Misteri

144 3 1
                                    

TERMENUNG. Ya. Apa yang dimenungkan. Banyak. Pasal bakal imam itulah. Hantu sungguh!

          Bunga yang ada 5 kelopak semua dicabutnya aku. Serabut. Penat tunggu. Mananya Prince Charming sangat ni?

          "Eh, sini eh kau! aku mencari kau serata dunia. Sini gak kau menepek.". Marah benarlah Fara ini.  Fara melihat bunga di tangan aku. Kepalanya digeleng-geleng.

            "Kau rasa siapa eh, malaun tu? Penat lah fikir."

             "Dia bukan ke janji nak bagi kau apa yang kau tulis tu. Tak ada ke kau dapat apa-apa hari ni. Seram jugak. Siapalah sebenarnya!", tanya Fara. Kedua-dua masih dalam lamunan. Mencari siapakah yang bakal imam Maryam Radhiah.

__________________________

SUDAH dua minggu berlalu. Habuk pun tara. Tiada clue lansung! Aku pun boleh slow-slow move on ni. Jodoh tak panjang agaknya.

         "Minuman cik sudah dibayar dengan orang berbaju kemeja biru... Eh, sudah tiada."

        

          Siapa pula gerangan misteri ni. Mr Misteri Bin Poyo ni ke yang selalu kacau aku. Belanja minum. Siapa pula ya. Aku pun beredar daripada kedai dengan penuh tanda tanya.

          Ada dua orang penyangak mana datang kacau aku. Purdah yang aku pakai dicabutnya dengan kasar. Di tengah-tengah orang ramai. Mereka bersenjata. Beg aku diambilnya.

        

          "Hey, bodoh. Jangan ambil duit aku. Jangan ambil gila!", geram. Aku cuba menarik beg tangan aku daripada tangan mereka. Tetapi gagal. Aku disepak berkali-kali. Mana orang lain?! Kepala aku pening. Salahkah aku berpurdah dalam kalangan orang ramai ? Kenapa tiada yang menolong aku. Allah.

          Pandangan aku kabur. Semua jadi perlahan. Aku nampak penyangak itu jatuh di sebelah aku. Dan aku hilang dalam bayangan itu. Sekejap itu sahaja aku ingati.

___________________________

"CIK. cik.", suara jururawat. Aku di hospital. Entah bagaimana aku di sini. Siapa yang bawa ke mari?

       

         "Alhamdulilah. Sudah sedar. Siapa nama cik?", tambah jururawat memeriksa kesihatan dan kewarasan aku.

         "Maryam Radhiah binti Nik Azman.", balasku lemah. Kurang semangat.

        

          Jururawat itu mahu keluar dan aku memanggilnya.

          "Nurse, siapa bawa saya ke sini?", tanyaku.

    

          " Ada lelaki. Berkemeja biru. Dia yang selamatkan awak daripada gangster tu. Nanti dokter datang. Saya minta diri dulu."

         "Baju biru? Siapa lah ya Allah? Kalau orangnya itu niatnya baik, pertemukanlah kami ya Allah.", doaku.

         

          Pintu dikuak. Seorang lelaki berketinggian 170cm datang menghampiri. Berbaju kemeja biru teatpi disarungkan juga dengan kot dokter.

          "Cik, ada penjaga?", ujar dokter itu. Aku lihat nametagnya, Rizuan Rashid. Aku menangguk.

          "Dokter. Siapa bawa saya ke sini?", tanyaku.

   

           "Nurse kata lelaki berbaju kemeja biru.",

           "Dokter pun berkemeja biru. Bukan dokter kan ?", tanyaku kehairanan. Ketawa kecil dokter itu. Tak mungkin lah dokter pula kan.

             "Cik, cik ada lebam bahagian punggung. Juga Cik cedera bahagian tulang belakang. Setakat ini, tak ada lagi internal bleeding. Kalau cik ada rasa pelik-pelik. Bagitahu ya.", katanya sambil menulis semua details.

          Aku memerhati kasut dia. Lusuh. Kotor. Dokter ini ke selamatkan aku? Tak mungkinlah kan. Dokter banyak kot kerjanya.

           "Siapa? Siapa lelaki itu?!", misteri sungguhlah. Aku pun terlelap di wad itu.

_____________________________

Tapak kaki berbunyi. Pap. Pap. Mamai. Aku membuka mata perlahan. Kemeja biru yang itu sahaja aku nampak. Mataku terbuka sepenuhnya. Melihat Si baju biru meletakkan bunga atas meja. Kasutnya aku perhati. Kasut Dokter Ridzuan!

        "Dokter!", jerkahku. Terkejut dia. Dia terkedu. Tak pusing badan lansung. Kaku.

         "Kau siapa hah?", tanyaku. Dalam hati ni, berkobar-kobar. Takut. Orang asing. Bahaya. Macam-macam boleh berlaku. Sambil tu tanganku di loceng. Takut. Kalau dia orang jahat.

        
           "Dokter!", menghampiri dia yang keras kaku itu. Aku menarik sedikit bajunya. Melihat mukanya.

            Ya. itu dokter. Dokter Ridzuan Rashid. Aku melihat sejambak bunga ros. Siapa sebenarnya Dokter ni?

             Dia pandang aku. Terdiam. Biasalah dah kena tangkap. Finally, mission accomplished!  Alhamdulilah.

____________________________

"MARYAM RADHIAH,  Awak tak ingat  saya ke ? Saya kawan sekolah rendah awak dulu. Tetapi sekejap je, saya sekolah awak tu.", ujar Dokter Ridzuan sambil minum rehat dalam wad aku.

           "Siapa?", tanya aku. Memang aku tak ingat sesiapa sekolah rendah. Zaman paling dhoif masa itu. Sudahlah banyak hingus. Tudung senget.

            "Saya yang pakai braces tu. Cermin mata bertali. Ingat tak?", tanyanya lagi. Okey. Otak. Cepat. Pergi imbas balik. Siapa gerangan itu.

            "Oh ya! Mat Min Tali! Oh. Yang selalu kena buli tu kan?", ujarku. Berdekah-dekah ketawa. Malu besar lah dokter ni.

           "Okey. Angkara awaklah eh semua ni. Stalker teruk eh!", geram aku. Bagi penampar kang.

          

            "Hihi. Saja nak kacau awak.", ketawa kecil bersama.

 

             "Jadinya awaklah yang bagi saya cicak kudung tu kan? Yang bagi bunga kat saya kan?  Kat unikl tu kan?", kataku. Aura menyiasat. On!

          "Sejak bila? Saya terserempak je tau dengan awak kat tandas Unikl tu. Itu pun sebab nak hantar adik saya tau. Masuk kat situ. Second, kat kafe tadi. Tu je. ", jelasnya.

          Sudah. Siapalah pula yang bagi cicak kudung tu?! Siapa?. Misteri sungguh lah! Sakit kepala aku!

bersambung.......

Anak Ustaz [COMPLETED]Where stories live. Discover now