Chapter 13

566 49 0
                                    

"Kau ni memang tak guna.

Kenapa aku kena lahirkan kau.

Kenapa kau yang keluar dari rahim aku.

Kalau bukan sebab kau... Aku takkan ada kena mengena dengan lelaki tak guna tu."

BANG

Kelopak mata dibuka perlahan. Pandangannya kabur tapi perlahan demi perlahan, ianya jadi cerah. Tepat diatasnya, siling konkrit menjadi pemandangan pertama.

Kepalanya terasa seperti dihempuk dengan benda berat. Badannya pula terasa lemah.

Cahaya yang datang dari lampu minyak yang melekat didinding menjadi satu-satu penerang bilik. Disebabkan itu, dia menjangka bahawa hari sudahpun malam.

Dia menoleh kepalanya kekanan. Seketika dia melihat seorang lelaki berambut biru gelap yang sedang duduk diatas kerusi sambil tertidur. Dia merasa lelaki itu tidak selesa tidur sebegitu kerana kepalanya yang sering terangguk-angguk.

"Ashley?" panggilnya.

Ashley yang tidak lena tidurnya terus membuka mata sebaik sahaja namanya disebut.

"Scarlet?"

Dia melihat remaja dihadapannya yang melihatnya dengan mata yang seakan-akan dipaksa untuk dibuka.

Dengan cepat dia bangun dari kerusinya dan mendekati Scarlet. Dia membongkokkan badannya dihadapan Scarlet.

"Kau dah ok ke?" Tanya Ashley.

Scarlet hanya menjawab dengan anggukan perlahan. Dia cuba untuk duduk dibantu oleh Ashley.

"Apa yang berlaku?" Tanya Scarlet sambil memegang kepalanya yabng berdenyut.

Ashley melihat Scarlet dengan mata yang penuh dengan kerisauan sebelum dia menceritakan segalanya. Mula dari Scarlet pengsan hinggalah penjelasan dari Trystan.

"Oh." Jawab Scarlet. Dia sedar betapa lemahnya dia sekarang.

*tok tok tok*

Mendengar pintu diketuk, Ashley bangun dan mendekati pintu. Setelah membuka pintu, Ashley melihat Lillian dan Trystan sedang berdiri dihadapannya.

"Dia dah bangun ke?" Tanya Trystan.

Ashley mengangguk lalu memberikan laluan kepada Lillian dan Trystan. Lillian terus berlari kecil mendekati Scarlet manakala Trystan hanya berjalan dengan tenang.

Lillian duduk disebelah Scarlet diatas katilnya dan menyerang Scarlet dengan soalan untuk memastikan dia betul-betul sembuh. Scarlet kepayahan untuk meyakinkan Lillian.

"Scarlet."

Scarlet memandang Trystan yang berdiri tidak jauh darinya. Mata coklat milik Trystan memandang Scarlet dengan penuh kerisauan.

"Maafkan aku sebab paksa kau belajar magik." Kata Trystan sambil menundukkan kepalanya.

Scarlet terdiam seketika.

"Kenapa kau kena minta maaf?"

"!?" Pertanyaan Scarlet membuatkan Trystan terkejut. Melihat wajah datar Scarlet, dia keliru. Adakah Scarlet marah padanya?

"Kau suruh aku belajar magik untuk kebaikan aku sendiri... Jadi kenapa kau kena minta maaf?"

"Ah.. Tu.." Trystan tak mampu menjawab soalan Scarlet. Ashley dan Lillian tersenyum-senyum melihat Trystan yang kepayahan mencari jawapan.

"Jadi.. Kau masih nak teruskan belajar magik ke?" Tanya Ashley yang bersandar di dinding sambil menyilangkan tangannya.

"Mestilah. Aku tak nak pintu domain atau apapun tu terbuka tiba-tiba dan buatkan aku sakit lagi.

METANOIA [C]Where stories live. Discover now