Chapter 4

675 64 0
                                    

BUNYI deras hujan yang jatuh diatas bumbung memenuhi seluruh kota. Ditambah dengan tiupan angin membawa rasa sejuk keseluruh kota, membuatkan sesiapa sahaja ingin membungkus diri mereka kedalam selimut yang hangat.

Tidak terkecuali dengan watak utama cerita ini, Scarlet. Badannya dibalut dengan selimut tebal di atas katil bersaiz queen yang sangat empuk. Dengkurnya amat lembut bahkan tidak kedengaran walaupun dari dekat. Walaupun jam dinding sudah menunjukkan waktu lebih 12 tengahhari, tidurnya amat lena bagaikan dibuai mimpi indah.

*DUAR*

Seketika dia terbangun. Bunyi dentuman petir yang kuat telah membawa pulang puteri Mafia ini dari alam mimpi. Dia mengeluh sambil perlahan-lahan bangun dari tidurnya.

Tangannya mencapai Galaxi S20+ berwarna ungu yang terletak diatas meja tidak jauh dari katil lebarnya. Di layar skrin telefon tertera waktu pada masa itu.

12:34 p,m

Setelah melihat waktu, dia meletakkan semula telefonnya dan mengeliat untuk menyegarkan badan. Secara perlahan dia mula turun dari katil empuknya, walaupun secara paksa.

Dia berjalan kearah cermin yang setinggi badannya dan melihat wajahnya. Kelihatan lingkaran hitam dibawah mata walaupun tidak terlalu jelas. Badannya masih penat setelah berjaga lewat hingga 3 pagi.

Walaupun masih mengantuk, dia menguatkan dirinya untuk mandi. Dia mengambil sepasang pakaian dari almari dan terus masuk kedalam bilik mandi.
_______________

Rambut hitam yang basah ditekap lembut dengan tuala. Scarlet yang baru sahaja selesai mandi telah dilengkapi dengan seluar sport berwarna hitam dengan t-shirt kosong berwarna putih.

Dia menuruni tangga untuk menuju ke dapur. Perutnya meminta diisi setelah berada dalam keadaan kosong untuk berjam-jam. Disana Scarlet melihat seseorang yang sedang sibuk memasak makanan untuk diberikan kepada seluruh penghuni rumah Scarlet yang diisi ramai anak-anak buahnya.

"Hei, Lean" tegur Scarlet.

Merasa dirinya dipanggil, orang itu menoleh dan melihat Scarlet sedang berjalan mendekatinya. Walaupun namanya seperti lelaki, sebenarnya dia adalah wanita diumur 20-an.

"Selamat pagi-eh. Selamat tengahhari, Miss" wajahnya menunduk-nunduk memberi tanda hormat kepada Scarlet sebagai pewaris, lalu menyambung mengacau isi diperiuk.

"Ketua mana?" Scarlet pelik kerana dia masih tidak dimarahi walaupun telah bangun lewat.

"Ketua keluar pergi meeting dengan keluarga si Musang sejak tadi pagi"

Kening Scarlet berkerut mendengar perkataan 'si Musang'. Untuk sekian kalinya dia teringat-ingat apa yang pernah dikatakan oleh Reynard kepadanya.

'Destroy the whole house'

Walaupun seminggu telah berlalu, apa yang dikatakan Reynard masih terngiang-ngiang dikepala.

"Apa yang kau masak?" Scarlet cuba untuk mengalihkan fikirannya yang serabut.

"Steak. Ketua sendiri yang minta" Jawab Lean tanpa menghentikan tangannya dari bergerak.

"Beberapa hari ni aku rasa sakit perut. Kalau boleh aku nak makan sesuatu yang senang dicerna." jawab Scarlet sambil menggaru kepalanya.

"Boleh, Miss! Miss nak makan apa? Saya terus beli bahan sekarang."

"Seafood"

"Baik, Miss. Saya pergi kedai sekarang juga" Lean membuka apron, mematikan api dapur dan terus menuju keluar rumah setelah mengambil payung dan baju hujan.

Scarlet masih berdiri di dapur. Setelah memastikan tiada sesiapa pun disekitar, dia melihat periuk besar yang mengandungi makan malam untuk seluruh penghuni rumahnya.
_______________

Waktu makan malam tiba. Seluruh penghuni rumah Scarlet, termasuklah anak-anak buahnya, sedang menikmati makan malam yang telah disediakan oleh Lean.

Hening. Tiada satupun perkataan yang dikongsi antara Scarlet dengan ketua rumahnya itu. Meja makan yang lebar itu hanya ditempati oleh Scarlet dan 'ayah'nya sahaja kerana anak-anak buahnya makan diruang mereka sendiri.

Scarlet merasa susah untuk menelan makanan dihadapannya akibat suasana suram yang dihasilkan diruang itu. Bahkan Scarlet rasa ingin lari masuk kebilik dan makan sendirian disana.

Inilah yang Scarlet rasakan setiap hari bertahun-tahun lamanya.

"Kenapa makanan kau lain?"

Scarlet terkejut kerana tiba-tiba 'ayah'nya bersuara kerana biasanya 'ayah'nya tak pernah bercakap dengan Scarlet kalau bukan ada hal penting. Walaupun dia terkejut, dia masih dapat mengawal emosi supaya tidak ketahuan.

"Saya rasa tak sedap badan." jawab Scarlet.

'Ayah'nya hanya memandang Scarlet yang sedang menguyah makanan tanpa berkata apa-apa. Matanya seakan tidak percaya dengan jawapan yang diberikan oleh Scarlet.

"Beberapa hari ni.. Kau berjaga lewat. Ada apa?"

Soalan kali ni betul-betul mengejutkan Scarlet. Dengan cepat dia mencari jawapan sambil menjaga ekspresi wajahnya.

"Saya susah nak tidur sebab belajar sampai malam. Jadi saya ambil angin diluar rumah." Scarlet menjawab tanpa melihat mata 'ayah'nya secara langsung. Malah menyambung menguyah makanan.

Wajah 'ayah' Scarlet betul-betul tiada emosi. Bahkan Scarlet sendiri tidak tahu sama ada 'ayah'nya percaya atau tidak dengan alasan palsu yang diberikan.

Akhirnya tamat makan malam mereka. Scarlet terus menuju bilik tanpa memberikan kata kepada 'ayah'nya. Bahkan 'ayah'nya juga tidak mengatakan apa-apa kepada Scarlet.

Dibiliknya, Scarlet berjalan ulang-alik sambol melihat jam di skrin layar telefonnya.

9:18 p,m

"Satu jam lagi"

METANOIA [C]Where stories live. Discover now