Bab 20~{Don't Dare Her}

290 35 7
                                    


Setelah beberapa minit berjalan, Kyril akhirnya tiba di depan gua yang dicari-carinya selama setahun menetap di Kerajaan Zodiak.

"Wow! Gelap jugak gua ni dari luar."

Kyril mengeluarkan lampu suluhnya. Lampu itu dihidupkan.

Kyril mengambil nafas dalam dan melepaskannya dengan perlahan.

"Okey, Kyril. Jom kita masuk." Dia membuka langkah, masuk ke dalam gua itu.

Sepuluh minit berjalan, Kyril kini berdiri di kawasan yang dicarinya selama ini.

Kawasan itu sangat lapang dan hijau.

Air pula mengalir tenang di sekeliling kawasan yang menempatkan sebatang pokok yang besar dan kelihatan berusia.

Pokok itu agak besar. Daunnya hijau, berkilat dan bercahaya.

Kyril melangkah, menghampiri pokok tersebut. Setelah itu, dia duduk melutut di bawah pokok itu. Matanya pula dipejamkan.

Satu bayangan perempuan muncul di sebelah Kyril. Perempuan itu membisikkan bacaan mantera dan Kyril mengulang sebut setiap bacaan perempuan itu.

Serta-merta badan Kyril bercahaya.

Kyril dapat merasakan kuasa zodiak yang mengalir di dalam badannya. Bukan itu saja, dia juga turut dapat merasakan kekuatan sayapnya buat kali pertama.

Mata dibuka semula. Dia memandang ke bawah.

Di dalam tangannya terdapat satu bebola cahaya berwarna ungu.

"Ini, Core ke? Aku punya ke?" Kyril bertanya sendiri di dalam hati.

Di tengah-tengah bebola itu terdapat satu lambang zodiak, iaitu Aries.

"Jadi, aku adalah pengguna dua zodiak."

Kyril menatap bebola itu dan juga lambang zodiak yang terukir di dalamnya.

Riak wajah lelaki itu berubah kosong.

"Mereka yang mempunyai lambang pada Core dianggap sebagai tidak berguna bagi semua penduduk sini," bisik Kyril di dalam hati.

Core itu dilepaskan. Ia serta-merta terapung dan bersatu dengan Core yang turut ada di atas bumbung gua yang gelap dan hanya diterangi oleh cahaya Core milik semua penduduk kerajaan tersebut.

Kyril berdiri. Dia menyentuh sayapnya.

"Wow! Aku ni bukan je pengguna dua zodiak je, tapi ada empat sayap jugak." Kyril kelihatan teruja dengan sayap miliknya.

Dia cuba mengibaskan sayapnya dan angin kuat terhasil dari kibasan itu.

"Oh! Sayap ni kuat. Tapi, aku tak boleh tunjukkannya pada umum. Aku tak nak Gray dengan Raja Alfred tahu yang aku datang ke sini dan serahkan Core."

Setelah Kyril berkata sebegitu, tiba-tiba sayapnya menghilang dari pandangan. Aura kuasanya turut sama menghilang bersama-sana dengan sayap itu.

"Eh?! Macam tu je?" Kyril kehairanan.

Setelah memastikan semuanya selesai, Kyril mengambil keputusan untuk balik ke istana semula.

*****

Seperti hari sebelumnya, Irene pergi ke kampus sendirian.

Pelajar-pelajar yang lain sudah tertanya-tanya sesama sendiri ke manakah perginya Kyril. Lelaki itu sudah dua hari tidak nampak mukanya di kawasan kampus.

Zodiac BoyWhere stories live. Discover now