TAKDIR

201 6 0
                                    

"KE HADAPAN ayahanda tercinta. Adik sayang sangat Abi. Akak Imah, Akak Alia, dan juga Along. Adik nak cakap, Adik nak juga ambil jurusan jurutera. Bukan jadi orang jahat pun. Pasal wang, Abi jangan lah risau, Adik akan mohon biasiswa nanti. Adik takkan menyusahkan Abi. Abi, bagilah Adik sambung jurusan jurutera tau. Sayang Abi.", keratan surat childish aku dibaca oleh Abi.

"Anak-anak sekarang..", dengus Abi.

PON... kereta Fara la buat hal. Fara nak pergi bercuti di Paris. Jadi, dia hantarlah aku dekat rumah. Kantoi lari rumah. Kah. Kah.

Abi menjengah. Mukanya pun masam mencuka. Sah. Aku mesti sambung pengajian islam la camni. waduh.

"Panggil semua adik beradik kamu."

"Abi nak buat apa?"

"Panggil!!" jerkah Abi. Berderai jantung aku.

Semua duduk di atas tikar melihat Abi yang masih masam mencuka. Entah apalah yang keluar daripada lohong mulutnya.

Diam.

"Abi sudah putuskan. Adik ambil jurusan jurutera."

Meloncat-loncatlah hati ini. Gembiranya woi!! Doa aku termakbul.

"Tapi ada syarat!"

Semua menumpukan perhatian.

"Adik mesti berpurdah mulai jejak kaki ke universiti.", jelas Abi.

Semua mata tertumpu kepada aku. Masya Allah. Aku ni sekolah biasa je pon. Tak belajar sangat syariah. Tu yang jahil teruk. Munafik pula tu. Tiba-tiba kena sarung purdah. Masya Allah. Tak tahulah nak bergembira tau sedih. Dua-dua seakan-akan berada atas kedudukan dacing yang sama.

"Okay!" jeritku.

Mulai detik itu. Waktu itu. Itulah kata-kata Abi yang Abi pegang.

___________________________________

Genap cuti 5 bulan. Penat menanam anggur tak berbuah di rumah. Menjadi suri rumah sepenuh masa. Sambil menjaga Mubarak, anak emas kak Alia.

Tibalah masa, esuk. Aku akan melangkah masuk ke universiti. Banyak sangat tawaran. Akhirnya, aku pilih tawaran di Unikl. Janji Engineering kan.

Betul. Aku berpurdah. Berjubah hitam. Berstongan. Berstoking. Berjilbab kata orang. First time, aku datang Universiti begini bersama-sama keluargaku semua. Kak Imah dan Kak Alia turut memakai purdah untuk menyokong aku. Terimas kakak-kakakku sayang.

Ramainya orang nak berdaftar. Aku pula dalam kepanasan. Aku bergegas menuju ke tandas. Aku membuka purdahku. Tudungku. Dan aku......

TERSILAP TANDAS!!!!

Kesilapan terbesar betul dalam kekalutan aku yang tak normal ini. Pintu dikuak. Seorang lelaki handsome berdiri belakang aku. Dan aku free hair. Kelam kabutlah aku memakai tudung semua.

"Tandas lelaki ni!"

Aku terus mengikat purdah dan beredar. Jantung aku berdegup laju. Dia nampak aurat aku kot. Ya Allah. Ya Allah. Dia lupa kot siapa aku. Unikl kan besar. Positif. Ya itu perlu.

Abi dan adik beradik mengangkat semua barang-barang aku. Aku juga turut membantu.

"Abi pergi dulu ya nak. Belajar rajin-rajin. Tak ada duit cakap, pandailah Abi cari wang." kata Abi sambil memeluk aku.

_____________________________________

KULIAH bermula. Aku tidak pakai lagi purdah itu. Itu bukan identiti aku. Aku bertudung bawal biasa bidang 45 bersama baju kurung sahaja.

Pulang ke kamar. Aku pun bertegur sapa dengan kawan sebilik aku. Rupanya anak Datuk. Fuyoh. Patutlah dia free hair. Rambut lawa gila.

"Hi you. I Yeera. Nama panjang I, NurFaresya Airawani Binti Datuk Mustafa Arsyad. Call I Yeera okay."

"Hi. I Maryam. Nama panjang I, ..."

"shut shut.", jari jemari dia di mulut ku.

"kuno!".

Yeera bangun dan pergi ke luggage dia. Dan ambil sebotol minyak wangi berjenama. Dan kembali duduk bersebelah dengan aku.

"Nah, kita roommates kan. Ini je I mampu bagi. I hope kita boleh jadi kawan.".

Serba salah aku nak ambil. Yelah. Aku orang kampung je pon. Akhirnya, aku ambil juga.

"Jadi kawan I tau. Yam. Erm. Tak sedaplah Yam. Mar hah. Sedap sikit. Mar..", ujar Yeera.

Aku mengangguk. Ya. Kawan. Muncul macam-macam persoalan di minda, kawan bagaimana dia mahu ? kawan bagaimana yang dia maksudkan ?.

Azan Maghrib berkumandang. Aku pun bergegas ke tandas dan persiapkan diri untuk mengadap Illahi.

"Allahuakhbar", lafaz takbiratul ihram dilaungkan. Telekung aku ditarik. Terkejut ya Allah. Batal solat aku.

"Kenapa ni, yeera?"

"Apa you buat ni? ajaran mana ni?"

"Solat. You tak solat ke Yeera?"

"Ya I tak solat. Ni semua kuno."

"Habis apa yang tak kuno?"

"Jom clubbing. Japgi I siap."

"Astragfirullah. Tak nak you. I tak nak. Terima kasih."

Sabar sahajalah. Ada roommates begini. Bersedialah wahai hati untuk menempuhi realiti Kuala Lumpur ini.

Memang rutin sudah Yeera ke Kelab setiap hari. Aku doakan dia dapat hidayah. Amin. Amin.

(bersambung....)

Anak Ustaz [COMPLETED]Where stories live. Discover now