Zulumatnya Malam

137 2 1
                                    

SAKIT tumit ini kehulur hilir mencari adik beradik darah daging sendiri. Telefon tidak dijawab. Abi semakin tenat.


        "Kring...", telefon berdering. Kak Ros menelefon aku.


         "Assalamualaikum dik, ada apa boleh bantu? Kamu okey ke duduk rumah ayah kamu itu?", tanya Kak Ros.

         

         "Waalaikumussalam. Kak ni macam boleh bau je bila saya ada problem. Saya cari adik beradik saya kak. Entah manalah pergi mereka ni. Abi tenat nih.", keluhku.

             "Kamu kat mana? Nanti akak datang sana!", kata Kak Ros. Kak Ros memang seperti kakak kandung aku sendiri. Dalam penjara, banyak perkara dia ajar aku. Nasihat aku.

                 Kak Ros datang bersama keretanya. Puas keliling kampung mencari Along, Kak Alia dan Kak  Hikmah. Tiada. Aku bertekad mencari Kak Hikmah di rumahnya di Kuala Lumpur.

               "Kring...", Kak Alia menelefon. Terus aku jawab.

               "Kak, balik kak. Abi tenat!",

                "Astaghfirullah. Abi kat mana?", tanya Kak Alia. Aku memberi lokasi hospital Abi. Kata Kak Alia malam nanti dia sampai. Kak Ros menadah tangan syukur kepada tuhan.

______________________________
"ABI, Kak Ngah ni. Abi, bangunlah.", menangis-nangis Kak Alia mengegar tubuh Abi. Aku di sisi Abi turut mengejutkan Abi. Abi tidak sedar lagi. Masih bergantung pada alat-alat sekeliling tubuhnya. Benar, jasadnya ada. Rohnya ada. Tetapi, tidak sedar.

              "Kak Alia, sebenarnya... Apa yang terjadi pada masa yang lepas? Saya tiada ketika itu.", tanyaku dengan risau dan hairan.

              "Panjang ceritanya dik. Bermula dengan satu malam, kita semua satu rumah bergaduh besar. Kak Hikmah pun ada sekali. Along marah betul ketika itu. Kak Hikmah datang sujud di kaki Abi. Kemudian, along datang.....", cerita Kak Alia.


MALAM, Kak Hikmah bersama-sama suaminya datang ke rumah ingin memujuk Abi. Kak Hikmah memohon maaf berkali-kali. Abi sangat marah. Abi menghalau mereka.

              "Imah tahu Abi, Imah salah. Imah tak dengar cakap Abi. Tetapi lelaki ini sahaja Imah sayang. Imah cinta. Ampunkan saya Abi.", rayu Hikmah memegang kaki Abi.

                Abi menyepak dan Kak Hikmah terjatuh. "Mati hidup balik pun aku tidak punya anak macam kau! Aku tak restu kahwin kau. Pergi kau! Pergi!!", marah Abi.

              
               Kebetulan malam itu, Along pun datang ke rumah. Along tergumam. Along melihat lelaki lain ada dalam rumah bersama Hikmah. Memeluk Hikmah. Along menumbuk lelaki itu. Along memang panas baran.

               "Kau buat apa pada adik aku!", jerit Along. Along menumbuk lagi berkali-kali mata suami Hikmah. Hikmah membawa suaminya lari daripada rumah. Along kepenatan dan menangis kesal di tangga rumah. Abi juga tergumam. Abi menepuk Along.

          
           "Ngah! Mana Maryam?", jerit Along tiba-tiba.

            "Maryam... ", Kak Alia gugup melihat Along yang marah bersama tangan berlumur darah.

             "Aku tanya mana Maryam!", tudung Kak Alia ditarik. Along marah. Abi menarik Along.

                "Abi halau dia. Ini adik kamu! Buat kerja terkutuk!", jerit Abi melempar semua gambar Maryam yang tidak berpakaian itu.

                Along sangat marah. Dia terus keluar rumah. Katanya mahu mencari Maryam. Sudah beberapa tahun, Along tidak pernah pulang.

                Selepas lima tahun berlalu, Along dan Kak Hikmah tak pernah pulang ke rumah. Ada pula Ustaz Fathi datang meminang Kak Alia. Tinggal Abi berseorangan di rumah.

Itulah satu malam tragedi rumah Nik Azman yang menjadi asbab kukuh rumahtangga berpecah belah.

____________________________

TIDAK TERKATA. Cerita itu benar-benar membuatkan aku tidak berkata-kata.

         "Dik, kau gi mana selama ini?", tanya Kak Alia.

           "Kak Alia, percaya cakap Adik tau. Adik ....",
  

           "Kak Alia percaya. Sentiasa percaya.", tanganku dierat kemas. Matanya memandang mataku.

             "Penjara.", kataku membuatkan Kak Alia beristighfar berkali-kali. Dia memohon maaf berkali-kali kepadaku.

               "Itu tak penting, kak. Yang penting sekarang ini, kita kena cari Kak Hikmah dengan Along. Hasrat Abah yang terakhir.", jelasku. Kak Alia tersenyum dan memelukku dengan erat. Syukur masih punya nafas untuk bertemu Kak Alia dan Abi.
         
           Kami berpecah. Mencari Along di merata tempat. Manakala Kak Alia mencari Kak Hikmah.

            "Ya Allah, aku rindu adik-beradik aku. Pertemukanlah aku dengan mereka semua. Amin", hatiku berdoa dengan bersungguh-sungguh. Penjara sepuluh tahun memang membutakan mataku terhadap keluargaku, tetapi tidak membutakan hatiku terhadap keluargaku.

          "Along, dimana kau?", monologku sendirian.

_________________________
bersambung.........


             

          

Anak Ustaz [COMPLETED]Where stories live. Discover now