Kes Baharu II

80 1 1
                                    

QALISYA menjumpai satu suspek yang dipercayai pembunuh kepada Kakak Yeera yang hampir 12 tahun peristiwa itu berlaku. Dibunuh oleh pengembom berani mati. ICRIS.

ICRIS, satu kumpulan yang terlibat dengan jihad secara kasar dan mempercayai membunuh orang bukan islam sebagai satu jihad yang besar. Kebanyakkannya mengajar mereka untuk berani memegang senjata.

"Sejak bila puan memasuki ICRIS?", tanya Inspektor Syam.

"Sejak 12 tahun yang lalu, saya diajak oleh rakan kolej saya. Dia terlibat lebih awal berbanding saya.", katanya.

"Siapa rakan awak?", tanya Inspektor Syam dengan mata yang seperti helang mahu menyambar mangsanya.

"Mah."

"Imah"

"Tuan, saya tak ingat nama penuh beliau. Tetapi, tuan. Saya boleh memberitahu kejadian itu berlaku."

IMAH.

Sudah dicatit namanya dalam rekod Inspektor Syam.

"ICRIS melancarkan gerakan untuk kami bergerak ke Bandaraya untuk berdakwah. ICRIS tak minta kami untuk membaling bom. Akan tetapi, waktu itu, ada antara ahli kami yang sibuk mahu memperjuangkan Islam katanya. Mahu membunuh orang bukan Islam. Jika mana-mana Muslim yang terkena bom itu, dikira jihad mereka. Dan mati syahid.", ringkas puan bercerita.

"Namun tuan, kami menuju ke arah pasar manakala, yang seorang itu menuju ke arah lain. Kami tidak tahu tuan, dia membawa senjata.", tambahnya lagi.

"Siapa yang tercedera ? Apa kamu buat semasa itu?", kata Inspektor Syam yang masih ragu.

"Saya tak berapa ingat tuan. Seingat saya, ada diantara kami, yang meninggal dunia. Ada juga yang tercedera. Banyak juga orang awam yang tercedera dan meninggal dunia. Kawan yang baling bom itu menghilangkan diri. Sehingga sekarang, saya tidak tahu dia berada di mana.", katanya lagi.

"Awak ingat atau cam wajah rakan awak itu?", tanya Inspektor Syam.

"Saya tak ingat tuan. Nama dia, tak silap saya, mah.", matanya meliar mencari kalimah untuk nama kawannya. Tidak dijumpai. Lama sungguh peristiwa hitam itu.

___________________________________

"Mah.", terkedu Qalisya.

"Aku macam pernah familiar dengan nama ini.", katanya lagi.

"Yeera, aku masih dalam siasatan. Kes kau agak sulit. ICRIS ni sudah lama terkubur. Pengikutnya hampir sifar sekarang. Kau masih berminat mahu cari pembunuh kakak kau?", kata Qalisya.

"Ya lah beb. Kakak aku pergi macam tu je. Aku ada hak. Kakak aku pun ada hak.", jelas Yeera mengusap-usap kepala anaknya, Zafran.

Ridzuan melambai tangan ke arah mereka. Ridzuan menghampiri Zafran dan mengucup kepalanya.

"Jadi ayah dia jelah, Ridzuan!", kata Qalisya.

Tidak lama kemudian, Fara muncul. Menepuk bahu Qalisya. Teruja mereka semua bersua semula. Ketawa berdekah semua. Menjamah makanan tengahari di Cafe Bernandy.

Tiba-tiba, Zafran mencuci tangan lalu ada mak cik memberikannya kek batik coklat leleh.

"Mama, ini.", katanya memberi bekas itu kepasa ibunya. Lalu menunjuk ke arah mak cik yang membawa plastik dan sedang mencari pembeli.

"Kek Batik Coklat Leleh"

"Made by Yam."

Fara memerhati mak cik itu. Makin ligat fikirannya siapakah mak cik itu. Wajahnya kelihatan sangat familiar. Matanya masih tertumpu pada mak cik itu hingga kelibatnya pergi.

"Ridzuan,  kau memang nak kahwin ke dengan Yeera ni? Kau dah lam kot membujang. Yeera ni, balu. Suami tak ada.", kata Qalisya mengejek.

"Oh kau. Mentang-mentang anak dah masuk dua. Perli aku ya. Aku wait someone.", kata Ridzuan.

"Someone?", semua tertanya-tanya dengan kata-kata Ridzuan.

Mereka beredar masuk ke ofis masing-masing.

_______________________________

"Puan, ini yang kami jumpa dengan detail 'Mah' dan dipercayai sebaya dengan suspek tadi. Lebih dekat, ada 3 calon yang mungkin, sebaya dan sekolej dengan suspek.", jelas Inspektor Syam kepada Qalisya.

"Good job, Inspektor Syam! Saya nak butiran mereka untuk dibawa ke balai. Bagi yang tertuduh, boleh dibawa ke mahkamah!", kata Qalisya semangat dengan kes baharunya.




adakah Mah itu Hikmah atau Rosmah atau Fatimah ? Nantikan episod seterusnya. Jangan lupa vote!!

Anak Ustaz [COMPLETED]Where stories live. Discover now