Chapter 24

500 63 6
                                    

Sudah empat hari Scarlet dan Ashley menginap dirumah Niel. Dan pada waktu itu juga, pedang Ashley sudahpun dinaik taraf. Cuma Scarlet tak nampak perbezaan antara pedangnya yang baru dan lama.

"Macam takde beza je..?" Ujar Scarlet yang mengangkat pedang Ashley.

"Memang pun.. Sebenarnya, pedang tu cuma pedang biasa, semua orang boleh guna. Cuma diorang tak boleh alirkan magik diorang kedalam pedang tu."

"Dah tu? Apa yang dinaik taraf dalam pedang ni?"

"Batu magik tu."

Scarlet melihat batu magik berwarna merah dan biru yang tertanam di pemegang pedang Ashley.

"Batu magik lama tu lemah, dia takkan mampu untuk tahan magik Ashley yang kuat. Jadi aku tukar dengan batu magik baru yang lebih kuat." Sambung Niel.

"Oh.."

"Nak cuba dulu ke, Ashley?" Tanya Niel.

Scarlet memulangkan pedang Ashley. Mereka berjalan kearah halaman rumah Niel.

Niel dan Scarlet berdiri agak jauh dari Ashley untuk memberikan Ashley ruang.

Ashley pun mengalirkan magiknya kedalam pedang. Membuatkan pedang itu bagaikan dibakar api.

"Wau.. Cantiknya." Puji Scarlet.

"Macam mana, Ashley?"

"Ok. Aku boleh alirkan lagi banyak magik dari sebelum ni."

Ashley menghayunkan pedangnya kelangit. Magik api besar muncul dan meletup diudara. Ashley puas.

Niel pula tersenyum bangga melihat hasil kerjanya.

"Lepastu, untuk Scarlet pula."

"Hm?"

Scarlet melihat Niel mengambil sebuah kotak dari dalam rumahnya. Niel membuka kotak itu dan menunjukkan isinya kepada Scarlet.

Mata Scarlet bersinar.
"Wow, cantiknya!"

Scarlet mengambil pistol berwarna hitam dari kotak itu. Pistol itu tertanam beberapa batu magik kecil berwarna-warni.

"Apa tu?" Tanya Ashley yang tak pernah melihat senjata seperti itu.

"Scarlet kata namanya pistol. Dia ajar aku bahagian dalamnya dan cara ianya berfungsi. Cuma aku tukar-tukar sikit."

"Oh.."

"Cuba la Scarlet. Alirkan magik kau kedalam pistol tu dan tembak."

Scarlet yang masih kagum akan pistol ditangannya terus mengangguk laju.

"Ashley, jadi sasaran aku."

"Eh.." Belum sempat Ashley menolak, Scarlet terus melarikan dirinya untuk mengambil jarak.

Ashley yang tiada pilihan terus bersedia dengan pedangnya.

"Sedia?" Jerit Scarlet yang dijawap anggukan oleh Ashley.

BANG

Magik air hampir sahaja mengena wajah Ashley. Namun Ashley dengan lincah menghalang dengan pedangnya yang diselaputi magik air.

Scarlet terus menembak dan menembak Ashley dan dihalang dengan berjaya oleh Ashley.

"Hebat juga pistol tu." Puji Ashley membuatkan Niel semakin bangga. Scarlet pula masih sibuk mengagumi pistol ditangannya.

"Tapi aku masih rasa kurang.. Aku rasa pistol tu masih boleh dinaik taraf."
____________

Mereka bertiga sedang berbincang diruang tamu rumah Niel.

METANOIA [C]Where stories live. Discover now