Chapter 3 - Like father, like daughter

813 73 2
                                    

Scarlet menuruni tangga dari tingkat dua rumahnya. Dia telah bersedia dengan pakaian latihannya yang serba hitam dari atas hingga bawah. Dia terus melangkah kebilik latihan dimana 'ayah'nya menunggu.

Sebaik sahaja dia menutup pintu bilik latihan itu, satu benda perak terus melayang kearah mukanya. Namun dengan lincah, Scarlet mengelak dan benda perak tadi tersangkut di pintu tepat dihadapan mata Scarlet.

Scarlet tidak terkejut sedikit pun walaupun sebilah pisau kecil itu hampir sahaja membuat lubang diwajah cantiknya.

Scarlet melihat 'ayah'nya yang sedang berdiri ditengah-tengah bilik latihan. Tiada sedikit rasa bersalah pun terpampang diwajahnya. Dan itu membuatkan Scarlet rasa marah didalam hati.

'Jangan tunjukkan emosi pada sesiapa pun, lebih-lebih lagi musuh'

Dia mengingat 'peraturan' yang sering diingatkan oleh 'ayah'nya. Bertahun-tahun dia sorokkan emosi dari wajah dan hatinya. Tanpa dia sedar, sedikit demi sedikit emosinya hilang sekian hari.

Tiada rasa bahagia, sedih, marah, kecewa yang tersisa dimatanya.

"Maafkan saya kerana lambat, ketua" Scarlet menundukkan kepalanya dihadapan 'ayah'nya. Namun tiada jawapan diberikan untuk permintaan maaf dari Scarlet.

'Ayah' Scarlet berjalan ke penjuru bilik dan mengambil dua pedang yang dibuat dari buluh. Setelah itu dia berjalan semula ketengah bilik dan membaling satu pedang tadi kearah Scarlet.

Sekali lagi Scarlet dengan lincah menangkap pedang itu, menggenggamnya dengan erat dengan tangan kanannya dan mula bersedia untuk menyerang. Manakala 'ayah' Scarlet hanya menunggu dan tidak bergerak seinci pun.

Rusuk kanan menjadi sasaran pertama. Scarlet menyerang sambil mengayunkan pedangnya dengan pantas dan penuh tenaga. Namun 'ayah'nya dapat menahan serangan Scarlet dengan mudah.

Setelah itu dia menyerang balas Scarlet dengan satu libasan menyerong kekiri. Scarlet dapat menyekat serangan dari 'ayah'nya, tapi disebabkan perbezaan antara kekuatan mereka, Scarlet mengalami kesusahan untuk menyekat dengan sempurna.

Setelah bertahun-tahun berlatih dengan 'ayah'nya, Scarlet dapat membaca gerakan yang dibuat olehnya. Namun, sekuat mana pun Scarlet cuba, satu pukulan pun tidak berjaya dia berikan kebadan 'ayah'nya itu.

Mereka berdua hanya saling menyerang dan menyekat antara satu sama lain. Tiada satu perkataan dikongsi antara mereka. Hanya bunyi pedang buluh yang saling berlanggar menjadi perbualan mereka.

Setelah bertahun-tahun berlatih bersama 'ayah'nya, Scarlet dapat melatih staminanya agar tidak cepat berkurang. Bahkan setelah lebih dua jam mereka beradu pedang, masih tiada tanda bahawa mereka akan berhenti.

Peluh memenuhi pakaian mereka berdua. Kecepatan 'ayah' Scarlet mula berkurang disebabkan usianya yang makin tua dan Scarlet cuba untuk ambil peluang.

Scarlet mengambil ruang kebelakang dan dengan cepat menyerang semula. Dia memberikan serangan lurus mensasarkan dada 'ayah'nya.

Dengan kecepatan Scarlet dan posisi badannya yang tepat, serangan Scarlet amatlah susah untuk ditahan untuk orang biasa.

Tapi, 'ayah' Scarlet bukanlah orang biasa. Dia melibas pedang Scarlet dari bawah ke atas dan disebabkan kekuatannya, Scarlet terlepas genggaman pedangnya.

Scarlet kalah.

Scarlet terpaku melihat pedangnya yang terjatuh diatas lantai. Nafasnya tidak teratur kerana penat.

"Kau makin pantas" puji 'ayah'nya. Atau adakah ianya satu pujian?

Scarlet melihat orang dihadapannya. Dia membetulkan posisi badannya menjadi tegak dan berterima kasih kepada ayahnya.

METANOIA [C]Where stories live. Discover now