TUJUAN

110 3 1
                                    

LAMA aku menatap telefon bimbit aku. Tiada sebarang mesej masuk. Lama aku bertafakur di masjid berdekatan. Sedikit demi sedikit kenangan pahit itu menyapa. Istighfar tak henti-henti. Aku tahu Yeera itu bagaimana. Dan aku tahu mesti ada sebab dia lakukan semua ini. Bagaimanapun, aku pun terlanjur sama.

"Awak orang mana ni?", ujar mak cik yang agak berusia. Mungkin kalau mak masih hidup, samalah sepertinya.

"Orang kampung je mak cik.",jawabku.

"Macam ada masalah berat je ni dik?", tanya lagi. Diam aku balas. Memang masalah. Masalah jiwa. Masalah perasaan. Masalah akal yang tidak habis-habis dengan konklusi yang pelbagai. Sesat dalam diri.

"Mengadulah pada Allah. Allah pasti tunjukkan jalan untuk kita. Pilihlah jalan yang betul. Walaupun jalan yang sesat itu menyenangkan kita. Jalan siratol mustaqim.", nasihatnya lalu beredar keluar masjid.

Lapar. Betul. Sangat lapar. Aku membeli makanan di sebuah gerai. Jual apam balik. Pak cik yang agak berumur. Bersamanya anak kecil berusia tujuh tahun.

"Dik, ada mak ayah?"

"Ayah ada. Mak sudah pergi."

"Ingat ayah itu, Dik. Besar jasanya pada kamu. Ingat tujuan kamu dik. Datang Kolompo ni nak buat apa. Nak cari rezeki, carilah yang halal. Beri senyuman pada ayah kamu, dik. Jangan mudah mengalah.", nasihatnya sambil menghulur sebungkus plastik.

Terkedu. Terkesima. Abi. Detik hatiku. Abi. Rindunya. Hampir sebulan rasanya tidak menelefon abi. Sebak tiba-tiba.

"Hello, Abi.",

"Nombor yang anda panggil...", operator pula yang menyahut. Lupa. Abi mesti sibuk dengan kerjanya. Telefon Kak Lia lah. Sama responsnya. Begitu juga kak Hikmah. Sama semuanya. Tidak peduli pun aku di sini.

Unikl. Aku sampai. Masuk ke kelas seperti biasa. Kelas sebelum ini semuanya aku ponteng. Aku duduk jauh dengan Fara. Aku tahu dia memerhati aku. Satu kuliah memerhati aku yang datang lewat ini. Kali ini, aku berniqab ke kelas.

"Awak siapa? Masuk lambat pula tu.", ujar Professor Noh.

"Maryam."

"Oh. Saya takut je awak ini orang lelaki menyamar ke, al qaeda ke, isis ke.", sindirnya.

Bibir diketap geram. Sabar. Tujuan aku di sini, belajar. Bahagiakan Abi.

Jauh di benak fikiranku tertulis bahawa nasihat orang yang tidak kenali lebih menusuk hati. Semoga Allah bersama mereka. Terima kasih.

-----------------------------------------

YEERA menarik tudung aku. Terdongak-dongak aku. Tanganku mencari tangannya.

"Sakit! Apalagi kau nak?", tanyaku geram.

"See this. Haha.", balasnya. Sekeping sampul surat dilempar kepada aku.

Sekeping gambar aku dan juga Ridzuan Rashid. Atau aku panggil Mat Min. Gambar di hospital. Sejak bila pula Yeera datang. Hanya aku dengan Mat Min sahaja.

"Itu boyfriend aku! Dasar kurang ajar, munafiq!", marahnya sambil menarik purdah aku. Mukaku ditampar. Aku terjatuh.

"Biseksual kau rupanya!", marahku juga. Tudung labuhku dipijak. Matanya bertentang dengan aku.

Daun pintu dikuak. Dia beredar. Lama aku menarik nafas lega. Punya roommate psiko begini. Allahu. Kuatkanlah aku.

___________________________
"AKU akan make sure yang satu unikl ni tahu kau biseksual!", mesej ringkas whatsapp aku hantar padanya.

Habis kotor tudung aku. Aku berada di surau menyelesaikan solat asar. Fara menepuk bahuku. Tanpa sepatah kata. Aku dirangkulnya. Peluk erat.

"Aku tahu kau tak okey", bisiknya.

Air mataku mengalir. Macam mana aku nak cerita. Bermula dengan apa?. Percayakah dia dengam cerita aku?!. Biarlah Allah, aku dan Yeera yang tahu dan hadapi semua benda ni. Sesungguhnya perbuatan aku terkutuk. Andai aku hidup zaman Nabi Lut, pasti akulah yang jadi batu itu.

"one day, bila kau dah ready, bagitahu aku ya. Percayalah aku.", jelasnya lagi.

Beg tanganku dikemas. Aku beredar daripada Fara. Sepatah pun tidak keluar daripada mulutku. Kemana lagi arah kaki ini? Kalau bukan, bilik neraka itu.

'Aku kena kuat.', jauh daripada sudut hatiku. Ini jalan aku pilih. Hadapi Yeera. Mat min. Abi. Dan semuanya. Aku mampu. Semoga perjalanan ini benar.

bersambung......

Anak Ustaz [COMPLETED]Where stories live. Discover now