Bab 36~{War}

75 7 0
                                    

 
Beberapa ketika kemudian, bandar itu telah dikepung sepenuhnya oleh Puak Zodiak, di udara dan tentera Roze, di darat.

Gray dan tenteranya berhenti di udara. Mereka tidak mampu memasuki ruang udara bandar utama itu. Ia seolah-olah dihalang dan dilindungi oleh satu kuasa yang kuat.

Si lelaki menghampiri pelindung jernih itu. Dia menyentuh permukaan pelindung itu dan memikirkan jalan untuk memecahkannya.

"Macam mana pelindung macam ni boleh ada dekat kerajaan ni. Tak mungkin ia datang dari Kyril. Budak tu bukannya tahu apa-apa pun." Gray tertanya sendiri di dalam hatinya.

Tiba-tiba pandangannya terarah pada tiga susuk yang sedang terbang di bahagian dalam pelindung itu. Tiga susuk itu mendarat di atas sebuah bangunan yang tinggi dan tika itu, Gray terperasan akan satu susuk lain yang sedang berdiri, seolah-olah menunggu kedatangan tiga orang tadi.

Dari tempat lelaki itu berada, dia dapat melihat dengan jelas tingkah mereka berempat, meskipun dia tidak dapat mendengar perbincangan mereka.

Sedang Gray memerhatikan mereka semua, tiba-tiba matanya membulat luas. Dia terkejut dengan sebilah pedang yang dikeluarkan oleh si gadis yang menunggu tadi.

"Tak. Tak mungkin ini berlaku. Macam mana pedang tu boleh ada dekat dia?"

.

.

.

.

.

"Direz." Kyril, Khaaled dan Layla mendarat di atas bangunan dan menyapa Direz.

Susuk itu berpaling dan Kyril perasan bahawa Direz dan Irene sudah bertukar tempat.

"Irene. Mana Direz?" Kyril bertanya. Sejujurnya, dalam situasi sekarang, mereka sangat memerlukan bantuan Direz dan arahan dari lelaki itu.

"Dia hanya akan memantau dari dalam je. Dia tak mahu terlalu menonjolkan diri," beritahu Irene dengan tenang.

Kyril mengangguk faham.

Irene tiba-tiba mengeluarkan sebilah pedang dari belakangnya. 

Pedang itu adalah pedang yang sama Irene gunakan semasa malam Kyril diserang.

Pedang hitam dengan lakaran merah di atas permukaannya.

"Boleh abang tahu, apa fungsi pedang tu, Irene. Kamu pernah gunakannya untk mengugut orang yang cuba bunuh abang malam tu. Dan mereka nampak sangat takut bila nampak pedang tu. Ada apa-apa ke dengan pedang tu?" Kyril bertanya ingin tahu. Ini kerana, dia dapat merasakan aura yang kuat pada pedang itu.

Bukan itu saja, lihat saja pada pedang itu saja, bulu romanya serta merta berdiri tegak. Rasa takut muncul tatkala melihatnya.

Irene melihat pedang itu dan mengusap permukannya.

"Ini adalah pedang yang digunakan oleh Direz untuk membunuh orang-orang Zodiak dan Angel yang sesat dekat dunia manusia. Lingkaran merah pada permukannya adalah bukti mengalirnya darah mereka pada pedang ini.

Mereka tidak akan sembuh jika tercedera disebabkan oleh pedang ini. Bukan tu saja, pedang ini juga boleh memusnahkan Core yang dimiliki oleh Puak Zodiak. Cuma tikam saja pada jantung mereka dan lepaskan kuasanya, Core yang tersimpan mahupun disembunyikan dengan kemas pun boleh musnah dalam sekelip mata saja," beritahu Irene dengan panjang lebar tentang kemampuan pedang itu.

Kyril terus terdiam. Patut saja dia berasa gerun tiap kali memandang pedang itu. Ia mempunyai aura yang sangat kuat dan menggerunkan.

"Aku akan turunkan pelindung tu. Aku nak kau semua bersedia." Direz berkata pada Irene dari dalam diri si gadis.

Zodiac BoyWhere stories live. Discover now