah aku. Safwan namanya. Dokter membawa Safwan ke biliknya. Mungkin hal serius dibincangkannya.

             Aku terduduk. Diam. "Kak Imah sudah berkahwin.", monologku. Aku pergi meninggalkan hospital itu dengan pelbagai spekulasi. Suami dia ada bersama. Aku perlu terima keadaan ini. Niat aku mahu membawa sedikit bekal dan baju buat Kak Imah di hospital.

_______________________
HOSPITAL, pintu wad Kak Imah dikuak. Safwan setia bersama-sama Kak Imah. Aku datang menghampirinya.

           "Assalamualaikum, Kak Imah", senyumku.

           "Waalaikumussalam. Siapa ni, sayang?", jawab Safwan.

            "Orang gaji I. Baru kerja dengan I dua tiga hari.", jelas Kak Imah. Aku terkedu. Orang gaji? Orang gaji?.

            "Sampai hati Kak Imah!", marahku lalu keluar daripada bilik wad itu.

            "Mudanya sayang, orang gaji kita", kata Safwan. Mereka saling berpegang tangan.


......bersambung.

Anak Ustaz [COMPLETED]Where stories live. Discover now