Bab 6~{Command}

388 48 3
                                    


"Lambat balik. Singgah ke mana tadi?" Lina menyapa Kyril yang kebetulan melintasinya yang sedang menyiram pokok bunga.

"Oh, tadi saya singgah ke istana sekejap. Saja nak jumpa bonda. Lepas tu masa dalam perjalanan balik terjumpa Zach dekat taman tu. Ky pergi hantar dia balik ke rumah dia." Kyril memberitahu dengan jujur.

Lina meletakkan paip ke atas tanah. Pili air ditutup.

"Sini kejap, akak nak tanya sesuatu sikit," ajak Lina lalu duduk di bangku panjang yang ada.

Kyril akur lalu duduk di sebelah Lina.

"Kalau kamu hantar Zach balik, maksudnya kamu mesti ada berjumpa dengan ibu dia kan?"

Kyril mengangguk.

"Tapi macam tak percaya je yang perempuan tu ibunya Zach. Nampak muda sangat. Nampak macam tua beberapa tahun je dari Ky," kata Kyril, meluahkan rasa hairan yang menyapa diri sejak pertemuannya dengan Maria.

"Baru 27 tahun katanya. Tapi memang nampak muda sangat."

Kyril mengangguk setuju.

"Kamu ada tanya apa-apa ke pada dia?"

"Maksud akak, tanya soalan macam mana tu?"

"Tanya tetang keluarga dia ke, apa ke?"

Kyril menggeeleng.

"Kenapa pulak Ky nak kena tanya saoalan peribadi macam tu? Kenal pun tidak, tiba-tiba nak tanya soalan yang macam tu. Apa la akak ni."

"Manalah tau kamu ada tanya ke."

Kyril mengangkat bahu.

"Tapi kan, dari pemerhatian Ky, mereka macam tinggal berdua je."

"Mana tahu kut suami Maria tu kerja ke?"

"Entah la... . Tapi, boleh tahan cantik jugak perempuan tu," kata Kyril sambil tersenyum kecil.

Lina menjongket kening mendengar pujian ikhlas yang diluahkan oleh Kyril.

"Puji nampak. Kenapa, dah jatuh suka ke?" Lina mengusik.

"Mana ada. Saja je puji." tanpa sedar, wajah Kyril sudah berona merah.

Lina tersenyum kecil. Dalam hatinya, dia berasa gembira kerana Kyril sudah mula membuka hati untuk menerima orang sekelilingnya.

"Eh, dah jom masuk. Akak nak masak makan malam sebelum abang kau balik."

"Saya tolong sekali eh."

"Suka hati kaulah."

Kyril tersenyum menampakkan gigi.

Mereka menapak masuk melalui pintu belakang yang terus menghubungkan dengan dapur.

*****

Kedatangan Gray disambut dengan penuh hormat.

Lelaki itu dijamukan dengan minuman panas serta sedikit makanan.

"Kau dah jumpa budak tu?" Gray bertanya kepada Zach dalam nada dingin.

"Ya, aku dah jumpa dengan dia," jawab Zach dalam nada yang sama seperti Gray.

"Kau tahu apa tugas kau yang seterusnya kan? Jangan nak berlengah lagi. Tuanku tak ada masa nak menunggu lagi."

"Belum lagi. Ada benda lain lagi yang perlu aku siasat sebelum aku jalankan objektif tu."

Gray menjongket sebelah keningnya.

"Kau membantah perintah raja ke?" Nada suara Gray kedengaran seperti sedang menahan marah.

"Aku tak membantah. Cuma belum masanya lagi."

"Belum masanya?"

"Argh!!" Zach tiba-tiba terjatuh dari kerusinya dan meraung kesakitan.

"Zach!" Maria yang sejak tadi berdiri di belakan kerusi Zach terus mendapatkan anaknya itu.

"Hentikannya, Gray! Dia tak tahu apa yang dikatakan. Bagi dia peluang." Maria merayu kepada Gray.

Gray tidak berkata apa. Dia hanya memandang Zach yang direnjat tanpa perasaan. Pandangannya kosong tidak beremosi.

"Aku merayu pada kau. Tolonglah hentikannya."

Gray mengalihkan pandangannya dan dalam masa yang sama, renjatan yang dikenakan pada Zach menghilang.

Maria terus menarik Zach yang tidak bermaya ke dalam pelukannya.

Gray berdiri. Dia memandang pada dua beranak itu.

"Ingat, sekali lagi kau batah perintah raja, tak ada belas kasihan lagi selepas ni. Faham!" Gray memberi amaran dengan tegas.

"Baiklah, kami faham." Akur Maria tanpa memandang wajah Gray.

"Dan kau, ingat peranan kau. Jangan nak biarkan dia buat sesuka hati. Jangan bagi muka sangat pada budak ni. Kau mesti tahu apa akibatnyakan kalau kau gagal?"Senyuman sinis terukir di hujung bibir Gray.

Maria mengangguk perlahan.

"Aku akan hantar beberapa orang budak dalam masa beberapa hari lagi. Mereka akan jalankan tugas tu dan aku nak kau pastikan budak ni ikut serta misi tu nanti."

"Baiklah."

Gray menapak keluar dari ruangan itu.

Tekanan yang dirasakan sebentar tadi serta-merta menghilang setelah pemergian Gray.

"Zach, kamu tak apa-apa?" Maria bertanya penuh risau.

Zach menepis tangan Maria yang memeluk tubuhnya.

"Jangan sentuh aku," kata Zach dengan riak tidak suka terlakar di wajahnya.

Zach cuba untuk berdiri sendiri. Dia hampir terjatuh, namun sempat disambut oleh Maria yang sudah bersedia.

Sekali lagi Zach menepis Maria sehigga terjatuh wanita itu.

"Jangan buat aku ulang kata-kata aku." Zach memandang Maria dengan kebencian terpancar di dalam matanya.

Maria menunduk memandang lantai. Dia tidak berani hendak bertentangan mata dengan remaja itu.

Zach kembali berdiri. Dia berjalan keluar dari ruang itu dengan langkah yang longlai dan lemah.  Langkahya juga terhuyung-hayang.

Maria memandang pemergian Zach dengan pandangan yang sayu.

*****

Gray kembali ke tempat asalnya. Dia kemudiannya segera menghadap si raja untuk melaporkan berkenaan Zach.

Gray melutut di hadapan si raja. Kepalanya menunduk menandakan rasa hormat dan rendah diri.

"Macam mana dengan keadaan budak tu?" Si raja bertanya ingin tahu.

"Dia ingkar dengan perintah tuanku dan saya sudah menghukum dia atas keingkaran itu."

Si raja itu diam sejenak.

"Beta mahu kamu hantar seseorang untuk memerhatikan gerak geri mereka berdua. Beta tak akan izinkan sebarang kegagalan berlaku dalam perancangan ni," arah raja itu dengan tegas.

"Mengikut peritah tuanku."

Si raja mengangguk puas.

"Jadi, apa perancangan kamu?"

"Saya akan hantarkan beberapa orang budak bawahan saya untuk membantu Zach menjalankan misi tu."

"Bagus. Pastikan rancangan itu berjaya. Beta mahu mereka rampas juga zodiak milik budak tu walau apa pun yang berlaku."

"Baiklah, tuanku."

"Kamu boleh pergi sekarang."

"Hormat tuanku."

Gray mengundurkan diri keluar dari ruang menghadap.

Si raja mengepal buku lima.

"Budak ni dah berani membantah aku. Balik dia nanti, tahulah aku nak hukum dia."

Zodiac BoyWhere stories live. Discover now