10 Tahun

99 2 1
                                    

SEPULUH tahun sudah berlalu, Maryam bakal dikeluarkan daripada penjara. Dia juga tidak punya sesiapa lagi dalam penjara yang masih care dengannya.

           "Awak, dah keluar ni, jangan perangai. Pastikan awak jangan masuk sini lagi. Faham?", pesan warden penjara lalu memeluk tubuhku.

            "Baik, puan.", langkah disua. Satu per satu melangkah keluar daripada gerbang melihat awan yang terang benderang. Alam masih menerima aku.

             "Pin..Pin..", hon kereta Kak Ros. Berlari aku ke arahnya lalu memeluk Kak Ros. Sudah dua tahun, Kak Ros meninggalkan aku dalam penjara.

               "Dah lama, Kak Ros menunggu hari ini. Marilah ke rumah Kak Ros.", jemputnya dengan senyuman lebar.

                 "Saya rindu Kak Ros. Kak Ros, saya nak cari ayah saya. Kakak saya, Along saya.", jelasku. Hiba hati ini mengenangkan mereka.

                 "Mereka tu tidak datang sekali pun masa kamu dalam penjara. Kenapalah kau nak bertemu mereka?!", getus Kak Ros.

                  "Air dicincang takkan terputus, Kak Ros.", jawabku selamba. Kak Ros tersenyum sambil memelukku lagi. Rindu sangat katanya.

____________________________

RUMAH kelihatan sangat usang. Seperti tiada penghuni. Air mata mengalir. Rindu sangat pada kenangan dalam rumah ini. Rumah ini sarat dengan ribuan malah jutaan memori aku bersama keluarga aku.

          "Assalamualaikum..", sunyi sepi. Tiada jawapan. Salam diberi lagi buat kali ketiga.

          
          "Prangggg", bunyi pinggan jatuh dan pecah. Tidak sedap hati. Lantas aku masuk ke dalam rumah itu. Mataku sibuk mencari kelibat Abi. Abi terjatuh di dapur. Rambutnya putih. Penuh dengan nyalaan uban. Tangannya penuh urat. Kakinya lemah.

               "Abi. Jangan ambil kaca itu, Abi. Adik ambil kan.", aku mengambil penyapu dan penyodok membersihkan kaca itu. Abi melihat aku. Tidak berkedip matanya. Digosok-gosok lagi matanya. Tangannya meraba mencari cermin mata barangkali.

             "Abi. Adik dah balik.", tangan Abi yang tua dan berurat itu aku gengam. Telapak tangannya aku cium diletakkan ke pipi aku.

              "Siapa ni? Adik dah tak ada. Adik dah lama hilang.", kata Abi mengalir air mata.

              "Abi cari adik?", tanyaku mengalir air mata.

               "Along cari Adik. Along tak balik-balik. Adik pergi mana? Abi rindu. Abi minta maaf. Abi minta maaf. ", berkumat kamit mulutnya dengan maaf.

              "Sudah lama Abi, Adik maafkan. Abi kita makan sama-sama ya hari ni.", kataku terus memeluk erat seorang ayah yang umurnya hampir 80 tahun.

______________________________

"ABI, mana perginya Kak Alia dan Kak Hikmah?", tanyaku setelah selesai solat berjemaah dengan Abi.

      Abi batuk. Makin serius batuknya. Berlari-lari dia ke dapur. Batuk berdarah.

           "Abi! Kita pergi hospital ya? Adik call ambulans tau!", risau menyelubungi aku.

            Abi menggeleng. "Abi dah tak lama dah nak. Mungkin esuk lusa Allah ambil Abi.", kata Abi sayu.

            "Ya Allah, janganlah ambil ayah aku dahulu. Aku baru sahaja bertemu dengannya. Ampunkanlah dosanya, ya Allah", doaku panjatkan jauh daripada dasar hatiku.

                Mata Abi yang sangat tua itu memandang aku. Bola matanya sudah tidak hitam bersinar lagi.

               "Bawa balik Kakak dan Along kau, nak. Abi teringin sangat nak makan sama-sama macam dahulu.", air matanya diseka dengan tangannya yang berurat itu.

                  "Adik janji Abi. Adik janji!", jawabku dengan yakin. Abi menyuruh aku mengurut lututnya. Sengal-sengal katanya sambil dia bersandar pada dinding. Matanya dipejam. Seronok katanya.

                "Abi. Abi.", jeritku. Abi diam sahaja. Lutut Abi ditampar. Badan digegar. Abi diam. Peluh gelisah mengalir. Aku terus mencapai telefon rumah menelefon talian kecemasan.

                  Dokter bersama pegawai perubatan lain berada dirumah aku. Katanya, Abi pengsan. Abi dibawa ke hospital dan aku bersama Abi.

_____________________________
HAMPIR tiga jam aku berada di luar bilik kecemasan. Dokter muncul keluar dengan sarung tangan bedahnya.

           "Ayah kamu menghidap kanser paru-paru. Sudah berada di stage 4. Saya harap awak dapat bersabar.", ujar Dokter itu. Aku terduduk. Dugaan itu benar-benar menampar diriku ini. Air mata mengalir.

                  "Abi...", keluhku. Kata-kata Abi terngiang-ngiang. Abi sudah tua. Ajal pun mengekori dia. Tangan Abi aku pegang erat. Alunan ayat suci Al-Quran aku bacakan di tepi Abi.

_______________________________

            Telefon nokia tiada screen berwarna itu aku capai. Menelefon Kak Alia, Kak Hikmah dan Along. Putus. Tiada line mungkin.

             Hiba. Terkilan. Terdiam. Badan Abi aku bersihkan dengan kain basah. Abi diam sahaja. Badannya penuh dengan alat-alat dan mesin. Aku selitkan tasbih di jemari Abi. Tangannyaku kucup.

              "Adik nak cari Along dengan kakak-kakak. Abi tunggu Adik. Tunggu Adik tau. Adik sayang Abi sampai bila-bila.", satu kucupan di pipi Abi. Berat hati ini untuk tinggalkan Abi.

bersambung.......

Anak Ustaz [COMPLETED]Where stories live. Discover now