Chapter 23

526 54 1
                                    

Scarlet dan Ashley melangsungkan perjalanan mereka melalui negeri Lupia. Diakibatkan negeri itu besar, mereka mengambil masa 2 hari untuk melaluinya.

Dan sekarang, dipagi hari, mereka berdua tiba disebuah hutan. Dari luar kelihatan seperti hutan biasa dan tidak berbahaya. Tapi siapa tahu apa yang berada dalam hutan itu.

"Hutan ni namanya Curseforest. Ianya yang melindungi Rovaville dari penyamun dan makhluk lain." jelas Ashley sebelum mereka berdua merentasi hutan itu.

"Kenapa?"

"Rovaville tak sama dengan negeri lain kat Sevalon ni. Kat sini tempat dimana batu magik tercipta. Jadi ramai yang nak masuk."

'Batu magik?'

"AAARGGHHRHHH"

"!!" satu jeritan mengejutkan Scarlet sedangkan Ashley kelihatan tenang.

Beberapa orang lelaki berlari keluar sambil menjerit-jerit dari Curseforest itu bagaikan sedang dikejar haiwan buas.

Scarlet hampir sahaja menarik pisau pemberian Trystan kalau bukan kerana Ashley yang menghentikan tangannya.

"Jangan risau. Yang tu cuma ilusi dari Curseforest."

"Ilusi?"

"Ya. Curseforest hasilkan magik ilusi untuk cegah manusia lain dari masuk ke Rovaville."

"Oh. Tapi tak perlu ke kita tolong diorang?"

"Takpe. Curseforest tak berniat untuk bunuh diorang. Beberapa minit nanti magik tu akan hilang."

"Ah... Okay."

Ashley mengambil tangan kanan Scarlet dan menggenggamnya dengan erat.

"Ada apa?" tanya Scarlet.

"Aku tak nak kehilangan kau je waktu kita jalan dalam Curseforest ni."

'Tapi.. Aku boleh lindungi diri aku sendiri...?"

Mereka melangkahkan kaki mereka dan masuk kedalam Curseforest. Semakin dalam mereka melangkah, rasa sejuk mula menyelubungi badan Scarlet. Badannya bagai dicucuk-cucuk jerami.

'Hm.. Macam hutan biasa je.' fikir Scarlet yang melihat-lihat sekitar.

"!?" Scarlet terkejut kecil apabila tangannya digenggam lebih erat oleh Ashley.

Ashley masih berjalan dihadapan Scarlet dengan tenang. Tapi Scarlet seakan perasan sesuatu.

Tangan kirinya yang tak dipegang dihulurkan ke kepala Ashley dan menyentuhnya.

"E-eh? Scarlet?" Langkah Ashley terhenti. Dia menoleh kebelakang sambil memegang kepalanya yang tadi disentuh Scarlet.

"Maaf. Cuma... kau nampak kesusahan."

"Ah- Aku.. dapat ilusi yang kau hilang.. Tapi aku masih dapat rasa tangan kau.. Jadi..

Kau.. tak kena ke ilusi?" tanya Ashley.

"Aku serap.."

"Eh??"

"Aku dapat rasa magik ilusi tu macam sentuh-sentuh badan aku, jadi aku serap magiknya.." jawap Scarlet acuh tak acuh.

"Oh, wow.. Kau ni hebat jugak eh.." Ashley kagum.

Selepas dua jam berjalan, akhirnya Scarlet melihat kota yang agak meriah dan besar. Kota itu tak tertutup pagar dan penduduknya kelihatan ramah mesra.

Cuma ada satu perkara yang mengejutkan Scarlet.

"Um.. Ashley.. Mereka tu.. Manusia ke.. Haiwan....?" tanya Scarlet.

METANOIA [C]Where stories live. Discover now