Chapter 10 - Scarlet and Magic

630 63 2
                                    

HARI Scarlet bermula dengan sarapan di Astra's Inn dengan makanan yang dimasakkan oleh Dave sendiri. Kemudian dia mengikuti Ashley untuk ke Magic Tower sekali lagi.

"Kau kena belajar magik."

"............" Scarlet memandang Trystan dengan wajah datarnya. Trystan juga hanya memandang Scarlet. Hening terjadi antara mereka.

Hanya mereka berdua yang berada diruang tamu itu kerana Lillian sedang menyediakan teh dengan Ashley yang sukarela ingin membantu.

"Kenapa?" Akhirnya Scarlet membuka mulut.

"Macam Ashley cakap semalam, kau 'beruntung' sebab Ashley yang jumpa kau. Dia bukan jenis yang akan bunuh tanpa sebab.

Kalau hero lain atau pahlawan istana yang jumpa kau. Kau mungkin dibunuh serta merta." Jelas Trystan panjang sambil menyilangkan kaki.

"Hanya sebab aku tak ada 'magik' aku layak dibunuh? Sistem apa tu?" Balas Scarlet sambil menyilangkan tangan.

Mereka berdua saling menatap mata ke mata. Tatapan mereka bagaikan saling berperang antara satu sama lain.

"Personaliti kau lain dari semalam."

"Ini memang diri aku dari dulu."

"Kau... Hah~ Orang muda memang macam ni ke?" Trystan mengalah. Tangannya menepuk dahi perlahan.

"Dah-dah la tu." Suara dari Lillian membuatkan Trystan dan Scarlet menoleh. Mereka melihat Lillian membawa sepinggan biskut yang masih hangat manakala Ashley pula membawa teh.

"Ayah ni kenalah bersabar kalau nak nasihatkan orang muda." Kata Lillian sambil meletakkan biskutnya diatas meja.

"Betul tu. Ayah patut dengar cakap anak........" Scarlet terhenti.

"Eh??" Dia ulang-alik melihat Lillian dan Trystan.

"Ayah? Anak?"

"Ah.. Saya tak bagitau ke?" Tanya Lillian dengan wajah tak bersalah. Scarlet hanya menggelengkan kepala.

"Ye. Saya anaknya Trystan Maigness." Jawab Lillian.

"Tapi.... Muka dia.. Masih muda.....??" Hanya kebingungan tertera diwajah Scarlet melihat wajah Trystan yang kelihatan 20-an.

"HaHaHaHa." Ashley duduk disofa sambil tertawa melihat adegan didepan matanya itu. Dan hanya dibalas renungan tajam oleh Trystan.

"Dia sebenarnya tak semuda yang kau sangka. Umur sebenar dia 51 tahun." Jawab Ashley setelah mengawal tawanya. Scarlet terkedu.

"Lima..........puluh?"

"Satu." Sambung Ashley. Lillian dan Ashley sama-sama ketawa. Trystan memandang Ashley tajam namun dihiraukan oleh lelaki muda itu.

"Ye. Aku memang 51 tahun. Aku guna magik untuk kekalkan wajah muda aku." Kata Trystan.

'Dia bahkan lebih tua dari ketua...??!!' Fikir Scarlet.

"Kalau macam tu... Lillian pun...?" Scarlet memandang Lillian yang sedang berdiri.

"Ah, saya masih 19 tahun! Jangan risau." Jawab Lillian dengan senyuman manis.

Scarlet memandang Ashley pula yang mula reda tawanya.

"Aku baru 22 tahun. Masih 'muda' lagi."

'Comel' fikir Ashley melihat wajah Scarlet yang terkejut dan kebingungan..

"Tapi, muka korang tak serupa pun?" Scarlet melihat Trystan yang memiliki rambut kelabu dan bermata coklat, manakala Lillian pula memiliki rambut hijau dan bermata ungu. Wajah mereka pun tidak mirip langsung.

METANOIA [C]Where stories live. Discover now