Chapter 15

549 59 3
                                    

AKU berjalan menuju bilik dimana gadis tadi dirawat. Trystan turut bersama disebelah aku.

Kitorang bertiga berhenti disebelah gadis yang sedang tertutup rapat matanya. Badannya ditutup dua kain yang tak tebal, tak juga nipis. Satu kain menutup bahagian atas badannya, satu lagi kain menutup bahagian bawahnya. Aku yang melihatnya rasa malu.

"Kenapa, Lillian?" Tanya Trystan dengan tenang.

"Ok.. Pertama sekali, tengok ni." Lillian menunjukkan dua dulang diatas meja tak jauh darinya. Satunya berisi aksesori yang berupa rantai dengan loket besar dan dua anting kecil. Aku menyentuh loket besar itu. Kedua-dua aksesori itu diperbuat dari emas tulen.

Jadi dia orang kaya?

Lagi satu dulang pula terisi beberapa butir logam kecil. Aku mengambil satu logam itu dan memeriksanya dengan teliti. Bahagian atasnya runcing. Dan ianya basah dipenuhi darah.

"Aku jumpa benda tu dalam badan dia." Kata Lillian kepada aku.

"Dalam badan dia?" Aku tekankan ayat 'dalam' kerana aku betul-betul terkejut.

"Ye. Luka-luka badan dia cumalah lubang yang dalam. Dan dalam lubang tu, logam tu yang aku jumpa."

Muka serius Lillian membuatkan aku yakin dia tak menipu. Logam apa itu sampai boleh berada dalam badan manusia dan boleh hasilkan luka yang boleh membawa maut?

"Dia dah kehilangan banyak darah."

"!!!. Jadi macam mana dia sekarang?" Tanya aku dengan penuh kerisauan.

"Dia dah okay. Agak beruntung sebab darah aku O jadi aku terus dermakan darah aku. Tapi sebab aku masih tak mahir dalam bab tu, aku buat silap. Darah ni darah aku sendiri." Lillian menunjukkan darah dibajunya.

"Kau tak apa-apa ke?" Tanya Trystan kepada anaknya itu. Sudah jelas dimatanya yang dia amat risau pada Lillian, anaknya satu-satunya.

"Saya ok je." Jawab Lillian dengan senyuman untuk meyakinkan Trystan.

"Lepastu, tengok ni." Lillian membuka satu kain yang menutup bahagian atas gadis itu. Dia hanya membuka paras perutnya sahaja, dadanya masih ditutup oleh Lillian.

"!!" Aku yang agak terkejut ragu-ragu sama ada aku patut tengok atau tak.

"Lambang ni." Dia menunjukkan satu lambang berbentuk kepala singa yang jelas diatas kulit putih gadis itu. Trystan memandang lama lambang itu.

"Kau pernah nampak lambang ni, Ashley?" Tanya Trystan.

"Kalau singa, aku rasa ianya lambang negara Rovaville. Tapi lambangnya tak sama dengan yang ni."

"Kemungkinan besar juga dia dari sana."

"Tapi penduduk Rovaville tak pernah ada lambang kat badan diorang."

"Takde?"

"Takde." Jawab aku dengan yakin.

"Lambang ni bukan dari dakwat biasa. Ianya bekas luka bakar." Kata Lillian yang menambahkan lagi kejutan kepada aku.

"Trystan?" Trystan tak menyahut panggilan aku. Dia hanya memandang badan gadis itu dengan seksama. Dia mendekati gadis itu. Tangannya mengeluarkan lingkaran magik berwarna putih dan memeriksa seluruh badan gadis itu. Sudah tentu, tanpa menyentuh badannya.

Dia memeriksa badan gadis itu untuk beberapa saat sahaja. Setelah selesai, dia memandang anaknya.

"Lillian, pergi rehat dulu."

Lillian mengangguk. Trystan pula hanya beredar dan diikuti aku dari belakang, meninggalkan Lillian untuk rehat.

Sekali lagi, kitorang berdua duduk disofa sambil menghadap satu sama lain.

"Apa yang kau rasa, Trystan? Jangan-jangan dia tu... hamba?"

"Kemungkinan besar.. Tapi...." Trystan memberhentikan perkataannya.

"Tapi?..."

"Rambut dia hitam, jadi tak mungkin dia dari golongan bangsawan. Tapi, rambutnya panjang dan lembut maksudnya dia ni terjaga rapi.

