Chapter 33

474 54 0
                                    

Berita kemangkatan Raja Nelius Kaivan de Sevalon telah tersebar diseluruh negara Sevalon. Namun alasan kemangkatan dirahsiakan. Hanya satu penipuan, dimana Raja mangkat akibat penyakit tua, disebarkan.

Disebabkan itu, misteri kehilangan penduduk Sevalon tidak akan terungkap.

Sedangkan untuk kemangkatan Putera Pertama, dikatakan Putera telah diracuni oleh pembunuh upahan yang menyamar.

Penduduk Sevalon yang tidak tahu apa-apa sudah tentunya meratapi pemergian pemerintah dan putera yang mereka sayangi.

Malang kerana mereka tak tahu apa-apa.

Di istana utama, dimana kerosakan telah berlaku, pembaikan sedang dijalankan oleh ahli sihir.

Di istana utama juga, satu mesyuarat bangsawan telah dilaksanakan, dimana para ketua keluarga bangsawan telah hadir. Dan dimana Puteri Diraja menjadi proksi yang mengambil alih tugas Raja.

Puteri duduk dikerusi yang seharusnya hanya pemegang takhta boleh duduki, dengan ketua bangsawan memenuhi kerusi lain.

"Seperti yang anda semua tahu, ayahanda Beta, bekas Raja Sevalon telah melakukan jenayah terbesar yang ditulis dalam undang-undang.

Dan disebabkan itu, ayahanda telah dihukum bunuh.

Beta juga ingin berterima kasih kepada semua ketua bangsawan yang telah datang membawa pahlawan mereka dan membantu menghukum ayahanda."

Puteri menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat.

"Yang Mulia, kami, sebagai pengikut yang setia juga termasuk yang bersalah. Kami tak menyedari kesalahan yang telah dilakukan Tuanku Nelius dan lambat bertindak." Duke Rochaze bersuara.

"Terima kasih atas memahami.

Beta berharap supaya hal ini dirahsiakan antara yang hadir disini sahaja. Kalau hal ini tersebar kenegeri lain, perang mungkin akan berlaku. Dan Beta tak mahukan hal itu."

Kesemua ketua bangsawan diruangan itu mengangguk.

"Beta juga memanggil anda semua kesini, pada hari ini ialah untuk membincangkan kedaulatan untuk Sevalon."

Ketua bangsawan saling memandang. Salah seorang dari mereka mengangkat tangannya.

"Adakah Yang Mulia sendiri akan mengambil alih takhta?"

"Seharusnya, ya."

'Seharusnya?'

"Adakah Yang Mulia mampu tangani urusan negara?"

"Adakah Yang Mulia perlukan pembantu disisi? Patik boleh mengenalkan beberapa sarjana untk membantu."

"Mungkin juga Tuanku perlukan suami?"

Puteri memandang tajam sebahagian bangsawan yang sedang memandang rendah dirinya.

'Dulu korang tak pandang pun aku sebab aku anak bangsawan dari negeri kecil. Sekarang bila kuasa ada kat tangan aku.. Korang cuba nak kawal aku eh..'

Puteri memberikan senyuman kecil.

"Soal urusan negara, Beta masih boleh tangani. Memandangkan Beta juga belajar politik."

"Ah.. Baiklah, Tuanku."

"Selain itu juga, Beta ingin mengenalkan anda semua kepada seseorang."

"?"

Puteri mengarahkan pengawalnya untuk membukakan pintu.

Seorang lelaki berambut biru tua bermata merah masuk mengejutkan kesemua bangsawan didalam bilik itu. Duke Rochaze tak kalah terkejutnya.
_____________

Senja sudah tiba. Bilik Scarlet hanya dijaga oleh Lillian dan Trystan.

"Bila lah Scarlet nak bangun." Lillian melihat Scarlet dengan mata kasihan. Rindu akan Scarlet yang menjadi satu-satunya teman.

"Dia akan bangun.. Percayakan je dia." Trystan mengusap rambut hijau Lillian.

Pintu bilik dibuka. Lillian dan Trystan menoleh kearah orang yang baru sahaja masuk.

"Macam mana?" tanya Trystan.

"……

Boleh aku cakap berdua ngan kau?"

Trystan memandang Lillian sebentar. Setelah diberikan anggukan oleh anaknya, dia mengikuti Ashley untuk berjalan keluar bilik itu.

Ashley dan Trystan berjalan melalui lorong tingkat kedua istana, menuju kearah balkoni yang tak jauh dari bilik dimana Scarlet berada.

"Aku tak sangka kau setuju untuk terima jemputan Puteri. Aku ingatkan kau dah taknak ada apa-apa kaitan dengan Keluarga Diraja."

"Memang itu yang aku harapkan. Tapi.. Aku ada rasa tanggungjawap dalam diri aku. Aku nak lindungi semua yang aku sayang.. Kau, Lillian, Dave dan.... Scarlet."

Trystan memandang Ashley. Dia mendesah.. Bukan keluhan, namun bangga akan Ashley. Dia ingin mengusap rambut Ashley sebagaimana dia mengusap rambut Lillian, tapi kerana Ashley lebih tinggi,  dia menahan diri.

PAK

Sebaliknya dia menampar belakang badan Ashley.

"Ow!"

"Jadi.. Apa yang Puteri berikan untuk kau?"

"…" Ashley menegakkan badannya.

"Trystan.." Dia memusingkan badannya menghadap Trystan. Cahaya dari matahari terbenam membuatkan mata merahnya kelihatan jauh lebih bersinar dan menyerlah.

"?"

"Mulai sekarang.. Aku bukan lagi Ashley Bertillon.."

"Apa.. Maksud kau..?" Trystan mula tak sedap hati melihat wajah serius Ashley.

"Mulai sekarang, aku.... ialah Asher Henley de Sevalon, Raja bagi Empayar Sevalon."

"!!"

Sepantas kilat Trystan berlutut dihadapan Ashley.

"Saya Trystan Maigness bersumpah kesetiaan kepada Tuanku."

"……"

"…… ?"

"Aku gurau.."

"?.. Hah?"

Trystan memandang Ashley dengan muka tak percaya.

"Ehem.. Aku belum jadi Raja lagi.."

Muncul empat penjuru didahi Trystan. Dengan cepat dia bangun dan mencengkam kolar Ashley.

"Kau tengah nak mainkan hati orang tua ni ke, hah?"

"A-aah... Maksud aku.. Aku akan jadi Raja juga nanti.. Cuma tunggu hari pemahkotaan sebab Puteri kena siapkan dokumen dulu."

Trystan melepaskan kolar Ashley.

'Bergurau dengan Trystan ialah idea buruk..' Fikir Ashley sambil menghela nafas panjang.

"Aku tak tahu pula yang Puteri akan serahkan takhta kat kau.." kata Trystan.

"……

Aku pun sebenarnya tak sangka.."

*flashback on next chapter*

METANOIA [C]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα