GARI

84 1 1
                                    

"Adik. Abi nak makan sama-sama dengan semua orang. Kenapa ada Kak Alia sahaja?"

"Adik. Abi nak jumpa semua orang."

MARYAM tersedar daripada lena yang panjang. Air minuman diminumnya seteguk dan seteguk lagi. Peluh dahinya membahasi dahinya.

'Mimpi  Abi lagi.', monolog sendirian.

'Apa petanda ni? Abi nak jumpa semua orang. Anak Ustaz mesti bersatu. Anak Abi mesti bersatu. Ya Allah! permudahkanlah kami bersatu.', doa Maryam.


_____________________________

"ENCIK, ada Hikmah Solehah dalam rumah ini?", tanya Inspektor Syam dengan serius memandang Safwan.

Safwan serba salah.

Dia menggeleng kepala.

Kebetulan. Imah tertidur.

"Esuk, kami datang semula. Untuk kepastian.", katanya lagi. Safwan menghela nafas panjang.

'Jenayah apa bini aku buat? Jahat sangat kah bini aku?', bisik Safwan.


Safwan mencari album-album lama dalam almari rumahnya. Safwan menarik satu album yang hampir dimakan anai-anai. Safwan membuka.

Gambar Hikmah berpurdah bersama-sama geng berpurdah dan salah seorang daripadanya memegang sepanduk ICRIS.

'ICRIS?', monolog sendirian.

"Abang!", jerit Hikmah daripada tingkat atas dengan riang dan gembira.


Safwan tersenyum. Album itu disimpan. Memeluk isterinya sambil memegang tangan menuju ke dapur untuk breakfast.

"Sayang. ICRIS tu apa?", tanya Safwan.

"Persatuan orang islam.", katanya lagi.

Safwan memegang wajah Hikmah melihat matanya. Membelek-belek wajahnya.

"Kenapa?", tanya Hikmah.

"Sayang ni macam ada dua. Kadang-kadang normal. Kadang-kadang gila. Pagi tadi, sayang kan yang kejut abang solat subuh. Terima kasih sayang.", kata Safwan.

"Sayang selalulah kejut abang solat subuh.  Lupa eh abang?", tanya Imah.

Safwan mula celaru. Adalah dalam 10 tahu itu, Imah yang kejut. Lama juga yang dia tak kejut subuh. Tiba-tiba hilang pergi kerja katanya.

"Abang, buanglah sampah ni. Sayang nak cuci pinggan.", katanya menghulur seplastik sampah juga anak patungnya.

_________________________

"Sayang, jom. Solat.", ajak Safwan. Mata Hikmah memandang tepat pada Safwan dan menjerit "Tak nak! Mana anak aku?!!!!",

Safwan mengucap dua kalimah syahadah. Membaca ayat kursi juga. Safwan mengucup lembut tangan isterinya.

"Jom. Solat." katanya lagi.

"Abang. Jom. Solat.", balasnya.

'Dua personaliti ni. Bahaya isteri aku ni. Esuk nak bawa dia ke hospital lah.', bisik hati Safwan.

____________________________

"Sayang cantik tak? Abang. Sayang cantik tak?", kata Hikmah berpusing-pusing mengayakan baju maxi berbunga-bunga .

"Cantik!", kata Safwan sambil membuat thumbs up.

"Encik, ikot kami ke balai!", jerkah Inspektor Syam. Safwan dan Hikmah terus ke balai polis.

Digari.
Ditangkap.

sambung.....


Anak Ustaz [COMPLETED]Where stories live. Discover now