Extra - Yulia Astra

416 46 2
                                    

Ditengah-tengah keramaian kota Astela, ibu negara bagi Sevalon, sebuah festival telah diadakan. Hampir kesemua penduduk merayakan malam yang meriah dan bising itu.

Tak kira usia, dari muda sehingga tua, mereka bersenang-senang bagaikan sudah lupa hari esok.

Tak jauh dari keramaian itu, dicelah-celah lorong antara dua bangunan, seorang wanita sedang menuntun seorang lelaki tua yang tak boleh berjalan lurus. Badannya penuh dengan bau minuman keras.

"Saya.. hik.. Masih nak minum.." Kata lelaki itu dengan badannya yang tak boleh duduk diam.

"Abang masih nak minum? Kalau macam tu.. Bagi saya semua duit abang.. Boleh saya belikan.." Wanita itu mula menggunakan wajah cantiknya. Tak lupa juga untuk menggoyang-goyangkan badannya untuk menggoda lelaki tua itu.

"…… AMBIK SEMUA!"

Tanpa berfikir panjang, satu kantung duit miliknya terus diberikan.

"Hehehe.." Wanita itu mengambilnya dan meninggalkan lelaki tua yang sudah tak tertidur diatas tanah kotor.

"Banyak ni je?" Wanita itu mengeluh melihat isi kantung itu. Hanya beberapa duit gangsa yang dia jumpa.

"Cih.. Baju dah cantik tapi takde duit langsung."

Dia berjalan sambil merungut.

BAM

"Ow.." Disebabkan matanya sibuk memandang bawah, dia melanggar seseorang.

"Hei.. Tengok lah jalan.." Wanita itu terdiam melihat lelaki yang dilanggarnya.

Rambut coklat panjangnya diikat. Dan matanya memandang wanita itu.

"Cik Yulia?" Tanya lelaki itu.

"!

Ah, maaf. Rasanya awak salah orang." Jawap wanita itu dengan muka tak bersalah.

"Rambut merah jambu, mata biru. Awak memang Yulia."

"A-ah.. Ya, saya Yulia.. Maaf, saya salah dengar tadi. Haha." Yulia menggaru kepalanya.

"Ikut saya ke ketua kampung."

"!"

'Ketua kampung? Tak boleh macam ni..'

"Um.. Abang.. Saya rasa kita.. Ada salah faham sikit.." Yulia menunjukkan badannya kepada lelaki itu.

"Godaan kau takkan berkesan untuk aku."

"! Ah.. Um.

APA TU?"

"?"

"Lari.." Yulia pun berlari meninggalkan tempat itu.

"…… hah.." Lelaki itu mengeluh kerana tertipu dengan helah tadi.
____________

Yulia mengembungkan pipinya kesal. Sekarang, dia sedang duduk dikerusi dihadapan salah satu ketua kampung di Astela.

Dia tak menyangka dengan senangnya dia boleh ditangkap oleh lelaki tadi.

"Dari mana dia muncul tadi??" Fikir Yulia.

"Saya Davean Astra, Hero Rank B dari Villon." Lelaki yang menangkap Yulia tadi mengenalkan dirinya kepada ketua kampung.

"Saya dah tangkap Cik Yulia, yang sudah dapat banyak aduan dari penduduk Astela." Sambung Davean.

"Eh?? Aduan apa? Saya tak buat apa-apa benda buruk pun!" Yulia pula bersuara.

"Cik Yulia. Saya dah terima banyak aduan yang awak mencuri duit dari lelaki-lelaki waktu mereka mabuk." Kata ketua kampung.

METANOIA [C]Where stories live. Discover now