Extra - Lillian Maigness

507 49 6
                                    

Dapta, negeri yang terbiar bertahun-tahun setelah tamatnya perang antara Sevalon dan Gloria.

Penduduknya pula malas, tidak berharta, tidak berpendidikan, membuatkan negeri itu mudah dikawal oleh lanun.

Ditengah-tengah keramaian negeri itu, penduduk masih harus bertahan hidup, walaupun harus menggunakan cara yang salah.

"WOI! JANGAN KAU LARI, BUDAK!"

Seorang gadis kecil berambut hijau tua melarikan diri sambil memeluk sebuku roti segar yang baru sahaja dicurinya.

Kakinya yang tak tertutup kelihatan terluka akibat jalan negeri Dapta yang hanya diperbuat dari batu dan pasir.

Tiba-tiba badannya terangkat. Lelaki yang mengejarnya tadi mengangkat bajunya.

"AH, LEPASKAN!"

"ASYIK-ASYIK KAU JE YANG CURI ROTI AKU! KAU NI TAKDE BENDA LAIN KE BOLEH BUAT, HAH?"

Roti ditangannya dirampas. Badan kecilnya dibaling diatas jalan berbatu, menghasilkan luka-luka dimuka dan badannya.

"KAU CURI ROTI AKU LAGI, AKU BUNUH KAU! FAHAM?"

Lelaki itu pun pergi sambil merungut.

"Ow.." Gadis itu bangun dengan perlahan. Kaki dan tangannya sakit. Luka-luka dibadannya mula mengecil secara perlahan dan akhirnya hilang bagaikan tak pernah wujud.

Gruuuu~

"Ugh.. Laparnya.." Gadis itu memegang perutnya yang kosong.

Kakinya melangkah pergi, ingin mencari sisa makanan yang boleh mengisi perutnya walaupun sedikit.

Langit mula berubah warna menjadi keorenan. Namun sigadis tadi masih tak dapat merasa satu makanan pun, hanya meminum air dari sungai kecil yang hampir kering.

BAM

"Ah"

Gadis itu terjatuh. Dia memegang kepalanya yang sakit. Darah mengalir dari kepalanya yang baru dibaling batu.

"Haha. Padan muka kau, raksasa!"

Kedengaran beberapa tawa kanak-kanak kecil tak jauh darinya.

"JANGAN KACAU AKU, LAH! AKU BUKAN RAKSASA." Gadis kecil itu menjerit. Dia ingin mengalirkan air matanya, namun satu titis pun tidak terkeluar. Kerana dia sudahpun terbiasa dengan perlakuan yang diterimanya.

"Kau raksasa lah. Tengok tu, luka kau dah hilang. Apalagi kalau bukan raksasa? Hahaha."

"Kau.."

"Waah, lari! Raksasa nak kejar kita."

Kanak-kanak yang mengacau gadis itu melarikan diri sambil tertawa.

Gadis itu hanya terdiam.

"Hik... Aku.. Bukan raksasa.." Akhirnya air mata mengalir dari mata beriris ungu miliknya.

"Hik.. Uwaaa.."

Tangannya mengelap air mata yang tak berhenti mengalir itu. Ditambah dengan perutnya yang kelaparan, membuatkan hatinya jauh kesakitan.

"Hei."

"?"

Gadis itu mengangkat kepalanya, melihat seorang lelaki dewasa yang memakai jubah berhoodie berdiri dihadapannya.

Lelaki itu berjongkok, menyamakan tingginya dengan gadis itu. Hoodienya ditarik, menunjukkan rambut kelabu miliknya.

Lalu dia menghulurkan sebuku roti kecil yang masih hangat kepada gadis itu.

"?" Gadis itu hanya bingung.

"Ambil lah."

Tangan kecilnya dengan ragu mencapai roti ditangan lelaki itu. Dia mengambilnya dan menggigit perlahan.

"!" Hangat dan sedap yang dirasakan dimulutnya. Gadis itu pun menyambung makan dengan rakus.

"Makan pelan-pelan. Saya ada banyak lagi."

"Um.. Encik.. Siapa?" Tanya gadis itu lembut sambil mengunyah rotinya.

"Nama saya Trystan. Awak?"

"…… saya.. Takde nama.."

"Ah.."

Trystan melihat mata ungu milik gadis itu. Lalu matanya melirik telinga gadis itu.

'Separuh elf, separuh manusia?' Fikir Trystan.

"Budak.. Kau tahu tak kau tu apa?"

"?, manusia?"

"Ah.. Jadi kau tak tahu apa-apa lah, ya."

"Apa maksud, encik?" Tanya gadis itu penuh dengan kebingungan.

"Kau.. Selalu kan luka kau hilang dengan cepat?"

Dia mengangguk.

"Walaupun kau lapar, kau masih tak penat?"

Dia mengangguk lagi.

"Kau tu bukan manusia biasa."

"! A-apa maksud encik? Saya manusia, lah! Saya bukan raksasa!"

"Sabar, sabar."

Trystan menenangkan gadis itu. Dia melihat matanya hampir mengalirkan air mata lagi.

"Kau memang bukan raksasa. Tapi kau bukan manusia bisa juga."

"E-eh? Jadi.. Saya ni apa?"

Trystan tak menjawap. Kerana dia tahu ingi menjelaskan kepada gadis kecil yang tak tahu apa-apa akan mengambil masa yang lama.

"Jom ikut aku. Aku jadikan kau anak angkat aku. Dan aku akan bagitahu semua yang kau nak tahu."

"Eh? Semua yang.. saya nak tahu?" Gadis itu berfikir keras dan panjang.

Setelah beberapa minit berfikir, dia melihat Trystan semula.

"Kalau saya ikut encik.. Boleh ke saya.. dapat makan roti lagi?"

"?" Trystan tercengang. Lalu dia tertawa. Gadis itu kebingungan melihat Trystan yang tertawa.

"Bukan setakat roti. Aku akan bagi banyak lagi makanan yang sedap untuk kau."

"B-betul ke?" Matanya bersinar.

"Ya." Trystan membelai lembut rambut hijau gadis itu. Dia pun bangun.

"?" Gadis itu memegang kepalanya. Hangat dirasakan dihatinya.

"Jom." Trystan menghulurkan tangannya.

Gadis itu mengelap tangannya dipakaiannya sebelum menyambut huluran tangan Trystan.

METANOIA [C]Where stories live. Discover now