Kulitnya pulak putih, maksudnya dia tu dimanjakan. Tapi.. badan dia juga penuh dengan parut yang aku rasa dibuat dari benda tajam.

Kalau hamba selalunya kurus dan tak bermaya, tapi badan dia agak sempurna untuk ketinggian dia. Jadi dia dah diberikan makan yang cukup.

Lebih-lebih lagi, emas dia. Emas tulen dan besar macam tu, mustahil untuk seorang rakyat jelata untuk dapatkan. Mustahil lagi untuk hamba. Hanya golongan bangsawan yang boleh."

Aku kagum mendengar penjelasan panjang dari Trystan. Dia hanya memeriksanya sekejap, tapi sudah boleh buat andaian sebanyak tu. Orang lama dan pakar memang boleh diharapkan.

"Kau ada rasa magik hitam tak dalam badan dia?" Tanya aku lagi.

"Takde.. Sikit pun takde."
______________________

3 hari berlalu tapi gadis itu masih tak sedarkan diri. Aku yang berjanji untuk bertanggungjawab untuk menjaganya, sekarang berada dibilik Lillian, dimana gadis itu sedang direhatkan. Bosan menunggu, aku hanya membaca buku yang ada didepan mata.

"GAH!"

Aku terkejut. Terus aku toleh kepala aku kearah gadis itu, yang sekarangnya sedang duduk.

"Awak ok ke?"

Dia agak terkejut mendengar teguran aku. Matanya lebar menunjukkan iris hitam gelap miliknya. Jadi, kedua-dua rambut dan matanya berwarna hitam.

Bagaikan lubang hitam, aku bagaikan ditarik untuk mendekatinya.

Sebaik sahaja aku berada dihadapannya, aku menghulurkan tangan dengan niat untuk memeriksa dahinya yang sebelum ini panas.

"Jangan dekat!"

Tangan aku ditepis kasar olehnya. Dia gunakan seluruh tenaga dia sampaikan tangan aku rasa sakit. Matanya menunjukkan rasa takut, tapi pada masa yang sama, kekosongan.

Ah~ dia ingatkan aku kat diri aku sendiri. Dia sama macam aku yang dulu.

*End of Flashback*

Aku baring di atas katil aku sendiri. Termenung kosong memandang siling diatas aku.

Kepala aku penuh dengan persoalan yang diberikan oleh Dave tadi.

"Apa spesialnya dia?" Aku bergumam sendiri.

Tak. Scarlet tak spesial dari celah mana pun. Dia memang cantik. Tapi rupa tak pernah dapat menarik minat aku. Bagi aku.... dia cuma, tanggungjawab? Seseorang yang perlu aku perhatikan, sebab dia mencurigakan? Atau mungkin kedua-duanya sekali?

"Siapa kau sebenarnya, Scarlet?

Adakah kau musuh? Adakah kau kawan?

Adakah kau betul-betul dari dunia lain?"

Aku masih belum sepenuhnya percaya dengan pernyataan itu. Mengarut lah. Wujud ke dunia lain? Naluri aku betul-betul cakap yang dia bukannya musuh. Tapi boleh ke aku percaya dengan naluri aku?

Aku menoleh melihat meja kecil disebelah katil. Aku mengambil rantai emas dengan loket besar yang tersimpan didalam laci. Rantai milik Scarlet.

Aku memandang lama rantai itu. Ianya betul-betul emas tulen. Membuatkan aku yakin, Scarlet bukannya dari golongan rakyat jelata.

Aku ambil rantai milik dia, hanya untuk pastikan dia tak larikan diri. Aku rasa perbuatan aku salah. Tapi aku tak nak menyesal dikemudian hari.

*clack*

"Eh?" Saking banyak persoalan dikepala aku, tanpa sedar loket besar dirantai Scarlet terbuka.

"Rosak ke, Ehh??"

Aduh. Dahlah tu emas tulen.

"Eh.. Gambar siapa ni?"

Satu lukisan kecil melekat didalam loket itu. Aku tak perasan kerana bilik aku gelap, tapi bila aku perhatikan dengan teliti, baru aku nampak.

Dalam gambar itu, satu wanita dewasa berambut hitam pendek sedang tersenyum lebar sambil menggendong satu bayi kecil.

*End of Ashley's POV*

METANOIA [C]Место, где живут истории. Откройте их для себя