Chapter 25

518 55 3
                                    

Beratus tahun dahulu.

Sepasang suami isteri telah menjumpai seekor naga yang cedera.

Naga itu pun diambil dan dirawat sehinggalah dia kembali sihat dan mampu terbang tinggi. Suami isteri itu pun dapat perlindungan dari naga itu.

Namun si suami kehilangan nyawanya akibat wabak misteri, dan si isteri yang sarat mengandung pula bertarung nyawa melahirkan anak satu-satunya.

Si naga ingin membantu wanita itu, namun gagal. Jantungnya berhenti berdegup. Yang hanya dia dapat selamatkan ialah, bayi kecil itu sahaja.

Kecewa telah memenuhi hatinya.

Dia tidak ingin bayi ditangannya itu berakhir dengan pengakhiran yang sama. Oleh itu, dia berikan seluruh kuasanya kepada bayi itu.

Matanya berubah merah. Pekat semerah darah. Sama seperti mata naga itu.

Beberapa tahun berlalu, bayi itupun telah membesar menjadi remaja yang sihat.

Sesiapa sahaja yang melihat matanya menjadi sangat takut, dan menganggap remaja itu sebagai raksasa yang berupakan manusia.

Remaja itu pun diburu. Dan menggunakan kuasa naga didalam badannya, dia menghabiskan nyawa sesiapa sahaja yang berniat membunuhnya.

Dia pun dikenali sebagai manusia paling kuat. Dan akhirnya telah menjadi mengambil alih negara itu.

Sehingga kini, mata merah itu menjadi bukti keluarga Diraja.
___________

*flashback* to 17 years before current time.

Sob.. Sob.. Sob

Seorang budak lelaki sedang menangis dibawah pokok yang tinggi dan lebar. Lututnya luka dan berdarah. Rambut biru tuanya pula dikotori dengan lumpur.

"Putera.. Putera..!"

Seorang wanita berambut biru tua sedang berlari-lari. Gaun hijaunya yang panjang diangkat.

"Putera!"

Dan akhirnya dia menjumpai si budak kecil.

"Bonda!" lelaki kecil itu terus memeluk wanita dewasa dihadapannya. Air matanya masih mengalir laju sehingga membasahi gaun bondanya.

"Ah~ Putera bonda terluka? Mari bonda tolong ubatkan."

Si lelaki kecil menggelengkan kepalanya.

"Bonda.. saya.. masih Putera Diraja, kan?"

"Iya."

"Jadi kenapa, kekanda-kekanda saya bencikan saya?

Kenapa mereka kata saya tak layak dipanggil kerabat diraja?"

"Ah." Wanita itu tak mampu menjawap. Mata merah anaknya itu ditatap dengan seksama. Menghadirkan rasa sedih dihatinya.

"Maafkan bonda, Sayang. Ini semua salah bonda."

Lelaki kecil itu menggelengkan kepalanya lagi.

"Bonda tak salah.."

"Permaisuri." Beberapa dayang istana datang dan memanggil wanita itu.

"Izinkan kami yang ubatkan Putera, Permaisuri." Kata salah satu dari mereka.

"Tak perlu. Biar Beta sendiri yang ubatkan anak beta." katanya sambil menjinjing tangan Putera kecil itu.

Mereka berdua menuju ke istana mereka. Istana kecil yang tidak terurus dengan elok.
______________

"Hah.. Hah.." Nafasnya menjadi berat. Matanya mulai pudar.

METANOIA [C]Where stories live. Discover now