Bertemu Dua Seiras

81 1 0
                                    

HIKMAH meluru masuk ke ruang pelawat.

"Kau nak apa lagi Maryam!?", kata Hikmah marah.

"Bukan aku yang nak bertemu kau. Tetapi nek ini."

Maryam bangun.
Nek Rohaida duduk memegang telefon.

"Nak, nak... nak...", air matanya berjurai. Nangis.

"Makcik... siapa?", tanya Hikmah.

"Rohaida. Kenapa kau di dalam ni nak?", tanya Rohaida.

"Panjang ceritanya makcik. Makcik, saya dah buat semua yang abi suruh. Cuma satu satu je yang saya ingkar. Saya ikut gerakan...", mengalir air matanya.

"Kau bunuh orang ke nak?", tanya Makcik itu.

Hikmah mengangguk.

"Abi terlalu kongkong saya. Saya sambung belajar dalam bidang Abi yang pilih. Saya tak boleh keluar tanpa niqab. Saya dikongkong. Bila Abi teringat arwah mak, Abi akan menarik saya masuk bilik. Saya dipukul. Katanya saya bunuh mak. Kenapa makcik pergi....",
Hikmah menangis tanpa henti.

Maryam di sisi juga menangis. Tidak pernah sedikit pun dia  tahu Abinya begitu dendam.

"Sampailah saya nak kawin, Abi tak bagi. Macam-macam calon datang semua dia tolak. Katanya saya bukan orang baik. Sebab itu makcik.. saya kawin lari.", tambah Hikmah.

"Ada ketika dia terlalu sayangkan saya sehingga mencium seluruh muka saya  meraba saya. Makcik kenapa.. kenapa makcik pergi...!", Hikmah marah.

"Hidup saya bahagia sekejap. Selepas saya lari, dan Maryam masuk penjara.  Abi sangat sayangkan Maryam. Abi beri apa sahaja Maryam nak. Abi selalu suruh saya buat kerja rumah semua tetapi Abi tak pernah suruh Maryam...", Hikmah memandang Maryam dengan kebencian.

"Sampai satu masa, Abi membelikan Maryam basikal. Dan saya dipaksa membasuh kain tanpa mesin basuh. Saya serik. Saya kawin lari walaupun suami saya buta. Makcik ingat hidup saya bahagia ke?!", marah Hikmah.

"Makcik tak sepatutnya tinggalkan Abi! Mak cik satu satunya cinta hati Abi. Mak cik takkan tak faham... deritanya saya.", marah Hikmah.

"Berbulan-bulan saya tak pulang ke rumah sebab saya takut. Saya takut kalau Abi boleh memperkosakan saya. Jadi, saya kawin lari. Saya takut.",
Hikmah mengigil.

Makcik Ida, menangis teresak esak meratap wajah Hikmah memegang kaca penghadang itu.

Tiba-tiba, Hikmah rebah.
..............

"Rasa Sedih itu amat terasa apabila usahamu hanya sia-sia"

BERSAMBUNG........
terima kasih membaca novel saya ini.
Maafkan saya novel tak seindah mana.

Anak Ustaz [COMPLETED]Where stories live. Discover now