Extra - Scarlet

701 70 10
                                    

Gadis berambut hitam itu berjalan menuju biliknya, diistana dimana kini dia tinggal. Dengan satu pengawal mengikutinya dari belakang.

"!" Scarlet ternampak seseorang baru sahaja keluar dari biliknya. Seorang wanita berambut kuning keemasan dengan mata merah ruby.

"Apa khabar Yang Mulia, Valerie Grace." Scarlet menunduk hormat kearah Puteri. Scarlet memanggil nama penuh puteri tanpa nama keluarganya kerana nama Sevalon akan menjadi miliknya dalam masa beberapa hari lagi.

Puteri juga membalas dengan menunduk hormat.

"Cik Scarlet, tolong jangan gelar saya dengan 'Yang Mulia'. Kerana gelaran wanita tertinggi akan menjadi milik Cik Scarlet beberapa hari lagi."

Ya. Scarlet telah menerima lamaran dari Ashley atau Raja Asher Henley untuk menjadi Ratu bagi negara Sevalon.

Dalam masa beberapa hari lagi, di ulang tahunnya yang ke-19, mereka akan secara rasminya mengikat diri mereka sebagai suami dan isteri, dan juga sebagai Raja dan Ratu.

Berita pertunangan mereka mendapat kurang sokongan dari bangsawan-bangsawan di Sevalon. Hanya kerana Scarlet berasal dari keluarga yang tiada nama di Sevalon dan juga asalnya seorang rakyat jelata.

Namun tiada siapa yang berani mengutarakan ketidak puas hati mereka kerana Scarlet mendapat gelaran bangsawan itu dengan usahanya sendiri. Dan juga sokongan dari Puteri dan Raja sendiri.

"Walaupun begitu, Yang Mulia masih kekanda bagi bakal suami saya. Bermaksud, Yang Mulia sebagai kekanda ipar, saya masih harus hormat." Jawab Scarlet dengan tenang.

Puteri terpaku mendengar jawapan tulus Scarlet dan memberikannya senyuman.

"Saya faham."

Mereka berdua berkongsi tawa.
___________

Perkahwinan mereka sangat meriah. Gaun pengantin putih dan anggun terlihat cantik dibadan Scarlet. Namun yang paling mempesonakan ialah wajah Scarlet pada hari itu.

Ashley dengan sut putihnya kelihatan gementar apabila melihat Scarlet berjalan mendekatinya.

'Aku layak ke untuk dia?'

Soalan yang sama berulang-ulang dikepala Ashley.

Ashley melihat kearah tetamu yang hadir, dan ternampak sahabatnya, Niel yang sedang menggendong anak perempuannya, yang juga merupakan cucu kepada lelaki disebelahnya, Trystan. Mereka berdua memberikan isyarat supaya Ashley bertenang.

Apabila Scarlet tiba dihadapannya, Ashley menghulurkan tangannya, yang diterima oleh Scarlet.

Tradisi perkahwinan bagi kerabat diraja di Sevalon amat mudah. Hanya dengan menyarungkan cincin yang sudah ditanam dengan magik masing-masing*, mereka sudah bergelar suami dan isteri.

*Ashley pakai cincin yang ada magik Scarlet, dan sebaliknya.
___________

5 tahun kemudian.

Ashley sedang berjalan mundar-mandir dihadapan pintu sambil menggigit jarinya. Hatinya merasa risau dan jantungnya berdegup laju.

Seluarnya ditarik-tarik perlahan.

Ashley menoleh melihat satu anak lelaki kecil berambut biru tua bermata merah sedang melihatnya.

"Ayahanda, Bonda tak apa-apa kan?"

"Ah."

Ashley mengangkat anak kecil dan menggendongnya.

"Sudah tentu. Bonda kamu kuat kan?"

"Um." anak lelaki itu mengangguk laju.

Elias Ray Sevalon, ialah nama bagi Putera yang merupakan ananda bagi Raja Asher dan Ratu Scarlet. Nama yang diberikan oleh Ashley dengan bantuan sahabatnya yang lain.

Beberapa jam berlalu, dan akhirnya..

'Uweeeekk'

Satu tangisan bayi kedengaran. Membuatkan Ashley menjadi jauh tak tenang.

Pintu pun terbuka. Tak membuang masa, Ashley terus menerjah masuk dengan Putera Elias ditangannya. Dia mendekati Scarlet yang sedang keleahan dan mengambil nafas panjang.

Ashley menurunkan anak lelakinya.

"Kau okay?" tanya Ashley kepada Scarlet. Tangan Scarlet digenggam lembut.

"Aku okay." Scarlet memberikan senyumannya terbaiknya.

"Bonda, Bonda.. Bonda sakit?"

Scarlet dan Ashley melihat Putera Elias yang melompat-lompat ingin melihat ibunya.

"Bonda dah tak sakit." jawap Scarlet.

"Terima kasih, Scarlet." Ashley memberikan satu kucupan didahi Scarlet.

"Tuanku.." satu maid mendekati Ashley sambil membawa satu bayi yang sudah dibalut kain dengan kemas.

"Tahniah. Tuanku menerima seorang Puteri."

"!" Ashley tersenyum lebar, tak dapat menahan kebahagiaan dihatinya. Bayi perempuan itu diambil dengan lembut dan digendong olehnya.

Bayi itu tertidur pulas dengan satu senyuman kecil ditangan Ashley. Terdapat beberapa helaian rambut berwarna biru tua diatas kepalanya.

Mata Ashley mengalirkan air mata dengan laju. Itu ialah kali kedua dia menangis sejak menjadi Raja bagi Sevalon.

Yang pertama sudah tentunya ketika Putera Elias lahir.

"Ayahanda?" Putera Elias memandang dengan mata ingin tahu.

Ashley pun berlutut, membenarkan anak lelakinya melihat adik baru.

Mata merah kecilnya bersinar-sinar melihat adiknya.

Scarlet melihat mereka berdua yang terpesona dengan penuh kasih sayang.

'Serupa.' Fikir Scarlet.

"Tak nak bagi dia nama ke?" tanya Scarlet.

"Oh, nama dia.. Estella Luna Sevalon."

'Luna?' Scarlet tertawa kecil.

"Sedap nama dia."
____________

*Officially The End*

METANOIA [C]Where stories live. Discover now