Extra - Lillian Maigness (2)

420 49 0
                                    

Rita, isteri sah Trystan, menjemput gadis yang dibawa oleh Trystan dengan hati terbuka luas. Mungkin kerana mereka tidak mempunyai anak sendiri, hanya mereka yang tahu.

Lillian, itu ialah nama yang diberikan oleh Trystan sendiri. Dan nama keluarga Maigness dibelakang namanya sebagai tanda dia sudah menjadi salah satu dari keluarga kecil itu.

Rita mengajar Lillian magik penyembuhan, kerana itu ialah kelebihan Rita.

Hampir diumurnya yang kesepuluh, Trystan memberitahu Lillian tentang dirinya.

Lillian ialah anak yang terlahir dari pasangan elf dan juga manusia. Mata ungu cerah miliknya membuktikan bahawa darah elf itu mengalir dalam badannya.

Magik elf juga mengalir didalam badannya, membuatkan magik didalam badannya terisi secara natural dan pantas walaupun tidak berehat. Namun dia membesar normal seperti manusia.

Sudah tentu Lillian terkejut mendengar asal usulnya, namun dia terima segalanya kerana dia sudah mempunyai keluarga sendiri. Keluarga yang sangat menyayanginya walaupun tiada ikatan darah dan daging antara mereka.

Setahun kemudian, Rita telah menerima tawaran kerja di istana. Dimana dia menjadi mata-mata bagi Trystan, namun dirahsiakan kepada Lillian. Walaupun begitu, Lillian tetap menerima surat setiap bulan

Dia hidup berdua bersama Trystan dimenara magik milik Trystan sendiri. Disana dia belajar, berlatih untuk menguatkan magik penyembuhannya.

Swoosh~

Angin bertiup lembut rambut pendek sebahunya. Dipadang rumput hijau luas dibelakang menara menjadi tempat dia menenangkan fikiran.

Sementara Ashley, kawan baharunya sedang berbual-bual bersama ayahnya, dia menyempatkan diri untuk menghirup udara segar.

Ssrrak ssrrak

"?" Lillian mendengar bunyi dari semak samun yang berdekatan dengan tempat dia sedang berehat.

Beberapa saat kemudian, dia melihat seekor musang kecil berbulu merah keluar dari semak itu.

Musang itu menggoyangkan seluruh badannya untuk membuang daun-daun kering yang melekat dibulunya.

"Comelnya.." Lillian mendekati musang itu secara perlahan.

Tak dijangka olehnya, musang itu tak terkejut, tak pula lari dari dirinya.

Lillian mengangkat musang berbulu merah itu dengan kedua tangannya.

"Cantiknya." Kata Lillian apabila mata ungunya menatap mata oren kecil milik musang itu.

Lillian duduk dan meletakkan musang itu dipehanya, sambil menghelus bulu lembut merah musang itu.

Tanpa dia sedar dirinya tertidur diatas padang rumput hijau itu. Ditemani dengan angin yang bertiup lembut.

Rambut hijaunya dibelai perlahan oleh sepasang tangan.

"Kau yang cantik." Kata lelaki misteri itu.
_____________

Suara garau dari Raja Nelius, ditambah dengan aura gelap yang terpancar darinya membuatkan badan Lillian merasa kaku.

Dia hendak bangun, menolong rakannya, Scarlet. Namun tak ada satu anggota badannya yang tak ingin bekerjasama. Ketakutan menyelubungi seluruh badannya.

Dia hanya berbaring diatas tanah, tak bergerak, hanya berpura-pura tak sedarkan diri.

"SCARLET!" Suara Dave mengejutkan dirinya.

Disertai dengan munculnya satu tangan dibawah badannya.

"Kau okay ke?"

Belum sempat dirinya menjawap, badannya diangkat dan dibawa lari, jauh dari Raja Nelius.

Lillian membuka matanya, melihat seorang lelaki berambut merah, bermata oren yang sedang menggendongnya.

Lillian terpesona melihat mata oren itu.

"Pegang aku kuat-kuat."

"Eh?"

Badan Lillian dipeluk erat.

CRASH

Lelaki itu melanggar cermin kaca bersama Lillian ditangannya.
__________

Lillian berjalan melalui lorong luas istana berseorangan, menuju bilik Scarlet, dimana kawannya itu sedang tak sedarkan diri.

Kakinya terhenti melihat satu lelaki yang sedang bersandar diluar bilik Scarlet, ditepi pintu.

"H-hai, Encik Niel." Lillian menunduk. Dia hanya tahu nama lelaki itu kerana Scarlet pernah menyebutnya.

Niel menegakkan badannya.

"Tak perlu formal sangat." Kata Niel.

"Encik.. Um.. Niel nak cari siapa?"

"Kau."

"Eh?" Lillian terkejut mendengar jawapan Niel.

"Kau dah lupa aku ke?" Tanya Niel sambil tersenyum.

"Saya rasa.. Selain dari 'hari tu'.. Kita tak pernah jumpa lagi."

"Haha.. Kau memang lupa aku, ya."

Lillian menjadi gelisah. 'Adakah dia orang yang perlu aku ingat?' Fikir Lillian.

Niel menghulurkan tangannya.

"Niel Bertillon."

'Bertillon?'

"Saya Lillian Maigness." Lillian menjawap huluran tangan Niel.

Niel menarik tangan Lillian, membawanya mendekati bibir.

Cup.

Satu kucupan diberikan.

"Ah.."

"Selamat berkenalan, Cik Lillian."

"……"

"Cik Lillian?"

Niel melambai-lambaikan tangannya dihadapan muka Lillian.

Tiada jawapan.

"Trystan akan bunuh aku macam ni.." Bisik Niel.

METANOIA [C]Where stories live. Discover now