Cerita Hikmah

101 3 0
                                    

MARYAM melihat gambar Abi. Diam. Memerhati gambar itu. Sayang. Ayahnya sudah tiada lagi.

"Ayah nak makan dengan semua orang.", terngiang-ngiang mimpi itu.

"Abi, apa yang belum selesai? Kak Hikmah benci saya, Abi. Kenapa? Kak Hikmah benci saya! Abi buat apa?!", kata Maryam dengan geram. Memandang mata ayahnya dalam gambar itu.

Maryam masuk ke ruang bilik ayahnya setelah lama ayahnya meninggal. Pertama kalinya, dia masuk ke ruang itu. Memerhati cadar tilam ayahnya. Kerusi roda milik ayahnya. Asyik berjalan, Maryam buka almari ayahnya. Berdebuk!

"Rotan.", kata Maryam mengambil rotan itu.

"Abi, Kak Hikmah dirotankah? Sering kah dirotan?", bisik Maryam.

Maryam buka almari itu. Ada satu baju perempuan berlumuran darah. Lama sangat. Hingga kering darahnya. Ini baju siapa?

Maryam pergi ke rumah Kak Hikmah untuk dapatkan kepastian. Dia pernah tinggalkan diari Abi di situ. Sampai di situ. Maryam berasa pelik. Tiada seorang pun orang di situ.

Maryam masuk. Mencari diari Abi. Yang mungkin Abi boleh menceritakan hal itu. Almari diselongkar. Baju disepahkan. Mencari diari Abi. Dia turun semula. Tidak jumpa.

Tiba-tiba, ada benda yang jatuh. Maryam mencari bunyi itu. Satu per satu jalan ke arah almari itu. Dia terlihat, beberapa buku yang jatuh. Ada kucing lalu di situ.

Maryam mencari semula. Diari Abi. Jumpa. Selak dan selak. Baca dan baca. Tidak ada sehelai pun yang menceritakan tentang kain yang berdarah itu.

"Apa ni? kenapa Abi tak pernah mencatitnya?", Maryam melihat semula tarikh itu.

Tarikh permulaan Abi menulis diari itu adalah setahun selepas Maryam masuk penjara.

"Jadi, Abi menyesal dengan perbuatan dia. Jadi, masa ini. Abi duduk seorang. Kan, Kak Alia?", bisik Maryam sendirian.

"Jadi, Kak Hikmah tahu sesuatu. Aku kena cari dia!", bisik hati Maryam dengan gigih.

_____________________________

"ABANG SAFWAN!", kata Maryam terserempak di tepi jalan. Safwan duduk menunggu bas. Sedih air mukanya.

"Abang, mana Kak Hikmah?", kata Maryam dengan nada yang perlahan.

"Dia ditahan. Penjara. Abang, tak tahu yang selama ni, abang duduk dengan penjenayah.", kata Safwan terkilan.

"Apa abang ni cakap?", tanya Maryam dengan pelik.

"Kakak kamu, anggota ICRIS yang mengebom di Jalan Tungku Abdul Rahman, 13 tahun yang lalu. Pengebom berani mati.", kata Safwan menggaru kepalanya. Mengosok-gosok kepalanya. Kepeningan. Stres.

"Pengebom berani mati? Kakak ahli ICRIS ?", Maryam semakin buntu. Dia terus ke penjara untuk bertemu Kak Hikmah bersamanya sehelai baju yang berlumur darah dan diari Abi.

"Kak!", Maryam memeluknya. Hikmah menolaknya hingga jatuh. "Kak, saya nak tahu kenapa akak jadi camni? Akak, ceritakan pada saya ya?", kata Maryam menatap mata Kak Hikmah.

"Kau punca semuanya. Sebab kau, Maryam!! Sebab kau!", kata Kak Hikmah marah.

"Saya tahu, akak tak suka saya. Tetapi kak, dalam dunia ni. Saya ada seorang sahaja kakak yang masih hidup. Kak Hikmah.", kata Maryam mengalir air mata.

"Kak Alia je kakak kau.", kata Kak Hikmah dengan geram.

"Kak Alia dah tak ada. Dah tak ada, kak.", Maryam menangis.

"Kau penipu. Maryam. Kau penipu!", jerit Kak Hikmah.

"Saya tak tipu kak. Mata Safwan yang boleh tengok sekarang. Mata Kak Alia. Akak kita. Saya masih adik akak. Sampai bila-bila. Saya minta akak, suatu hari nanti. Akak ceritakan semuanya pada saya. Tolong kak. Saya pulang dulu.", kata Maryam mengalir air mata. Masa berjumpa sudah tamat. Barang yang dibawa, dikelek pulang dengan kehampaan.

Maryam terus menuju ke Hospital dimana ada Alongnya. "Along, dah makan?", tanya Maryam senyum.

"Belum. Jom makan sama-sama.", kata Along memegang tangan Maryam.

___________________________

SAFWAN datang ke penjara. Berjumpa dengan Hikmah. Kesian. Sebatang kara. Dulu biasa hidup bersama bunga. Sekarang, sendirian.

Hampir setiap minggu berkunjung penjara. Begitu juga Maryam. Hanya terhenti di muka pintu penjara sahaja. Takut mahu mula langkah.

Suatu hari, Maryam masuk ke ruang pelawat penjara. Ingin benar-benar dapat kepastian.

"Akak, betulkah Abi memukul akak dulu?, tanya aku.

Hikmah mengangguk-angguk.

"Kenapa kak?", tanyaku bertambah aneh.

"Sebab kau. Semuanya sebab kau. Kalau kau tak lahir dalam dunia ni, kau tak jumpa aku. Hidup aku tak macam ni. Aku takkan kehilangan anak. Berjauhan dengan suami. Bermusuhan dengan ayah sendiri.", marah Kak Hikmah.

"Astragfirullah. Kalau itu akak fikir, kenapa tak bunuh sahaja saya kak?", getak Maryam. Bertentang mata.

"Aku yang hantar kau ke penjara. Kau berhak duduk sini. Mati kat sini.", ketawa Kak Hikmah.

"Oo bencinya akak pada saya. Tetapi macam mana ya, saya minat akak. Macam mana ya?", balas Maryam sedikit psiko.

"Malas aku nak fikir-fikir.", meja ditepuk sekuat hati. Kak Hikmah kembali ke selnya.

"Aku mesti redakan api yang masih membara. Bukan hanya membakar diri sendiri, tetapi membakar orang disekeliling.", ..

bersambung

Anak Ustaz [COMPLETED]Where stories live. Discover now