Chapter 5 - The color of Scarlet

652 63 11
                                    

Waktu yang dinantikan telah pun tiba. Kediaman keluarga Scarlet menjadi hening. Kebiasaannya rumah itu bising angkara bunyi senjata tajam yang saling beradu. Namun kali ini tidak. Hanya bunyi cengkerik yang dapat didengar.

Scarlet telah siap menukar pakaiannya menjadi serba hitam. T-shirt kosong berwarna hitam ditambah dengan legging hitam kemas dibadannya. Dia juga memasang holster dikedua belah peha dan sebuah beg kecil dipinggangnya.

Dia mengambil dua buah pistol Glock 37 dari atas mejanya. Mengisi 15 butir 9mm parabellum disetiap satu lelopak peluru dan akhirnya memasukkannya kedalam pistol miliknya. Kedua-dua pistol dimasukkan kedalam holster.

Tidak lupa juga, dia mengambil pisau kecil yang selalu dia bawa kemana sahaja. Pisau yang merupakan 'hadiah' yang diberikan oleh 'ayah'nya pada hari jadinya yang ke-12. Dia memandang lama pisau itu sebelum memasukkannya kedalam holster.

Scarlet berjalan mendekati tingkap bilik dan melihat keluar rumahnya melalui celah-celah tirai. Disana dia melihat ada beberapa anak buahnya sedang berjaga di pagar dan beberapa sedang meronda.

"Cih. Jadi ada yang tak makan ke?" dia kecewa kerana rancangannya tak berjalan dengan sempurna. Tapi harus dia laksanakan juga.

Dia berjalan menuju pintu bilik. Dibukanya perlahan lalu ditutupnya perlahan agar tidak menghasilkan satu bunyi pun.

Kakinya melangkah laju menuruni tangga. Walaupun sedang berlari, satu bunyi tapak kaki tidak kedengaran dari Scarlet. Dan itu adalah hasil latihannya selama bertahun-tahun.

Scarlet mendekati sebuah pintu bilik yang bersebelahan dengan bilik latihan. Dia cuba memusing tombol pintu itu tapi seperti yang dia agak, pintu itu berkunci.

Scarlet mengambil satu dawai tebal dari beg kecilnya, membentukkan dan memasukkannya kedalam tombol pintu. Dia memusing-musingkan dawai itu dengan harapan tombol itu berpusing.

Click

Dengan itu, tombol pintu itu berpusing. Scarlet mengambil nafas panjang dan membuka pintu itu.

Scarlet berjalan perlahan ketengah-tengah bilik yang baru sahaja dia curi masuk. Disana dia melihat seorang lelaki sedang nyenyak tidur diatas katil yang jelas lebih besar dari milik Scarlet.

Bilik itu gelap gelita. Tapi Scarlet yakin akan lelaki dihadapannya.

Ya. Dia adalah 'ayah' Scarlet.

Scarlet memandang 'ayah'nya dengan mata yang penuh amarah. Tangan kanannya mencapai pisau kecil yang tersimpan di holster peha kanan.

Segala dendam dan amarah yang dia simpan selama bertahun-tahun dikumpulkan ditangannya. Mata hitamnya menjadi gelap. Gelap segelap malam tanpa cahaya walau sedikit pun.

"Selamat tinggal.. Ayah"

Pisaunya dihayunkan kebawah mensasarkan dada kanan ayahnya. Dan dengan itu, dia bebas.

.........

Atau belum.

Kurang dari seinci jarak pisau itu dari kulit ayahnya, tangan Scarlet terhenti.

Dia melihat kedua tangannya yang digenggam kuat oleh lelaki yang ingin dibunuhnya.

"Macam mana kau.." Scarlet terkejut melihat mata lelaki dibawahnya itu.

Perut Scarlet ditendang dengan sekuat tenaga sehingga dia melayang dan melanggar dinding. Tulang belakangnya bagaikan patah dua. Rasa sakit mula muncul.

"Kau fikir ubat tidur boleh lemahkan aku yang dah selalu minum racun?" jawab ayah Scarlet tanpa emosi.

'Bunyi bising ni akan tarik perhatian yang lain. Aku kena cepat.' fikir Scarlet.

METANOIA [C]Where stories live. Discover now