Chapter 16

535 59 0
                                    

"Ah!"

Scarlet berlompat dan berlari kecil dibiliknya. Kakinya yang semalam seakan tidak boleh digerakkan olehnya, sekarang sudah sembuh dengan sepenuhnya.

"Aku ingatkan ambil masa lama nak sembuh."

'Magik yang masuk kedalam badan kau mengganggu otak kau, jadi otak kau jadi susah nak kawal pergerakan anggota badan kau yang lain.

Tapi, rasanya lepas beberapa rehat, boleh sembuh.'

Scarlet mengingat penjelasan dari Trystan semalam.

"Rasanya sebab aku dah 'rehat' lebih 10 jam" Dia melihat kearah tingkap yang terdapat cahaya memancar terang melaluinya. Dia anggarkan bahawa sekarang sudahpun tengahari.

Dia berlari setempat, berlompat dan berpusing-pusing. Sehinggalah dia melihat wajahnya sendiri di cermin yang baru dibelinya beberapa hari lepas. Dia mendekati cermin itu dan menatap wajahnya sendiri.

'Sejak bila emosi aku datang semula?' Tanya Scarlet sambil memegang wajahnya.

Dahi yang selalu berkerut, sekarang mula lembut, mata yang dulu hitam gelap, sekarang mula muncul cahaya, pipi yang dulu putih pucat, mula kembali warna ceria.

'Kenapa?

Adakah sebab aku mula ada 'kawan'?

Tapi boleh ke aku anggap diorang 'kawan'?

Ya. Diorang senyum untuk aku, mereka risau pada aku, marah aku dan jaga aku.

Diorang juga berikan perasaan yang 'keluarga' aku sendiri tak pernah berikan.'

Scarlet mengingat kembali kenangan dimana ketika dia masih didunia lamanya, bersama orang yang kononya keluarga.

Setiap hari, luka di badannya akan bertambah akibat latihan berlawan antara dia dan ayahnya. Sama ada ditikam atau dihiris pisau.

Tak lupa juga ketika dia diberikan 'misi' oleh ayahnya sendiri. Walaupun nyawanya boleh terkorban, ayahnya masih menghantarnya. Jarang juga bagi Scarlet untuk selesaikan misinya tanpa luka parah dibadannya.

Mengingat masa lalunya, hatinya miris. Semakin lama dia semakin bersyukur dapat datang kedunia barunya itu, kerana dia telahpun jauh dari dunianya yang rosak. Dia merasa dirinya boleh hidup selesa didunia barunya.

Tanpa dia tak tahu masa hadapan yang menantinya.
________________

Scarlet sampai direstoran Dave, dan melihat Ashley ditempat biasanya, dihadapan kaunter. Scarlet pun ingin memanggil Ashley.

Belum dia menyebut nama Ashley, dia ternampak Ashley yang sedang berbual bersama seorang wanita cantik berambut biru cair panjang sepinggang dan bermata merah jambu pekat. Wajahnya putih bak salju. Melihat mereka berdua tersenyum-senyum membuatkan Scarlet tak selesa dihatinya.

Tetapi, Scarlet cuba untuk melihat dengan jelas dan perlahan-lahan mendekatkan dirinya. Semakin dekat, baru Scarlet perasan.

Ashley bukannya berbual mesra, malah diganggu. Senyuman diwajah Ashley bagaikan dipaksa. Tangan wanita itu cuba untuk memegang bahu Ashley namun dihalang lembut oleh Ashley. Ashley kelihatan tak selesa.

Wanita tadi tak mengalah lagi, dia cuba untuk menyentuh bahu Ashley untuk kali kedua, namun....

*Tap*

"Oh?" Wanita cantik itu terkejut melihat tangannya yang digenggam dengan kuat oleh Scarlet.

"Jangan kacau dia." Kata Scarlet dengan jelingan tajam.

METANOIA [C]Where stories live. Discover now