Bab 18~{About Zodiac}

275 35 10
                                    


Kyril berbaring di atas katil sambil termenung memandang siling bilik.

"Bosannya. Apalah agaknya semua orang tengah buat dekat Nova ya?"

Pintu bilik Kyril tiba-tiba diketuk dari luar.

"Masuk." Sahut Kyril yang sedang bermalas-malasan di atas katil.

Pintu dibuka dan Gray melangkah masuk.

"Oh! Gray. Ada apa-apa ke?"

"Tak ada apa, tuanku. Saya datang sekadar untuk menjenguk keadaan tuanku."

Kyril duduk dan memandang tepat ke arah Gray yang berdiri di sis katilnya.

"Saya nak tanya sesuatu boleh?"

Gray mengangguk.

"Semestinya boleh, tuanku. Adakah ia berkenaan dengan zodiak?"

Kyril mengangguk.

"Boleh saja, tuanku. Saya akan jawab semuanya dari asas. Lagipun, saya yakin tuanku tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang puak ini, bukan?"

Sekali lagi Kyril mengangguk.

"Perbualan kita ni akan jadi perbualan yang panjang. Kalau tuanku tak kisah, saya akan sediakan sedikit makanan ringan."

"Oh! Idea yang bernas."

Gray tersenyum.

"Kalau macam tu, saya akan sediakan minuman dan makanan ringan untuk tuanku."

"Saya akan tunggu."

Gray mengangguk dan berlalu keluar dari bilik itu.

Kyril segera turun dari katilnya dan duduk pada sofa, menunggu kedatangan Gray.

Setengah jam kemudian, Gray kembali. Dia turut membawa troli makanan.

"Minuman dan makanan untuk tuanku." Semua makanan dihidangkan di atas meja kopi.

"Boleh kita mulakan?" Kyril bertanya dalam nada teruja.

Gray duduk bertentangan dengan Kyril.

"Semestinya, tuanku."

"Adakah masa dekat dunia ni berbeza dengan masa dunia manusia?" Soalan pertama dari Kyril.

"Ya. Masa di dunia ni lebih cepat berbanding masa dunia manusia."

"Sebab tu usia puak ni ada yang mencecah ratusan tahun, bukan?"

Gray mengangguk.

"Hmm. Ni perkara asas. Masa setiap dunia dan makhluk berbeza-beza."

"Ya, tuanku."

Kyril diam sejenak. Dia membuat kira-kira di dalam kepalanya. Menganggar dan mengira perbezaan masa dua dunia itu.

Gray hanya memerhatikan saja tingkah Kyril.

"Macam mana dengan ibu dan ayah saya?" Tiba-tiba Kyril bertanyakan soalan yang kedua kepada lelaki di depannya.

"Kenapa dengan mereka, tuanku?"

"Saya dapat tahu yang mereka mati atau menghilang masa perlawanan sebelum ni. Semuanya sebab mereka nak lindungi Kerajaan Nova. Macam mana mereka boleh tiba-tiba muncul dekat sini dan masih tak sedarkan diri walaupun dah 20 tahun berlalu?"

Gray diam sejenak.

"Ini boleh dikatakan pengetahuan am juga bagi puak ni. Untuk pengetahuan tuanku, Puak Zodiak dan Puak Angel berbeza bukan disebabkan lambang zodiak dan juga warna sayapnya sahaja, tetapi ada satu lagi yang membuatkan Puak Zodiak ni istimewa daripada Puak Angel."

Zodiac BoyWhere stories live. Discover now