Chapter 18

557 55 3
                                    

Di Astela. Permulaan misi Ashley.

Ashley dan beberapa Hero sedang berada di dalam sebuah bilik di satu rumah milik salah satu keluarga bangsawan di Astlea (melihat biliknya yang mewah).

Ashley berdiri diantara barisan paling hadapan dengan lagi 2 orang lelaki. Lagi 7 orang pula berdiri di belakang.

'3 S rank Hero termasuk aku. Yang lain pula A dan B.' Fikir Ashley. Dia merasa aura magik dari Hero yang lain untuk mengetahui rank mereka.

Pintu terbuka dan satu lelaki dipertengahan umur masuk dan berjalan kearah meja kerjanya, dihadapan kesemua Hero.

"Maafkan saya sebab lambat walaupun saya yang panggil anda semua kesini." Katanya dengan suara serak. Lingkaran gelap dimatanya membuktikan bahawa dia sudah berjaga lewat malam untuk bekerja. Hero lain hanya diam tak menyahut.

"Saya Duke Garren Rochaze, dan saya juga yang akan beri anda semua misi."

'Duke, gelaran tertinggi di hierarki bangsawan di Sevalon.'

"Macam yang anda semua tahu, seluruh negeri di Sevalon dah alami masalah yang sama. Banyak penduduk yang hilangkan diri dan tak dapat dijumpai walaupun mayat mereka.

Tapi dalam masa beberapa minggu ni, bilangan yang menaik terus mendadak. Minggu ni sahaja, di Astela, sebanyak 40 penduduk telah hilang."

Kesemua Hero diruang itu terkejut. 40 bukanlah satu angka yang kecil, dan mereka sedar itu.

"Di negeri lain pun sama kan?"

Kesemua Hero mengangguk.

"Jadi, saya panggil awak semua kesini, ke Astela untuk bantu cari pelakunya."

Salah satu S rank Hero disebelah Ashley mengangkat tangannya.

"Tapi kenapa di Astela?"

"Di Astela bilangan yang hilang jauh lebih tinggi dari negeri lain. Dan yang hilang di Astela bukan berlaku diluar pagar, malah dalam pagar Astela, jadi kemungkinan besar pelakunya ada disini." Jawapan Duke Rochaze mendapat anggukan setuju dari Hero lain.

Ashley juga bersetuju. Di Villon, yang hilang hanyalah mereka yang keluar dari pagar Villon sama ada untuk keluar berburu atau berdagang. Sekiranya di Astela yang hilang didalam pagar, maknanya pelakunya memang di dalam Astela.

"Saya akan bahagikan kawasan di Astela untuk anda semua, tolong ronda dan cari maklumat yang boleh membantu."

Duke Rochaze dan pembantunya (butler) membahagikan kawasan untuk kesemua Hero diruangan itu.

"Duke, tak perlu ke antara kami jaga di istana?" Tanya Ashley.

"Kaisar tolak cadangan saya untuk jaga dia."

"Oh. Baiklah." 'Dia tolak?'

"Pahlawan dari keluarga Rochaze juga akan membantu anda semua, jadi rehat bila-bila anda semua penat.

Ganjaran saya akan beri sesuai dengan usaha anda semua.

Itu sahaja, dari saya. Ada soalan lagi?"

Hero diruangan itu tak bersuara. Hanya memberi gelengan kepala.
______________

Ashley sedang berada diatas satu menara di kawasan jaganya. Dia berdiri dengan tegak tanpa bergerak.

'800, 900, 1000 meter'

Ashley telah membesarkan skillnya sehingga 1 kilometer radius. Dia merasakan kesemua aura magik dalam kesemua penduduk dalam radius 1 kilometer darinya. (Skill: Magic Radar)

METANOIA [C]Where stories live. Discover now